Ads 468x60px

Selasa, Mei 11, 2010

Pandangan Dr. Asri di Malaysiakini.

'M'sia bukan masyarakat judi'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan
pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010
demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang
memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan

maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan

negara itu sendiri.


Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim”

(lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan

umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka

itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.



2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa

manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih

besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.


Al-Quran menyebut:

(maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.

Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat

kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya”

(Surah al-Baqarah ayat 219).


Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan

sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.



3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan,

merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan

ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan

berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan

masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan

masyarakat.


4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat

Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan

judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup

untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya

kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam

masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang

rasional.



5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen

atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan

yang munasabah.



6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing

dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang

berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan

tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya

di tempat yang tidak berlesen?


Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan

yang akan menimpa rakyat nanti!



Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat

Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah

cadangan ini!


sumber: http://malaysiakini.com


Jika dulu, nak mengelakkan zina dan pertambahan anak luar nikah dicadangkan

kondom percuma, hari ini cadangan lesen untuk berjudi. Pemimpin perlu matang

membuat sesuatu keputusan dan pandangan supaya ia tidak lari dari batas Islam.


sekadar pandangan dan perkongsian.

Mujahidah.

Judi Hak Asasi.

Awatla judi nak diberi lesen..?

Ini bukan suatu jalan yang terbaik. Bilamana hukum ISLAM kata haram, haramkan terus. Dah Orang Islam yang pegang tampuk pemerintahan negara, kenapa masih tak bertegas dengan syariat Allah?

Ini masalah pada orang islam sendiri ni... PEMERINTAH ISLAM x mampu buktikan yang Islam itu merangkumi semua dan sumber penyelesaian. Hadkan judi, kuatkuasakan undang2 bukannya sediakan permis lesen bagi mudah lagi berjudi.


masyarakat kena teliti semula

siapa kita?

siapa sekeliling kita?

Siapa pemimpin kita?

Isu Lompat.

1,700 ahli, penyokong PKR keluar parti
Mei 10, 10 3:16pm
Kira-kira 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi. Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim. Hadir sama di majlis tersebut ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan. Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin." Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan.... see more

Isu keluar masuk parti seolah-olah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat. Tidak kurang juga menjadi satu isu menjatuhkan sesetengah pihak didalam mana-mana parti. Ia sebenarnya tidak lain hanya satu tindakan tidak matang yang tidak wajar dipertontonkan oleh golongan yang dianggap matang oleh golongan muda yang mampu untuk menilai dan mencontohi mereka. Tindakan lompat parti seolah-olah menjadi satu kebiasaan dan pada tanggapan saya mereka yang sebegini hanya mencari kepentingan diri semata-mata tanpa menggunakan akal kewarasan dan 'iman' untuk membuat suatu tindakan.

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk meraih ridha Allah swt. Dan adalah Allah Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya”. (Al-Baqarah: 207)
Kita tidak memerlukan individu yang tidak sanggup berkorban dirinya untuk Islam, yang tidak meletakkan matlamatnya untuk redha Allah, yang mencari keuntungan untuk dirinya semata-mata, lari daripada masalah, seringkali menuding jari kepada orang lain dalam menghadapi masalah dan pentingkan 'pulangan' untuk diri sendiri. Perjuangan menegakkan keadilan bukan suatu yang mudah, tidakkan lari dari penindasan, tekanan, konflik dan mungkin juga isu pecah amanah didalam parti. Mereka yang benar-benar mengagungkan sesuatu parti, atau individu seharusnya meneliti matlamat dan tujuan mereka. untuk apa? untuk siapa? tanyalah diri.

Mungkin saya tidak layak menilai generasi yang matang dan telah menempuhi pelbagai ujian masyarakat. Namun, perkara ini bukan main2 dan seolah2 lali. Dan Islam tidak memerlukan orang yang bekerja hanya untuk kepentingan diri. Keadilan tidak akan tertegak jika ahlinya adalah dikalangan mereka yang 'gopoh' mengharapkan pulangan segera.

Ujian Allah teramat luas sehingga bertarung nyawa sekali pun, Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala takdir dan perjalanan hambaNya. Pulangan yang berharga itu hanya syurga dan cintaNya...

Teringat akan kata-kata Imam Hasan al-Basri..
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itulah hatiku sentiasa tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan ditunaikan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. AKu tahu Allah ta'ala selalu mengamatiku, kerana itulah aku merasa malu bila Dia melihatku dalam maksiat."
Ya Allah, aku malu dengan kata-kataku ini...
Mujahidah.

Khamis, Mei 06, 2010

Khas buat diri.





Muhasabah buat diri ini...
Yang masih bertatih dalam perjuangan...
Masih di uji dengan rasa gentar...
Lemah dengan sikap diri...
penyakit cinta dunia, takabur dan sombong...
menjadi 'kuping' di hati...


Bersedia untuk cabaran mendatang....
Ummu Mujahidah.

Isnin, Mei 03, 2010

uzkur bikitaabi...

"Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya seahagian daripadanya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat."

"Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan(diredhai) Allah? Dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda (hukuman dari Allah) tentulah hukuman hukuman di antara mereka telah dilaksanakan. Dan sungguh, orang yang zalim itu akan mendapat azab yang pedih."

Surah Asy-Syura: 20-21.

Ingatlah orang yang tersayang.



Selalukan kita tengok di jalan raya... iklan TV "PANDU DENGAN CERMAT, INGAT ORANG TERSAYANG." Tapi peliknya nak mati ingat orang tersayang bukan ingatlah Allah sebelum maut menjelma ke. hehe... melawak je. ^_^

Kalau saya cakap begitu, pasti ada yang membantah."Enti janganlah syadid sangat" Yang lain pun "Jangan berlagak sombong..." Jiwa tercabar pernah di tegur begitu.

Satu lagi istilah yang ketara... "Keranamu Malaysia". Mula-mula saya percaya dan terima kalau istilah ini untuk menaikkan semangat cintakan negara. Tetapi istilah lagu keranamu Malaysia.. "Keranamu kami mendapat tuah, keranamu kami bangsa berjaya..." Seolah-olah melebihi rasa cinta kepada Allah swt.

Negara Islam. Alangkah bagusnya pemimpin negara kita yang mengakui Malaysia sebagai negara Islam. Daulah Islamiyah. Segala kelonggaran, kedai-kedai arak, hiburan-hiburan, video, sambutan yang mengikuti barat melebihi konsep sebenar Islam. Perayaan utama umat Islam? Hari raya juga mengikut cara barat. Kalau mengikut Islam dengan menutup Aurat? bagi wanita kebanyakannya pakai tudung dalam masjid sahaja. Movie yang berunsur cinta, kesedaran ibu bapa, anak lebih diutamakan berbanding cinta kepada Allah dan mengenal sejarah di zaman Rasulullah saw pada bulan Ramadhan dan kemenangan di bulan Syawal.

Kata rakan-rakan kolej 11 dahulu, "Jangan terlalu taasub..." Jaga perpaduan negara kita. Seorang rakan kristian tambah " Saya kenal Muhammad, bagaimana dia memerintah kota Madinah. Dia menjaga perpaduan. Kamu hanya taasub dan memecah belahkan masyarakat kampus."

Wah, terima kasih atas kritikan. Tapi anda silap jika mengatakan usaha untuk melaksanakan Islam secara syumul, usaha membasmi kemungkaran, usaha memegang tampuk pemerintahan untuk membawa pemerintahan Islam yang sebenar, usaha menegur umat Islam yang semakin jauh dengan Islam suatu tindakan bodoh dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Pesanan seorang murabbi, kita ingin melahirkan pemuda yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dia lakukan. Sama ada belajar mahupun menggerakkan dakwah dalam masyakarat.(di edit mengikut kesesuaian)

Banyak perkara yang masih tersembunyi. Umat Islam semakin disuntik dengan hasutan barat yang amat halus. Hiburan, Seks, Wang dan Akademik yang bersistem. Semuanya semata-mata menenggelamkan ilmu islam daripada subur pada hati umat Islam.

sekadar luahan dari saya.

Ummu Mujahidah.
kuatkan hamba dalam dan luar.