Ads 468x60px

Sabtu, November 21, 2009

Tok Guru ...

Masha Allah...

Saya lihat akhbar harakahdaily...

Tok Guru tersenarai di kalangan 50 tokoh berpengaruh di dunia islam!

Dalam kesedihan, ada kemanisannya... disebalik ujian ada nikmat dari Allah. Namun, bukanlah saya bermaksud ini sebagai suatu nikmat semata-mata. boleh jadi ia sebagai satu lagi ujian bagi Tok Guru. Moga Allah menguatkan TGNA. Ana sokong 'bena' tok guru deh!

Teringat tahun kesedihan, di saat Rasulullah saw diuji dengan kehilangan 2 orang yang tersayang. Penawar luka dan duka, Saidatina Khadijah Khuwailid dan Bapa saudara tersayang, Abi Tholib. Meskipun ujian itu amat berat, urusan dakwah perlu diteruskan. Dan Rasulullah saw di'tenangkan' dan di'gembirakan' oleh Allah dengan satu peristiwa luar biasa iaitu ISRAK MIKRAJ. Sungguh menakjubkan aturan Allah swt. Tidak pernah sekali-kali hambaNya yang beriman dipinggiri.

"Dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah)


Salam mujahadah.

Ahad, November 15, 2009

Pembakar Semangat.

Setelah Islam berkembang, ramai dikalangan sahabat-sahabat yang mendampingi Rasulullah saw. Mereka adalah golongan yang sentiasa bersiap sedia untuk berkorban demi Islam, menegakkan Islam baik lelaki mahupun perempuan. Perjuangan mereka semata-mata kerana Allah swt.


Rasulullah saw merupakan seorang yang dilengkapi dengan sifat-sifat yang terpuji. Dan Baginda seringkali maklum dengan kehendak-kehendak manusia dalam hidupnya. Antara sikap Baginda ialah menghargai dan menyanjungi para sahabat mengikut batas-batas yang wajar.

Kata-kata sanjungan yang dihulurkan Rasulullah sw menjadi pembangkit semangat bagi penggerak agama Allah swt dan RasulNya. Allah swt memberi penghargaan kepada orang yang beriman. Sepertimana dalam firman-firmanNya:

"Nabi mempunyai dua menteri (pembantu) di langit dan di bumi. Dua pembantu di langit ialah malaikat Jibrail dan Mikail, manakala pembantuku di bumi ialah Abu Bakr As Sidiq dan Umar al-Khatab."

Rasulullah menyanjungi Saidina Abu Bakr as Sidiq sebagai sahabat yang banyak berjasa kepada Baginda dan Islam. Abu Bakar menerima dengan tawadhuk dan rendah diri.

Saidina Umar al-khattab pula dikatakan sebagai seorang yang ditakuti oleh syaitan laknatullah, sesuai dengan tubuh badan beliau yang tegap, besar dan penuh haibah.

Rasulullah saw berkata mengenai Saidina Uthman, " Aku berasa malu kepada Uthman bin Affan. Malaikat juga malu kepadanya." Bersesuaian dengan sifat pemalu Saidina Uthman sehinggakan beliau sanggup mengorbankan segala harta benda untuk agama Allah swt.

" Aku ini gudang ilmu pengetahuan sedangkan Ali bin Abi Thalib itu merupakan kuncinya."

Khalid al-Walid (pedang Allah). Seorang yang berani dan berkeahlian dalam peperangan dan ketenteraan. Penghargaan yang menggerakkan jiwa jihadnya menyala terus-menerus sehingga akhir-hayatnya.
Abdul Rahman bin Auf, si saudagar ulum yang memeluk Islam. kehebatan berdagang sebagaimana Uthman bin Affan begitu juga dengan pengorbanan harta.
" Suara Abu Thalhah lebih berharga dari 1000 tentera di medan perang."

Pahlawan agung ini mempunyai semangat jihad yang tinggi sehingga suaranya berkesan di medan perang. Sanjungan Rasulullah saw telah mengobarkan semangat jihad beliau.

"Wahai Khadijah, Jibrail datang menyampaikan salam kepada engkau." Demikian sanjungan Rasulullah saw kepada isteri pertamanya dan tentunya ia mengembirakan Khadijah r.anha.

Sungguhpun ia menjadi kata-kata sanjungan kepada para sahabat. Ia sebenarnya satu pembangkit semangat menambahkan kesungguhan mereka beriman kepada Allah swt dan berjuang pada jalanNya. Banyak pengajaran yang kita dapat ambil daripada sifat Rasulullah saw sama ada sebagai pemimpin yang sentiasa menghargai dan membimbing org bawah atau sahbaat yang yang sentiasa meraikan sahabat yang lain, seorang yang bersikap tawadhuk, wajar diikuti, akhlak Baginda Rasulullah saw wajar disanjung.

Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah saw, sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah, Baginda Rasulullah saw sanggup berhadapan dengan ahli gusti yang terkenal ketika itu. Kerana semangat dan niat mendalam untuk menyebarkan dakwah Islam, Rasulullah mempertaruhkan diri Baginda untuk berlawan dengan ahli gusti tersebut dengan taruhan, jika Rasulullah menang maka lawannya akan memeluk Islam. Dengan izin Allah, Rasulullah saw menang dengan kekuatan dari Allah swt. Rasulullah saw mengajar kita untuk yakin dengan Allah swt. Tiada yang mustahil bagi Allah ke atas hambaNya yang kerdil.

Semakin kita menyemak kisah Rasulullah, semakin kita mengenal sifat dan keagungan akhlak Baginda. Moga kita berusaha untuk mengenali Baginda Rasulullah saw.

Jom Kenal RASULULLAH SAW!

Jumaat, November 13, 2009

Tekad

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da?wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Sabtu, November 07, 2009

Ranting dan Pohonnya...

Bersambung kembali...

Kenapa dengan ranting dan kayu pula? analoginya bagaimana pula? Jika dulu saya pernah di ajar mengenai aqidah. "Bagaimana kita nak kaitkan aqidah dengan sebatang pohon? " itu soalan yang biasa ditanya oleh kakak-kakak usrah apabila menjelaskan perihal aqidah. Tidak kurang juga dengan helikopter dan talinya. Aqidah itu secara jelasnya amat penting dalam mencorakkan gaya hidup seorang muslim. Kehidupannya begitu dan aqidahnya pun begitula... sikapnya begitu maka, aqidahnya begitulah.. atau bagaimana? X setuju? masih boleh diperbincangkan bersama....

Matlamat penulisan saya kali ini, bukanlah ingin mempersoalkan mengenai aqidah... Sebenarnya saya terfikir antara ranting dan pohon serta ibubapa dan anak-anak... adakah saling berkait rapat? Adakah pohon yang baik menjanjikan ranting yang baik? Tak mustahilkah jika ranting tu rosak dek racun atau ranting tu sahaja dimakan ulat? Teringat satu lirik dari Kumpulan Raihan.. "Iman X dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..." Seorang ibu atau bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anaknya, terpulang kepada mereka... baik buruk setiap orang adalah berlainan. Jika dunia yang dipandang, tentu kebaikan di dunia adalah segala-galanya buat keluarga tu.. begitu juga sebaliknya.

Terfikir.. peritnya menjadi seorang ayah dan ibu yang melihat anaknya derhaka kepadanya...

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun tidak semua mampu meraihnya. Ada yang ditangguhkan oleh Allah, dan ada yang disegerakan di dunia. Tetapi itulah yang menjadi ketentuan Allah swt. Sama ada kita sebagai hambanya Redha atau rugi...


Saya teringat suatu kisah Rasulullah di tahun kesedihan, disaat itu dakwah baru sahaja ingin berkembang, dan disaat itu tentangan demi tentangan dilakukan ke atas Rasulullah dan para sahabat di Mekah. Dan ujian demi ujian silih berganti dengan pemergian Abi Talib dan Saidatina Khadijah yang menjadi penawar keperitan ketika itu. Di saat itu Rasulullah saw sedang mengajar umatnya, kekuatan kita adalah Allah swt, keyakinan kita adalah Allah swt, dan pengharapan kita hanyalah Allah swt bukan pada ayah dan ibu, keluarga, sahabat handai dan seumpamanya. Hanyalah Allah swt... Tenang mengingati Rasulullah saw. Selawat ke atas Baginda saw.

Teringat pula kisah ujian Nabi Ayub as yang pernah dikongsikan oleh sahabat saya, Taqwa adalah segala-galanya.

"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." al-Hujurat.


Ujian demi ujian, hasutan dengan hasutan, apa yang utama adalah yakin dengan Allah, teguh pendirian dengan Iman dan Islam. Teringat pula kisah asma' bt Abi Bakr, seorang wanita yang cukup tabah memberi kata perangsang buat anaknya menghadapi cabaran jihad:

"Matilah dalam keadaan yg mulia, atau hidup sebagai seorang yg kuat. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yg pasti".

Kata-kata Asma' bintu Abi Bakr bukan terhenti begitu, mujahidah lain yang didorong dengan takwa kepada Allah swt juga pernah berkata kepada anaknya yg dipenjarakan:

"Ya Allah! Aku serahkan anakku itu dibawah perintahMu, aku redha dengan keputusanMu."...

"Wahai anakku! aku harapkan semoga kamu orang yang paling akhir keluar dari penjara ini."

Terakhir di medah jihad, bukan terabai disisi Allah. Selagimana ranting itu berpaut pada dahannya dan saling bermanfaat, pohon itu akan lebih bertahan... Selagimana seorang anak itu taat kepada Allah, seorang pelajar itu kembali kepada Allah, seorang engineer itu kembali kepada Allah, seorang Doktor itu yakin kepada Allah, seorang ibu itu mendidik dengan syariat Allah, seorang sahabat itu menjaga sahabatnya kerana Allah, seorang ahli gerakan itu bekerja kerana Allah dan semuanya kembali kepada Allah swt... Tiada menyekutukan Allah... Selawat adalah bualannya dan mati adalah ingatan padanya. peringatan..peringatan..peringatan.. keranaMu ya Allah.

Ranting kayu... apa analoginya...?

wslm.


Jumaat, November 06, 2009

Ada apa dengan CEK MEK MOLEK?

FirstLy, terasa amaaT lama X mengUpdate Blog ni. Kenapa? Entah... Sekarang pun masih X tau nak Tulis apa. Tetiba terfikirkan Cek Mek Molek? TAU KE APE???

Cube search dalam YahOO! "Cek Mek Molek"..
Cek Mek Molek adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai "cek mek". Ia cukup dikenali di Pantai Timur... hurm?? So? Kenapa dengan cek mek molek?


Apa yang boleh saya ceritakan dari kuih Cek Mek ni? Ia hanya sebiji kuih hasil adunan tepung dan ubi yang dilenyek dan berintikan gula... mudah je nak buat.. Tapi apa yang nak di kongsikan dengan sahabat2 ni???

Melihat kuih itu secara "objektif", amat mudah untuk mentafsirkannya.. hanya sejenis kuih... kalau dirungkaikan secara "subjektif" bagaimana? Di sebalik cek mek yang ringkas ini, ada satu perkara yang tidak dapat dijangka... manis rupanya. nampak buruk dan "simple" tapi rasanya tidaklah seburuk yang disangka...

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pernah X saya diuji? (persoalan pertama mestilah pada empunya diri...) Pernah X kita di uji? (untuk bersama) Pernah X kOrang/kaMu/anTum diuji? Pernah... Ujian hidup ada yang jelas, samar2, yang manis, yang pahit dan sakit pun ada... Ada orang melihat ujian itu hanya suatu yang memeritkan, dan ada juga yang melihat ujian itu suatu yang manis- nikmat sihat, nikmat harta, nikmat cantik dll dan ada juga yang merasakan semua itu ujian.. Kita pula bagaimana?

Saya kini tengah membayangkan, ujian tu boleh jadi seperti cek mek. Hodoh, warnanya tak menarik, mungkin rasanya pahit... atau tawar... atau macam batang kayu? Apa fungsi Cek mek ni? Kenapa tak boleh buat bentuk lain? tapi, bila rasainya, sampai ke titik hujung... sampai habis, kita akan rasai kemanisan dan kepuasan... MAKAN CEK MEK.

Tetapi wajarkah kita menyamai ujian yg Allah swt turunkan ke atas kita dengan hanya sebiji cekmek? terpulanglah anda menilainya... nilainya subjektif...

Jika kita mengatakan kecantikan itu subjektif...

Rasa pun subjektif...

Perasaan pun subjektif

Perjuangan pun subjektif...

Apa yang Objektif.?

Apa lagi boleh difikirkan dari CEK MEK ni ye...????