Ads 468x60px

Ahad, September 28, 2008

Berdiskusi

Suatu hari, ayah bertanya kepada kami adik-beradik.

Apa jawapan kamu sekiranya ditanyakan oleh seorang non-muslim mengenai penciptaan langit dan bumi selama 6 hari?

Ramai dikalangan saintis barat cuba memerangkap muslim dengan soalan yang sebegini. Bagi mereka mana mungkin alam ini diciptakan dengan hanya 6 hari sahaja? Apa jawapan anda? Jawapan dari ayah akan di kongsi pada penulisan seterusnya... harap dapat perkongsian dari sahabat2. wslam

Khamis, September 11, 2008

Istilah perjuangan?

Ramadhan hari ini penuh dengan keseronokan bilamana saya berpeluang ke UiAM bersama sahabat saya untuk mengkaji serba sedikit mengenai sistem e-voting, 'bekerja' pada sebelah petangnya dan sebelah malam pula mengikuti forum koreksi diri anjuran PMAPIUM. Segalanya nampak berjalan lancar alhamdulillah walaupun sedikit keletihan berpuasa tapi kuasa tarbiyah masih kuat memotivasikan diri insyaAllah.


Seorang sahabiah bertanya kepada saya,

Bagaimana kita ingin terus kuat untuk menjadi seorang pejuang di medan dakwah ni? Sememangnya menjadi seorang pejuang ini masih panjang jalan yang beserta onaknya, tinggal kita istiqamah dalam menempuhi setiap ujian yang kita harungi pada hari ini...

Saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat betapa bertuahnya diri ini dapat bersama-sama sahabat-sahabat yang lain berjuang di medan dakwah. Mungkin suatu golongan dengan golongan lain mempunyai cara, method dan pandangan yang berbeza mengenai konsep yang ingin digerakkan. Apa yang penting, method dan cara tidak pernah membezakan kita selaku muslim yang sama-sama ingin melihat tertegaknya Islam di tempat kita khususnya.

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan....

Bagi saya, diri ini masih baru mengenali perjuangan dakwah Islam. Masih mentah dengan cabaran mehnah di dunia Islam hari ini. Justeru, amat payah untuk kita menilai dan membuat suatu andaian mengenai sejauhmana keterlibatan dan istiqamahnya kita di medan dakwah.


Thabbit Qulubana 'ala dinik! wa 'ala tho'atik! wa a'la jihadu fi sabilik!...

Bagi seorang pejuang, temannya adalah al-quran, kenapa al-quran? Jika dikaji dan dikaji banyak terdapat ayat yang mampu memotivasikan kita di dalam alquran sendiri. Andai kata seorang pejuang itu merasa lemah ketenangan dan nasihat yang amat baik itulah daripada al-quran.


Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dihatimu atau kamu menyatakan, Allah pasti mengetahuinya."Dia mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Allah maha Kuasa atas segala sesuatu. ali-Imran:29


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ali-Imran:200


Seorang pejuang juga, hatinya khusyuk mengingati Allah dan kematian. Hatinya cintakan Islam, bagi dirinya Islam adalah nyawa dan cintanya. Seandainya Islam dipijak, di permainkan sewenangnya, dan dimusuhi maka dialah yang terawal bertindak dan berusaha untuk menaikkan kembali keizzahan Islam sebaiknya.


Duhai sahabat-sahabatku, seandainya diri ini terlalai, bantulah diri ini ke jalan yang benar. Kadangkala, panas yang disangka berpanjangan, mendung pula ditengah hari. Hidup kita saling melengkapi, sahabat dalam perjuangan cermin antara satu sama lain, motivator sesama mereka dan juga pendorong semangat bersama.


Semoga 'taqarrub' kita di bulan Ramadhan, membawa satu perubahan yang positif dan semangat yang baru buat kita.




faqir ilallah,
Hamba pencinta Ilahi