Ads 468x60px

Jumaat, Ogos 27, 2010

Ramadhan


Esok adalah hari terakhir berpuasa bagi tahun ini. Kita pun masih tidak tahu apakan jadi pada esok hari. Masyarakat hari ini semakin menantikan Syawal dengan tidak sedar Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan ganjaran dari Allah semakin beransur pergi. Tak cukup lagi untuk kita meminta dengan Allah swt di bulan Ramadhan. Sempat saya, suami dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain mengedarkan makanan di Pusat Perubatan UM. Bagi kami pengalaman ini cukup bermakna bilamana kami dapat melihat sendiri golongan yang sedang menghadapi jerih perih di hospital walau di saat mereka sedang berpuasa. Paling indah ketika mana sempat beberapa kali berkunjung di Wad bersalin sambil melihat bayi-bayi yang baru lahir. Alangkah bahagianya ibu itu selamat dengan izin Allah swt.

Ada suatu ketika, kami mengedar makanan di wad yang lain(selain wad bersalin). seorang ibu yang seperti ketakutan, sedih disebalik pintu wad. Lama memerhati, rupa-rupanya anaknya yang sedang dibedah ketika itu. Sambil bermundar-mandir, senyuman kami sambil memberi makanantak mampu menenangkan hati ibu itu. Akhirnya kami beransur dan mendoakan moga diberi kemudahan dan kesihatan pada bayi wanita itu.

Seorang kanak-kanak di satu wad, cukup ceria dan menjadi penyeri di wad itu. Namun, yang menghairankan siapa ibu bapanya dan kenapa kerapkali kami ke wad tu, kanak-kanak itu juga akan ada di situ. Sahabat nak tahu, anak kecil itu ditinggalkan oleh ibunya selepas melahirkannya. Ibunya yang melahirkan anak yang "tidak sah taraf" dan cacat tidak dapat menerima kehadiran anak itu. Maka ditinggal begitu sahaja. Kini anak itu menjadi penghuni tetap disitu dengan jagaan nurse-nurse yang baik hati. Persoalannya bagaimana hidup kanak-kanak itu apabila meningkat dewasa kelak... YA ALLAH PERMUDAHKANLAH HIDUPNYA...

********** usai bercerita perihal aktiviti yang lalu...

Ramadhan semakin berakhir, bagaimana pencapaian aku pada Ramadhan kali ini. Kali ini Ramadhan lebih bermakna bersama suami tersayang. Berpuasa dan bergerak kerja bersama itu yang lebih membawa makna. Namun, masih takut kerana gagal melakukan lebih dari semalam...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ؛ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ : وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ (رواه أحمد والترمذي وقال : حديث حسن)

Dari Abu Hurairah -radhiyallahu ‘anhu- ia berkata: “Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: ‘Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak; orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, imam yang adil, dan doa orang yang terzhalimi akan diangkat Allah SWT di atas awan dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, dan Allah SWT berfirman: ‘Demi izzahku, sungguh Aku akan mendolongmu walaupun setelah beberapa saat’”. (H. R. Ahmad dan At-Tirmidzi, dan ia berkata: “Hadits ini hasan”.

Wallahua'lam.

Duit raya perlu ke????

Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan Kareem!

Salam Ramadhan buat semuat sahabat2 dan teman2....
Salam kunjungan semoga Ramadhan yang bakal tiba suatu tempoh muhasabah dan mengangkat darjat kita menjadi hamba yang 'luar biasa' di sisi Allah.
REBUT TAKWA DI BULAN RAMADHAN!