Ads 468x60px

Selasa, Mei 11, 2010

Isu Lompat.

1,700 ahli, penyokong PKR keluar parti
Mei 10, 10 3:16pm
Kira-kira 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi. Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim. Hadir sama di majlis tersebut ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan. Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin." Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan.... see more

Isu keluar masuk parti seolah-olah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat. Tidak kurang juga menjadi satu isu menjatuhkan sesetengah pihak didalam mana-mana parti. Ia sebenarnya tidak lain hanya satu tindakan tidak matang yang tidak wajar dipertontonkan oleh golongan yang dianggap matang oleh golongan muda yang mampu untuk menilai dan mencontohi mereka. Tindakan lompat parti seolah-olah menjadi satu kebiasaan dan pada tanggapan saya mereka yang sebegini hanya mencari kepentingan diri semata-mata tanpa menggunakan akal kewarasan dan 'iman' untuk membuat suatu tindakan.

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk meraih ridha Allah swt. Dan adalah Allah Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya”. (Al-Baqarah: 207)
Kita tidak memerlukan individu yang tidak sanggup berkorban dirinya untuk Islam, yang tidak meletakkan matlamatnya untuk redha Allah, yang mencari keuntungan untuk dirinya semata-mata, lari daripada masalah, seringkali menuding jari kepada orang lain dalam menghadapi masalah dan pentingkan 'pulangan' untuk diri sendiri. Perjuangan menegakkan keadilan bukan suatu yang mudah, tidakkan lari dari penindasan, tekanan, konflik dan mungkin juga isu pecah amanah didalam parti. Mereka yang benar-benar mengagungkan sesuatu parti, atau individu seharusnya meneliti matlamat dan tujuan mereka. untuk apa? untuk siapa? tanyalah diri.

Mungkin saya tidak layak menilai generasi yang matang dan telah menempuhi pelbagai ujian masyarakat. Namun, perkara ini bukan main2 dan seolah2 lali. Dan Islam tidak memerlukan orang yang bekerja hanya untuk kepentingan diri. Keadilan tidak akan tertegak jika ahlinya adalah dikalangan mereka yang 'gopoh' mengharapkan pulangan segera.

Ujian Allah teramat luas sehingga bertarung nyawa sekali pun, Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala takdir dan perjalanan hambaNya. Pulangan yang berharga itu hanya syurga dan cintaNya...

Teringat akan kata-kata Imam Hasan al-Basri..
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itulah hatiku sentiasa tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan ditunaikan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. AKu tahu Allah ta'ala selalu mengamatiku, kerana itulah aku merasa malu bila Dia melihatku dalam maksiat."
Ya Allah, aku malu dengan kata-kataku ini...
Mujahidah.

0 ulasan: