Ads 468x60px

Isnin, Disember 05, 2005

Bala ke atas 5 perkara..

Banyak hadith yang menjelaskan apabila terjadinya maksiat secara rahsia pasti akan tertimpa ke atasnya suatu perkara. Walaubagaimanapun apabila sesuatu maksiat dilakukan secara terang-terangan dan tidak dicegahi oleh masyarakat sekitarnya maka kesannya akan menimpai semua orang tidak kira yang melakukan maksiat mahupun tidak.

Lantaran itu Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : “ Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
.
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah

3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).

4. Suami taat pada isteri ( dayus ).

5. Anak menderhakai ibu bapa.

6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).

7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.

10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.

11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.

12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.

14. Banyak jenis muzik dimainkan.

15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )”.

( Riwayat At-Tirmidzi )

Selasa, Jun 21, 2005

Dunia Ibarat Perdagangan...

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. (البخاري)

Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: "Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. " Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: "Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu."

(Bukhari)

Begitulah diibaratnya dunia ini. Kita diandaikan sebagai pedagang kerana kehidupan kita di dunia ini cukup sementara. Jika di hitung dan dibandingkan dengan umur umat terdahulu malah, terlalu sedikit untuk kita beribadah apatah lagi membuang masa.

Sebenarnya dunia ini tempat sementara bagi orang dagang dan biasanya orang yang demikian tidak terikat kepada negeri yang ditumpanginya tetapi sentiasa ingat hendak balik ke negerinya, oleh itu ia tidak akan resah gelisah kiranya ia tidak dilayani atau ia ditimpa oleh sesuatu keadaan yang menyinggung perasaannya, juga ia tidak mahu merebut sesuatu kelebihan atau kemewahan yang ada di negeri itu.

Demikian juga kita bagaikan seorang musafir yang mengambil dan mengumpul bekalan untuk negeri yang dituju.Oleh itu usahlah kita menaruhkan satu cita2 yang melalaikan daripada menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt.

Sedarlah wahai sahabatku, sejauh mana destinasi kita di dunia ini namun tetap berpegang pada satu yakni apabila kita mula berhadapan dengan hari kebangkitan, hanya kenikmatan yang kita nantikan. Namun, adakah amalan kita setimpal dengan kenikmatan dan ganjaran yang kita impikan. Cukup tertipulah kita jika kita hanya berserah dengan amal yang sebutir jagung kini....Wallahua'lam...

Selasa, Mei 24, 2005

coretanku...

Image Hosted by ImageShack.usBismillah...
syukur Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur lagi.Allah berikan kita masa untuk bermunajat padaNya.Tapi..,sejauh mana kasih kita terhadap Allah swt.Dialah yang Maha Pengasih.Walau seteruk mana hambaNya,Allah masih tetap bersikap pemurah,pengasih dan penyayang..subhanallah!!
firman Allah pula yang bermaksud:

" Manusia dahulunya hanyalah satu ummat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidakkan kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan terhadap apa yang mereka persilisihkan.."(surah Yunus:19)

berdasarkan ayat ni..dijelaskan umat dahulu yang bersatu dalam islam.namun,kerana perselisihan maka terjadilan kemusyrikan,penyembahan berhala, dan pemujaan patung-patung.Sehinggalah diutuskan Rasul bagi mereka yang membawa keterangan dan hujjah yang benar dan nyata serta meyakinkan.Oleh itu, bagi mereka yang menafikan kebenaran hujjah yang di sampaikan oleh Rasul mereka maka,azablah yang bakal mereka tempuhi di akhirat kelak..

Begitulah diibaratkan,hidup kita di ibaratkan satu cabaran.Tiada seorang pun makhluk Allah yang dapat lari dari cabaran.Bagi mereka yang berjaya,alhamdulillah itulah anugerah Allah berikan bagi mereka yang bertaqwa kepada-Nya..sejauh manakah cinta Ilahi yang telah digapai....astaghfirullahal 'adzim...Ya Allah bantulah kami dalam menghadapi setiap corong ujian-Mu..jauhkanlah kami dari kekufuran sama ada tika kami sedari mahu pun tidak...amiin..

Isnin, Mei 16, 2005

Teguran oleh Abdullah Bin Abbas

Image Hosted by ImageShack.usDiceritakan oleh Wahab bin Munabbah:

"Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua. Pada suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram. Disana ia telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun memberi salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka mempersilakan ia duduk sambil melahirkan keengganannya berbuat demiakian, dia pun berkata:

"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah s.w.t.. maka mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba keperingkat keimanan yang demikian rupa maka mereka segera kearah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian telah menyeleweng dari jalan ini? Selepas peristiwa ini aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil Haram."

Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan tentang kebesaran Allah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan maka lain-lain perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh kejujuran.

Khamis, Mei 12, 2005

Wanita wajib menutup perhiasan tersembunyi..


WANITA diberikan kelebihan berbeza daripada lelaki. Mereka diberi dua perhiasan - tersembunyi dan nyata. Perhiasan tersembunyi adalah keindahan tubuh badan yang tidak boleh dilihat kecuali oleh orang tertentu seperti suami. Perhiasan nyata adalah muka dan pergelangan tangan.

Perhiasan tersembunyi ini biasa disebut aurat. Di sisi agama, perempuan mukmin wajib menutupnya supaya tidak dilihat sebarangan orang. Perintah menutup aurat ini datang daripada Allah.

Firman-Nya, bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Menurut al-Qurtubi, sebab turun ayat ini ialah pada masa itu kaum wanita apabila menutup kepala dengan ‘khumur’ (semacam kain tudung) maka mereka tarik ke belakang sehingga leher, dada dan telinga terdedah. Maka Allah memerintahkan mereka menutup bahagian hadapan, termasuk dada, leher, telinga dan rambut. - (Fatwa al-Qardhawi)

Selepas turun ayat itu, wanita mukmin segera mengoyakkan kain untuk menutup apa yang terbuka. Aisyah sendiri pernah menegur tudung Hafsah, anak seorang saudaranya. Hafsah datang dengan bertudung menutup leher tetapi nipis. Kata Aisyah: “Ini amat nipis, tidak dapat menutupnya.”

Dalam ayat al-Quran yang terdahulu, Allah melarang wanita mukmin memperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali yang lahir (yang biasa nampak seperti tangan dan muka).

Dr Yusof al-Qardhawi berkata: “Ulama terdahulu hingga kini tidak ada yang mengatakan rambut wanita, termasuk pehiasan yang lahir.”– (Fatawa al-Qardhawi). Mafhumnya, ulama semua peringkat menyatakan rambut wanita adalah aurat.

Ibnu Masud pula mengatakan: “Perhiasan yang lahir ialah pakaian.” Ibnu Jubair menambah: “Termasuk yang lahir itu ialah wajah”. Namun Said bin Juabair menokok lagi dengan mengatakan: “Wajah, kedua tangan dan pakaian,” manakala Ibnu Abbas mempunyai pendapat lain. Katanya: “Perhiasan yang lahir ialah celak, perhiasan dan cincin yang dibolehkan”.

Mengenai hal menutup aurat, Aisyah pernah menceritakan teguran Rasulullah terhadap Asma binti Abu Bakar. Ketika Asma menemui Rasulullah, dia memakai pakaian nipis. Rasulullah lalu menegurnya.

“Wahai Asma, sesungguhnya jika seseorang perempuan sudah sampai masa haid (baligh) maka tidak layak baginya menampakkan kecuali yang ini (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya). Daripada beberapa keterangan itu nyatalah wanita Islam wajib menutup perhiasan yang tersembunyi

Isnin, April 25, 2005

Islam Akan Menjadi Terasing Lagi

Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Islam itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kelak akan kembali asing lagi, maka berbahagialah orang yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnahku pada masa setelah aku tiada nanti ";- (Riwayat Turmidzi).

Hadis tersebut menjelaskan bahawa agama Islam itu pada mulanya adalah asing, yakni seperti orang yang merantau di suatu negeri pada awalnya tidak dikenal orang di negeri itu, bahkan kadang-kala dibenci oleh penduduknya.

Begitu juga agama Islam akan kembali pada masa yang akhirnya menjadi asing lagi, ertinya ajarannya tidak dikenal orang. Agama Islam menjadi asing sedikit demi sedikit sehingga tidak dirasakan oleh pemeluknya; ajaran demi ajaran ditinggalkan dan akhirnya Islam asing bagi mereka.

Ajaran-ajarannya hanya tinggal tulisannya sahaja, nilai-nilai yang terkandung di dalamnya tidak diperhatikan. Orang yang menyebarkan ajaran Islam dianggap asing kerana tidak mengikuti kebanyakan ajaran yang dianuti oleh manusia; padahal ajaran yang dianut oleh mereka menyimpang dari Syari'at (al-Quran dan Hadis). Sebaliknya berbahagialah orang yang dipandang asing itu, kerana ia tetap berpegang pada sunnah Nabi s.a.w. yang ditinggalkan oleh ramai manusia di masa itu.

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;

Berkaitan akhir zaman maka Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan akan datangnya suatu masa, di mana ramai orang-orang muda yang masih mentah fikirannya, selalu bercakap menggunakan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis, padahal mereka masih belum memahami ilmu-ilmu penghantarnya atau ilmu untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi.

Oleh kerana tidak mempunyai ilmu penghantar tersebut mereka mengambil ayat atau hadis tanpa mendalami maksud dan tujuan daripada ayat Al-Quran atau hadis tersebut iaitu bagaimana ianya (ayat atau hadis tersebut) diterapkan.

Kadang-kadang mereka hanya boleh membaca terjemahannya sahaja, dengan tidak memperhatikan teks aslinya, sudah merasa ghairah menjadi ulama dengan pidato yang menggebu-gebu.

Akhirnya apa yang terjadi? Tidak lain adalah kesalahfahaman terhadap Islam, kerana bentuk yang demikian Islam secara tidak langsung disalahgunakan. Tafsiran mereka terhadap ayat-ayat atau hadis tersebut disesuaikan dengan hawa nafsu, secara tidak sedar mereka telah keluar dari Islam.

Dengan itu mereka mengucapkan ayat-ayat Al-Quran atau hadis tidak sesuai dengan tujuan si Pembuatnya; iaitu Allah dan RasulNya kerana mereka tidak memahami Al-Quran dan hadis secara mendalam.

Isnin, April 18, 2005

Peristiwa Palestin akibat perpecahan umat

Oleh: DR. SAODAH ABD. RAHMAN
umat Islam gelisah melihat kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin. Seluruh negara Islam menunjukkan sikap marah dan benci terhadap rejim Yahudi Ariel Sharon, yang terkenal sebagai pemimpin Yahudi yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Peristiwa yang berlaku di Palestin itu perlu dijadikan renungan oleh umat Islam. Sebagai umat Islam, peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Shatila dan Shubra sepatutnya dijadikan satu iktibar yang baik, yang boleh membangkitkan semangat perpaduan di kalangan orang Arab.

Israel adalah sebuah negara yang kecil, yang dikelilingi oleh negara-negara Arab dan Islam di Timur Tengah. Persoalannya, kenapa negara kecil itu begitu berkuasa dan berani menunjukkan keganasan terhadap rakyat Palestin, sedangkan mereka dikelilingi oleh negara-negara Arab?

Umat Islam dan negara-negara Arab hanya mampu untuk menunjukkan kemarahan mereka, dan meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah keganasan Yahudi. Kenapa umat Islam begitu lemah dan tidak bermaya untuk menghalang kuasa Yahudi bermaharajalela di tanah suci Baitulmaqdis?

Ini perlu dilihat dan dikaji mengikut perspektif ajaran Islam. Pengabaian terhadap ajaran al-Quran, hadis dan sejarah adalah antara faktor utama di mana umat Islam sering menjadi bahan persendaan masyarakat agama lain.

Faktor utama yang menggalakkan penindasan Yahudi terhadap rakyat Palestin ialah, kegiatan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin tidak mendapat tentangan dunia Barat secara serius, malah sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel telah bermula sejak Zionis bertapak di Jerusalem.

Sikap dan mentaliti masyarakat Arab juga merupakan salah satu faktor terpenting yang menyebabkan mereka mudah dipersendakan dan ditindas oleh Yahudi dan Amerika. Mereka kurang prihatin terhadap firman Allah dalam surah 42 (al-Syura) ayat 13 yang bermaksud;

``Dia (Allah) telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh, dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.''

Perkataan tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah, perlu dijadikan prinsip hidup umat Islam. Usaha untuk menyatupadukan masyarakat itu merupakan satu matlamat perjuangan hidup umat Islam. Tetapi malangnya, firman Allah dalam soal ini, tidak dihiraukan oleh umat Islam keseluruhannya.

Paling menyukarkan keadaan apabila umat Islam saling bertikai dan bermusuhan apabila keadaan keselamatan dan kedudukan mereka terancam. Peristiwa yang berlaku di negara Arab dan Palestin perlu dijadikan satu panduan hidup umat Islam keseluruhannya.

Dalam keadaan mereka ditindas oleh Israel dan Amerika, rakyat Palestin dan Arab berpecah-belah. Pembunuhan sesama sendiri sering berlaku. Perebutan kuasa sesama sendiri, bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan menjadi lemah, malah ia juga menjuruskan kepada sistem perhambaan kepada Barat.

Pemimpin-pemimpin negara tersebut gemar menjadi boneka kepada Barat. Mereka tidak ada pendirian dalam menentukan dasar negara dan sistem pemerintahan yang mantap. Ini disebabkan oleh tahap penyalahgunaan kuasa dan rasuah berada dalam tahap yang tinggi. Oleh itu, mereka tidak prihatin terhadap kepentingan agama, masyarakat dan negara.

Sikap pemimpin mereka yang suka mengikut telunjuk dan arahan dari Barat je-las kelihatan dalam Perang Iraq-Kuwait pada 2 Ogos sehingga 8 November 1990.

Minyak adalah sumber kekayaan dan senjata utama negara-negara Arab. Sum-ber kekayaan yang dimiliki oleh mereka sudah cukup untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kuasa mereka.

Sikap mementingkan kuasa, tanpa menghiraukan kepentingan ramai telah mengheret negara Arab berperang sesama sendiri, dan secara langsung menjemput Amerika dan negara Eropah lain menyertai peperangan membunuh sesama umat Islam. Ini merupakan satu sejarah hitam dalam negara yang kaya dengan sumber kekayaan asli. Peristiwa Perang Iraq-Kuwait berlaku adalah berkaitan dengan penentuan harga minyak.

Iraq meminta kerjasama dari Kuwait dan negara-negara Arab yang kaya supaya menaikkan harga minyak untuk membantu kedudukan ekonomi negaranya. Kejatuhan harga minyak ketika itu telah memberi satu tekanan yang hebat kepada kedudukan ekonomi Iraq.

Harga minyak dunia telah jatuh daripada AS$39-$40 dalam tahun 1980 kepada AS$18-$12 dalam tahun 1988. Menteri minyak Kuwait mahu menjual lebih banyak minyak dengan menurunkan harga, de-ngan tujuan untuk mendapat kekayaan secepat mungkin. Sedangkan Saddam Hussein mahu undang-undang lebih serius dalam menentukan harga minyak, dengan harapan harga minyak akan naik sehingga sekurang-kurangnya AS$25 satu tong.

Penurunan harga minyak memberi keuntungan kepada Amerika dan Israel, yang amat memerlukan minyak yang murah. Pada 17 dan 18 Julai 1990, Saddam secara terbuka menuduh Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu plot Zionis. Kuwait tidak memberi perhatian terhadap rayuan Saddam, dan meneruskan rancangannya menjual minyak de-ngan harga yang murah. Ini membangkitkan kemarahan Saddam lalu mengisytiharkan peperangan ke atas Kuwait.

Kekuatan Palestin dan negara Arab akan wujud jika mereka bersatu dan memperkukuhkan persaudaraan sesama sendiri. Sekarang mereka menjadi terlalu gelisah, dan hanya mampu menjerit dan berarak di jalan raya untuk mendapat simpati masyarakat luar.

Kekuatan tidak akan wujud jika tidak ada persediaan dan pakatan yang kukuh sesama mereka. Masyarakat luar sukar untuk menghulur bantuan jika masyarakat Arab membunuh dan tidak menjalinkan kasih sayang sesama sendiri. Mereka perlu amal konsep persaudaraan yang kukuh jika mereka ingin dihormati oleh orang luar dan digeruni oleh Israel.

Sikap negatif masyarakat Arab ini tidak perlu dijadikan sebagai corak hidup masyarakat dalam negara ini. Perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan tolak ansur sesama sendiri perlu dijadikan sebagai prinsip hidup. Sikap membangkitkan semangat pergaduhan dan permusuhan itu adalah punca kepada kehancuran.

Peristiwa yang berlaku di Palestin dan negara-negara Arab, akibat daripada perpecahan umat perlu direnung oleh kesemua pergerakan Islam, politik dan masyarakat. Keamanan yang wujud dalam negara ini perlu dikekalkan supaya kita menjadi satu negara Islam yang dihormati. Pergaduhan, sikap memaki hamun dan menjerit dengan suara lantang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Perundingan, faham memahami dan rasional dalam pemikiran adalah satu cara yang baik untuk memajukan negara.

* DR. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin
dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selasa, April 05, 2005

ADAB BERSOLEK DALAM ISLAM

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar.

Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai

Baca Bismillahirahmanirahim

Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

Rabu, Mac 30, 2005

DERHAKA DALAM BERIBADAH

Ramai orang beribadat bukan mahu dekat dengan Allah Tapi ibadahnya semakin menjauhkan diri dari Allah Kerana megah dengan ibadah, kerana nama menyembah AllahDI dalam benbadah, menghina, mengumpat, hasad dendam kesumatOrang ini di Akhirat menjadi orang muflisPerniagaan

Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat Ibadahnya tidak menyelamatkan merekaMereka tertipu dengan ibadahnyaBanyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah Dia buat

kebajikan kerana nama, minta pujian, glamourSetiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat namaKerana itulah

setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma Jika hendak menderma mesti dibuat berita di dalam mediaDia membuat kebaikan kerana pujian orang Bukan kerana Allah dan keredhaan-NyaItulah

orang derhaka di dalam beribadah Membuat maksiat di dalam kebaikan Dia rasa cara itu Tuhan sukaRupanya cara itu Tuhan sangat murkahttp://www.rufaqa.com/Orang ini di Akhirat menjadi orang muflisPerniagaan Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat

Ibadahnya tidak menyelamatkan merekaMereka tertipu dengan ibadahnyaBanyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah Dia buat kebajikan kerana nama, minta pujian,

glamourSetiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat namaKerana itulah setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma Jika hendak menderma

mesti dibuat berita di dalam mediaDia membuat kebaikan kerana pujian orang Bukan kerana Allah dan keredhaan-NyaItulah orang derhaka di dalam beribadah Membuat maksiat di dalam kebaikan Dia rasa cara itu Tuhan sukaRupanya cara itu Tuhan sangat

murka


DARI LAMAN IKIM.FM

Isnin, Mac 21, 2005

couple islamic.......wujud ka?

SoutulQalbi menulis "
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

muslimah

Ibarat sinar yg mekar mencari cinta dan harapan...
kasih kudusku pada ilahi....menjunjung cita...mencari destinasi
yang abadi...

menyingkap tirai hati
mengintai keampunan
di halaman subur rahmatMu
Tuhan...

Tiap jejak nan bertapak
debu kejahilan
akan ku jirus dengan
madu keimanan
.......lirik destinasi cinta(mestica)....