Ads 468x60px

Jumaat, Mei 09, 2008

Dahulu dan Sekarang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Dah lama rasanya tak menyua blogspot ni... hampir 2 tahun rasenyer dibiarkan terbengkalai tak terurus. Almaklumla ade banyak blog. Semuanya yang ana cuba-cuba waktu lepas spm dulu. Buat forum 'Diskusi Dakwah', join macam-macam forum... Hadwan.net, nasyeed.com, nasyid.com.my,Raudhah,ukhwah.com, mestica,MyIkim dan Hidayah.com. Teringat pula sahabat-sahabat Hadwan dan hidayah.com. Kak zie, Ammar, bro Safp, RedLine yang misteri, Shah, Abunur al-ansori, Kak Mujahadah, Pak Ngah, kak Shima, Kak arahaza, Kak Q, Bilal, Kak yati n akh Hilmi (selamat pengantin baru), Tajjdid, Atuk Whyzed dan sebagainya. Seronok dapat imbau kisah lama, jika dulu kami berbincang banyak perkara dan Atuk serta Abu merangkap sebagai Naqib kalau tak silap ana... Bila ada gathering, ana buat senyap jela. Bukan biasa keluar rumah lebih-lebih lagi jumpa orang yang tak dikenali. Tapi, sejak di umkl beranikan diri beraya rumah abi sekeluarga. Di sana dapat berjumpa dengan Kak Muja dengan anak kecilnya, Pak Ngah, Kak Yati, kak aza, Winamp dan kak .... ape ntah lupa namanya(sorry ;-))

Kalau dulu, bila online ana akan buka chatRoom hidayah, tak pun forum Hadwan.net. Tapi sekarang semuanya dah berubah, hidayah.com ada masalah web site, Hadwan pun dah tak wujud lagi. Sahabat-sahabat semua sudah fokus ke tempat lain, kak Shima,kak yati, kak Muja dan kak nilam yang dulunya aktif semuanya sudah berkahwin. Nampaknya setiap orang mempunyai tanggungjawab di tempat lain. Tak mengapa, ukhwah tak semestinya bertemu tapi tautkan dan perkukuhkan dengan doa moga-moga itulah penawar ukhwah yang lame tak terjengah ni...

Menyebut perihal tanggungjawab, tanggungjawab kita semakin hari semakin berat terasa. Ana teringat satu video peragut wanita dibelasah teruk.. sampai mati. nauzubillah. Email yang ana dapat ini betul-betul membuatkan ana terkilan, biarpun seteruk-teruk mana pun manusia itu, dia masih perlu diberi peluang untuk bertaubat. Jika dilihat video itu amat dahsyat sehinggakan wanita itu nazak sekali pun masyarakat yang melihat itu masih terus menghukum dan menghukum dan paling menyedihkan bata yang berat tu di hempas ke kepala wanita itu sehinggalah dia tidak bernyawa... Apa kaitannya video ni dengan tanggungjawab yang saya sebut-sebutkan tu?? peranan kita sebagai penyampai, contoh teladan masyarakat, berkasih-kasihan sesama saudara seislam, dan ini lah titik pemulanya ukhwah. Mungkin jika di sebut mengenai tanggungjawab banyak konteks yang dapat kita kaitkan sama ada tangunggjawab pelajar, anak, pekerja dan sebagainya walhal semua itu hanyalah contoh yang ringan sahaja... banyak penekanan Allah sebutkan dalam al-Quran mengenai peranan manusia sendiri diatas muka bumi ni.. antara yang paling mudah untuk kita ingat firman Allah dalam azzariat:
"tidak AKU ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKU.."

Lakukanlah amalan sebaiknya kerana Allah. Ana teringat kata-kata seorang sahabat ..."Kita tak tahu amalan kita yang mana diterima Allah, Mungkin sekecil-kecil amalan inilah yang di terima oleh Allah... "wallahua'lam. Moga cerita ini sedikit sebanyak menyedarkan diri ana dan mungkin sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat yang lain.