Ads 468x60px

Khamis, Mei 21, 2009

al-fatihah buat sahabatku...


Sewaktu musim pemilihan pengawas sekolah menengah agama Ittifaqiah dijalankan, ramai yang mengambil peluang untuk mencuba nasib dengan mengikuti ujian2 yang diberi. Tak kurang juga dengan rakan-rakan yang lain... Zainab antaranya.

Zainab dan Khadijah, dua beradik yang cukup dikenali. Zainab memang terkenal dengan bijak, aktif di sekolah dan rajin menarik perhatian guru-guru di sekolah. Ujian hafalannya yang cepat, hampir keseluruhan ujian PAFA dihabiskan dengan cepat walaupun usia ketika itu baru tingkatan 2. Suatu ketika, asrama kami dimasuki penceroboh. hampir setiap malam kami akan ketakutan. Zainab dan saya saling tidur berteman.(takutla katekan)

Tapi.. malam tu, zainab asyik merenung sahabat2 sekeliling. Orang lain dok mengantuk selepas study tapi matanya still terkebil2... Oh ye.. esok hari cuti, budak asrama semuanya akan balik dan akan kembali isnin depan. Beberapa pelajar akan mengikuti musabaqah sekolah-sekolah agama negeri Terengganu. Zainab lah antaranya yang mewakili syarahan bahasa Arab. Keesokan harinya, habis waktu sekolah.. saya bergegas berkemas. Mak cik dah sampai nak balik ke rumah tok. Tak sempat bersalam dengan sahabat-sahabat dorm. Zainab baru je selesai membasuh kasut sekolah dan disidainya di koridor. Memang rushing betul, zainab merenung macam nak mengatakan sesuatu, tapi.... maaf nab saya kena cepat...kata saya dalam hati.

Pertandingan musabaqah berlangsung pada hari sabtu, saya bercuti di rumah tok. Maghribnya satu panggilan dari seorang sahabat, "ade kemalangan yang melibatkan peserta musabaqah sekolah kita.. tapi khabar beritanya masih tidak diketahui..." astaghfirullah.. saya masih tenang. Harap tiada yang teruk.

Keesokan harinya, mak teh mula membawa satu berita. Kemalangan semalam melibatkan seorang guru dan beberapa orang murid... dan beberapa yang terkorban... Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Sahabatku semalam mengkhabarkan lagi.. "ummu, zainab dah tiada.. kejadian semalam melibatkan zainab dan kak ramlah. Mereka berdua kembali ke rahmatullah." Innalillah wainnailaihi raaji'un...

... Patutlah, arwah pernah menyebut, seandainya seorang daripada kita tiada macam mana ye? .... lagi, saya akan berpindah ke suatu tempat yang jauh.. zainab pernah berkata, ustazah saya x sempat menghabiskan PAFA, saya hanya tinggalkan bahagian solat jenazah sahaja... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

*******************************************

Kenapa saya berkongsi dengan sahabat2 perihal sahabat akrab saya? Saya berasakan perlunya menghargai seorang sahabat yang berada disisi kita. Susah, senang, senyum dan tangisnya adalah penting buat kita. Saya amat menyesal kerana di saat-saat akhir pertemuan saya dan arwah zainab, saya gagal meluangkan sedikit masa pun untuk bersalam dengan dia. Saya gagal untuk mengembirakan sahabat saya zainab.

Sayangilah persahabatan, lebih-lebih lagi pertemuan itu atas dasar aqidah dan perjuangan Islam. Ia bukanlah satu yang sia-sia malah nikmat bersahabat dirasai selamanya... Buat sahabat real, sahabat ICT, sahabat sk segambut, sk olak lempit, sk sungai serai, sma ittifaqiah dan smka kuala selangor... semoga ntum dibawah rahmat dan lembayung kasih sayang Allah swt.

wslm.

1 ulasan:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

alfatihah buat sahabatmu... moga digolongkan dalam golongan org2 yg beriman & penghuni syurgaNya.. begitu juga kita...Ameen ya Rabb