Ads 468x60px

Rabu, April 29, 2009

Nak Jadi Ape?

Dengan namaMu ya Allah swt...

Alhamdulillah, fasa exam exam bagi diri saya semakin di penghujung. InsyaAllah esok merupakan paper last saya bagi semester ni. Saya mula tersedar, rupa-rupanya saya dan sahabat2 batch akan memasuki tahun 3, ia mungkin tahun akhir bagi sebilangan dari kami dan belum akhir bagi diri saya. Begitu juga dengan abang-abang dan kakak-kakak di tahun akhir, yang sebelum ini bertungkus lumus menyiapkan paper project semester ni. Sebilangan mereka khabarnya, akan memasuki alam kerja, 'hidup baru', atau ada yang ingin meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Semoga mereka dipermudahkan..

Saya terimbau suatu ketika, saya dan sahabat-sahabat pernah membincangkan mengenai cita-cita dan perancangan selepas keluar dari kampus Uni.Malaya. Bagaimana kita ingin berperanan dalam masyarakat? Sebilangan dari kami menjawab,

InsyaAllah, ana akan menjadi ahli politik di kawasan ana.

Yang lain pula,

Ana akan memastikan setiap sekolah di Malaysia ada sistem pentarbiyahan tersendiri agar generasi muda tidak mudah hanyut dengan budaya-budaya tak senonoh.

Tidak kurang juga, ada yang berkata...

Ana ingin menternak lintah!

yang lain menyambut,
Ana ingin mengembala kambing dan lembu.

Ana ingin menjadi Murobbi atau pendidik

Ana nak terlibat dalam consultant....
Bagi diri saya pula...

Mungkin saya akan memperkasakan skill multimedia (ye ke?) tidak sebenarnya sebab hakikatnya saya cukup malas melibatkan diri dalam multimedia and design... hehe.. Sebenarnya dilubuk hati saya ingin memperkasakan ilmu agama di peringkat lebih baik. Tidak semestinya bersijil tetapi hakikatnya....berguru adalah lebih baik. insyaAllah...

Dan peranan saya dalam masyarakat, ada perancangannya. tetapi bertindak dahulu sebelum menyatakannya adalah lebih baik. Perkongsian mungkin boleh dibuat nanti2. Moga dipermudahkan.





BERDAKWAH DI SEMUA PERINGKAT

Baru-baru ini kerap menjadi persoalan dalam diri saya,

1) Bagaimanakah cara yang terbaik untuk memastikan dakwah Islam sampai ke setiap sudut dan peringkat umur?

2) Siapakah yang berperanan untuk memastikan dakwah di peringkat Politik, Hiburan, Ekonomi, Sains, Sukan, Masyarakat dan sebagainya sampai pada yang sepatutnya?

3) Bagaimana saya mampu untuk membawanya? Bagaimanalah generasiku nanti? Adakah lebih teruk??? Moga aku bukanlah orang yang futur dari jalanMU. Na'uzubillah.


LUPA

Sebenarnya, saya terlupakan firman Allah swt :

“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf,melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beuntung” (Surah Ali-’Imran : Ayat 104)
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 110)
Saya berada dalam satu kumpulan dan kelompok! Saya tidak berseorangan dalam dakwah. Saya ada ramai sahabat-sahabat yang menginfakkan diri habis-habisan untuk Islam. Masha Allah. Cuma yang perlu kami lakukan adalah, membuat strategi secara rapi mengenai bagaimana kita ingin mencapai dakwah Islam secara lebih menyeluruh.


KITA PERLUKAN STRATEGI!
Ya, kita perlu ada strategi dan kesediaan diri untuk berperanan sebagai agen dakwah Islam.

Mengikut Kitab " Bagaimana Menyeru kepada Islam" karangan Fathi Yakan;

Para da’ie yang bergerak di dalam gerakan Islam pada hari ini sangat
berhajat kepada suatu manhaj kerja dalam kerja-kerja mereka - dan sudut fikrah dan harakah sebagai landasan perjalanan dalam usaha mereka menyeru manusia kembali kepada Islam. Mereka memerlukan manhaj yang disusun dengan jelas, teliti lagi terperinci agar darinya dapat melihat dengan terang jarak perjalanan yang akan ditempuhi, ciri-ciri khusus serta sifat-sifatnya. Perkara-perkara ini sangat penting diketahui untuk diambil sebagai pedoman agar para da’iee tidak terseleweng dari jalan sebenar dalam kerja-kerja da’wah mereka. Dengan demikian tidak lagi dikhuatiri mereka melakukan sesuatu yang merugikan Islam pada hal mereka menyangka mereka melakukan kebaikan untuk Islam.
Oleh itu jelas, sebagai daie tidak dapat tidak kita pasti akan di uji dengan pengorbanan.

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

Kita sememangnya akan berhadapan dengan masyarakat, kita akan menghadapi mehnah dalam masyarakat, kerja masing-masing yang sehingga menuntut diri kita untuk terus bersabar, bijak menghadapai situasi dan sebagainya. Suatu hari, kita akan berhadapan dengan mereka yang mempertahankan kebudayaan, adat, cara berfikir dan segala ajaran yang bersifat Jahilyyah! Dari sudut ini, kita seharusnya bersedia dan kenal pasti peranan kita nanti dalam masyarakat.
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).
“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari qiamat ia akan dikekang oleh Allah, dengan kekang dari api neraka.”
(H.R. Ibnu Majah)
Dan terakhirnya, saya ingin berkongsi pesanan Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam.

Ertinya:

“Tidak ada seorang pun di antara Nabi-nabi, yang dibangkitkan oleh Allah sebelum aku, yang tidak mempunyai ”Hawary,” sahabat-sahabat yang terdekat kepada beliau dari kalangan umatnya, dan yang secara langsung menerima Sunnah-nya dan mengikuti perintahnya. Kemudian kelak akan muncul satu generasi, yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka perbuat, dan suka memperbuat sesuatu yang tidak diperintahkan kepada mereka. Maka barangsiapa yang berjuang menghadapi mereka dengan tangannya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa yang berjuangan menghadapi mereka dengan lidahnya, maka dialah orang yang beriman.

Dan barangsiapa yang berjuangan menghadapi mereka dengan hatinya, maka dialah orang yang beriman. Dan di bawah tingkatan itu, tidak ada lagi suatu keimanan, walaupun hanya seberat sebiji bayam.”
(Hadith riwayat Muslim)

Wallahua'lam
Mujahidah RS.

Jumaat, April 24, 2009

Usul 20 atau Usul Isyrin oleh Hassan Al-Banna

Oleh: mufias
dr http://www.dakwah.info

Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memilih dan mengajarkan jalan yang tepat kepada kaum Muslimin, yakni memulakan taghyir dengan memilih dan membina individu muslim yang menjadi asas yang kukuh kepada perjuangan Islam. Seterusnya terbina baitul muslim, mujtama' muslim dan tidak syak lagi semua ini menjadi paksi kepada Daulah Islamiah. Justru, dalam amal Islam memilih titik permulaan yang betul dalam bergerak penting agar dapat di pastikan perkembangannya terus berlanjutan, berterusan dan senantiasa subur meskipun menimpa pelbagai mehnah dan ujian.

Permulaan yang baik itu adalah dengan membina kefahaman Islam terhadap para individu yang ingin bergabung dengan gerakan Islam. Sesuai dengan firman Allah;


Maksudnya:
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)


Usul 20 atau Usul Isyrin ini tersiar di dalam Risalah Ta'lim yang menjadi rujukan kaum Muslimin kerana ia menggariskan kefahaman Islam yang sahih dalam bentuk yang ringkas dan mudah yang menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan. Ia juga bertujuan untuk menyatukan kefahaman para Ikhwah yang berjuang di jalan ini dan meleraikan pelbagai keremehan dan kekusutan yang menimpa kaum Muslimin akibat perbalahan yang tidak kunjung sudah terhadap perkara-perkara furu' Islam.


Imam Banna meletakkan 20 Usul sebagai panduan, ianya adalah;


TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Rabu, April 22, 2009

Kenapa susah nak berjaya???

Mengapa ada dikalangan kita yang sukar untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam apa yang kita inginkan? Adakah ini sekadar satu ujian Allah atau ada perkara yang masih perlu di koreksikan oleh kita. Sama-sama kita koreksi diri kita...

Saya suka Bertangguh
Kadangkala kita masih gagal untuk menilai kepentingan suatu kerja. Yang mana lebihi penting? Apa yang menguntungkan atau perlukan segera? Argghh.... tak tahu. Atau, mungkin lebih berminat dengan kerja yang disukai (memilih kerja).

Sikap ini perlu dikikis! Jom sama-sama koreksi!


Saya selalu berfikir Negatif dengan Apa yang Berlaku?
Jadilah individu yang selalu bersyukur dengan pemberian Allah. Apa yang berlaku pada diri kita dan orang sekeliling kita mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri. Ingat! Perancangan Allah adalah lebih baik. Individu yang positif mampu membahagiakan dirinya dan orang sekeliling. InsyaAllah, kita berusaha untuk menjadi individu positif.

Koreksi lagi!



Saya Takut dengan c
abaran.
"Aminah takut main bola jaring coz kalau main bola jaring risau tak boleh sambut dengan baik? Hakikatnya Aminah tak cuba lagi.. "
"Saya takut nak apply subjek ni... tak pandai." syam.
Kita mudah membuat persepsi awal tentang kebolehan kita. Namun, kita tidak pernah mencabar dan cuba untuk menjadi yang terbaik? Adakah ini ciri-ciri individu yang berjaya? Aminah takut sambut bola, tapi adakah dia akan terus begitu jika sentiasa berlatih dan mempraktikkannya dalam latihan? Adakah Aminah masih bermain dengan keyakinan dirinya?
Begitu juga sebagai seorang pelajar, perlu mencabar diri dengan kemahiran baru serta berani menghadapi subjek yang sukar. Jika kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal.
Is it right?

Jom koreksi!


Saya Selalu Membandingkan Orang lain dengan diri saya.
Tidak salah untuk membuat perbandingan tetapi jangan sampai diri kita menjadi lemah dan takut untuk mencuba sesuatu. Yakinlah, kita individu luar biasa!

I'm The Best!

Positif! Cek dengan teliti apa yang kurang dan perlukan pembaikian.

Usaha kurang?

Tidur?

Bertangguh?

Tidak serius?

Ingat! jangan melihat kepada kemudahan yang ada pada individu lain. Masing-masing perlu ada strategi untuk mencorakkan jadual study n kerja masing-masing. Bijaklah mengatur masa. Allah pegang masa hamba-hambaNya! Mohonlah moga diberi kelapangan hati untuk membuat sesuatu agar tidak mengganggu perasaan masing-masing.


Pergantungan Diri kepada Allah

Yang penting dan perlu sentiasa diingatkan, Allah adalah yang utama. Ketenangan itu lahir dari Allah swt.
"Dengan mengingati Allah, hati-hatimu akan menjadi tenang"

Ibadah yang sempurna, zikrullah yang konsisten dan muhasabah yang berterusan mampu melapangkan hati, membersihkan jiwa untuk mudah menerima ilmu

"Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." Surah az-Zalzalah.
Hidup dengan memberi adalah lebih baik daripada menerima.


Keberkatan

Sentiasalah meminta maaf dan memaafkan orang sekeliling @ orang terdekat dengan diri kita. Memaafkan orang lain adalah salah satu langkah untuk mendidik diri menjadi individu yang positif.
Dan... yang paling penting. Pintalah keberkatan dari:

Seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesenangan anaknya;

Ayah yang sentiasa penat berusaha dan memikirkan makan minum anaknya;

Kerabat

Sahabat yang sentiasa disisi kita;

serta.. mereka yang pernah berhubung dengan kita walau sekejap pun.


**********

Lastly, ini hanya perkongsian untuk diri sendiri. Ia adalah sekecil-kecil peringatan. Sebetulnya, banyaklah berfikirkan akhirat, matlamat para jundi adalah akhirat yang abadi.

Semoga Allah merahmati usaha kita walau sekecil zarah sekali pun.

Maaf salah silap.

Individu positif, mujahidah.
RS

Sabtu, April 04, 2009

Renung..

Dengan namaMu ya Allah...

Hari ni, 2 perkara yang menarik untuk saya bawakan dalam blog ni. Pertama, sekalung 'tahniah' buat Dato' seri Najib yang dinaikkan sebagai 'PM' Malaysia. Walaupun sedikit terkilan tapi ada hikmah disebalik yang berlaku. Apa pun, saya masih 'menantikan' perubahan yang bakal berlaku selepas ini. Baik dan buruk sama-sama dinantikan... (tiada ulasan lanjut*)


********************************************

Satu lagi , isu yang dibawakan oleh pihak jabatan agama Islam. Isu penghinaan terhadapt Islam yang dibuat oleh orang 'Melayu'. Tetapi.. ini bukan video pertama dan tunggal yang menghina hukum Islam sendiri. Kalau di searchkan 'arak', masalah sosial, $%^ dan banyak lagi kes melibatkan Melayu Islam... So, harap ini menjadi satu kesedaran buat kita agen-agen dakwah Islam untuk meneutralizekan kembali virus-virus yang cuba menjahanamkan umat Islam. Sama-sama beringat, berfikir dan bertindak. Cara yang terbaik, anda lebih mengetahui... Tiada perkara yang mustahil untuk Islam.


HambaMU yang lemah,
RS

Khamis, April 02, 2009

Kewajiban ILMU bagi ahli Gerakan Islam

Dengan namaMU ya Allah....


Alhamdulillah, syukur pada Allah swt saya masih mampu mencoretkan sekecil-kecil coretan dalam blog ni. Sedikit terkilan kerana terdelete template yang sebelum ni. Tapi, mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Pada kali ini, saya ingin membawa perbincangan mengenai ilmu sebagaii kekuatan ahli Gerakan Dakwah Islam sejak zaman Rasulullah saw, para sahabat, tabi', tabi' taabi'in sehingga kini.

Saya mengambil sedikit petikan dan hujah dari buku karangan Tok Guru Haji Hadi Awang bertajuk "Islam: fikr, harakah & daulah" dan buku "Risalah Ta'alim karangan Muhammad 'Abdullah Al-Khatib. Benarkah jika dikatakan perihal ahli gerakan Islam lemah dalam ilmu (terutamanya bagi aktivis-aktivis di kampus2 ipt)?
Tidak sepenuhnya... namun, seperti biasa akan ada dikalangan ahli yang benar-benar meletakkan diri sepenuhnya dengan gerak kerja Islam. Mungkin itu ada baiknya...

Ramai je dikalangan ikhwan akhawat, muslimin muslimat yang aktif dengan gerak kerja Islam seiring dengan kejayaan mereka dalam akademik. Namun, sekecil-kecil golongan itu tetap akan dilihat sebagai satu kepincangan yang amat besar. Sebagai hamba Allah yang patuh dengan perintahNYA tidak boleh menafikan kewajipan menuntut ilmu sebagaimana Firman Allah swt dalam Surah al-'Alaq dengan suruhan membaca. Begitu juga dalam surah at-Taubah yang menunjukkan bahawa Allah benar-benar memuliakan orang yang berilmu. Maksud ayat tersebut:

"...oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepadanya, mog-moga mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah." at-Taubah :122
"... Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu..." al-Fathir: 28

Hakikatnya, dari ilmu itu bakal lahirnya kefahaman dan dari itu lahirlah takwa dalam amalan seorang individu muslim. Amat penting bagi seorang muslim haraki yang mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan gambaran(tasawwur) yang sebenar. Sebagaimana seorang individu itu perlu mengenali jalan dan tempat yang ingin dituju dan mempunyai kenderaan untuk ke tempat yang dituju.

Para sahabat r.a menerima ilmu dari Rasulullah saw walaupun pada usia yang tua. Mereka menuntut ilmu tanpa mengira penat lelah, begitu juga dalam melakukan amal Islami. Semuanya bergerak dalam seiring kerana ilmu yang melahirkan aqidah yang sebenar serta menggerakkan seseorang untuk melakukan amal islami. Tak lupa juga, aspek keilmuan juga penting dalam harakah Islamiyah kerana ia laksana cahaya penyuluh 'aqal dan hati mengenal ma'rifat Allah swt.


Yakin dan Beramal

Sesungguhnya mereka yang meyakini Islam, dituntut untuk beramal dan bekerja untuk merealisasikan matlamat Islam. Oleh sebab itulah, kefahaman tentang Islam amat penting bukan sahaja untuk mengenal jalan dan cara yang sebenar malah demi keikhlasan dalam bekerja. Fiman Allah swt:

Katakanlah(wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah( dari segala i'tiqad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Suruh Yusuf:108)
Justeru, penting bagi ahli gerakan Islam sedar akan kepentingan ilmu. Akademik hanya satu istilah kecil dalam ilmu. Ilmu dapat digarap dalam pelbagai cara, tempat dan situasi. Moga-moga ilmu yang diperoleh melancarkan gerak kerja dakwah kita dan seterusnya menjadi penyuluh jalan Jihad kita di medan dakwah. insyaAllah.


~jika bukan kita yang menerajui Islam kearah matlamat yang asal siapa lagi???

HambaMU yang lemah,
RS