Ads 468x60px

Jumaat, Oktober 31, 2008

PENDAKWAH DAN KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Catatan ana pada kali ini dipetik dari buku bekalan bagi para daie bertajuk "Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah” karangan oleh Fathi Yakan. Firman Allah swt dalam surah Al-A’raf: ayat 201 yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ketika mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka segera mengingati Allah dan ketika itu juga mereka sedari kesalahan-kesalahannya.”


Di antara tanda-tanda hati masih hidup ialah takutnya seseorang itu terhadap Allah swt dan kemurkaanNya. Hati yang sihat adalah hati yang bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah saw ada diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling baik ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Tiap Mu’min yang makhmumu’l Qalbi” Baginda ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan Makhmumu’l Qalbi? Baginda menjawab: “Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”


Hati yang selamat pula ialah tenang dalam menghadapi sebarang keadaan, sifat lapang dada dan jauh pandangan. Nur Ilahi yang menerangi jiwa seorang pendakwah membawa individu itu menjadi seorang yang berlapang dada dan banyak bersabar.

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati-hati akan menjadi tenang tenteram.”

(Ar-Ra’du: Ayat 28)

Kehidupan seorang pendakwah amat diuji dengan pelbagai ujian dan mehnah yang tersendiri sama ada ujian yang berbentuk keluarga, harta, sahabat, perasaan dan emosi mereka sendiri. Justeru, amat penting bagi seorang pendakwah untuk memelihara hati mereka agar dipandu oleh petunjuk Allah swt. Panduan dalam menjaga hati dapat dirangkumkan dalam 3 perkara iaitu:


** Zikrullah

“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap bagi hati ialah zikrullah.Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dari ZIKRULLAH. Sahabat bertanya: “Jihad fi-sabilillah pun tidak boleh menandinginya?” Jawab Rasulullah saw: “ Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”



**Muraqabatullah

Setiap daie gerakan seharusnya bertaqarrub dengan Allah dalam setiap tindak-tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtutan emosi. Urusan hidup (mengikut buku Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah) terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a. Suatu yang jelas, baik dan wajar

b. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari

c. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.




**Berjihad Melawan Hawa Nafsu

Yahya bin Mu’adz berpesan : “Berjihadlah melawan hawa nafsu dengan Riadhah (latihan Rohani). Latihan Riadhah ialah:


a Sedikit makan

b. Sedikit Tidur

c. Bercakap Sekadar Perlu

d. Sabar Menanggung Gangguan orang lain

Rabu, Oktober 15, 2008

Wanita dan Media..


Semakin hari arus media semakin bergerak bebas. Tidak seperti dahulu, media umum di negara kita dianggap satu medium penting untuk penyebaran maklumat, pandangan, kebajikan masyarakat dan sebagainya. Namun, dilihat pada hari ini, ia seolah-olah menjadi persaingan diantara mereka. Begitu juga hilangnya ketelusan dalam menyampaikan maklumat-maklumat semasa. Masyarakat segolongannya amat sukar untuk mempercayai khabar yang disampaikan media. Kenapa?

Kita ketahui jawapannya. Pelbagai pengeksploitasian yang boleh dilakukan hanya dengan button keyboard. Sebaran Fitnah mampu dibuat dengan pelbagai cara sama ada melalui internet, radio, televisyen, majalah dan sms.

Pernah kita dengar mengenai penyebaran gambar artis wanita dalam keadaan mengaibkan?

Pernah juga kita dengar penyebaran gambar berunsur seks disebar meluas samada melalui email mahupun sms?


Media mampu lakukan apa saje hatta gambar wanita bertudung pun boleh dijadikan tidak bertudung. Inikan pula gambar wanita berbaju pun mampu di edit kepada tidak berbaju? Dunia hari ini, wanita remaja, dewasa mahupun pelbagai peringkat umur yang lain senang untuk meletakkan gambar sendiri di friendster, mySpace, Hi5, dan lain-lain.

Kesan yang timbul bukan sahaja melibatkan fitnah tetapi pelbagai aspek lain yang perlu difikirkan sendiri. Dunia tanpa sempadan ini mededahkan kita dengan pelbagai perkara sehinggaakan kita boleh terleka dengan mainan dunia. So, Susahnya nak mencapai redha Allah dan darjat ketaqwaan.... Takutnya kita jahil diatas kejahilan...

" Takwa..ibarat berjalan diatas permukaan yang berduri?....."

Sahabat ana pula mengatakan "Takwa ibarat berjalan di permukaan yang licin..?" Anda pula bagaimana? Bagaimana definisi takwa bagi diri sahabat2?

Berbalik kepada gambar wanita, banyak lagi pengeksploitasian yang dilakukan ke atas wanita. Wanita dijadikan sindiket haram, dijual beli atas dasar pelacuran, dirogol dan dirompak... Namun sehingga hari ini, kita masih tercari-cari siapa yang perlu dipersalahkan. Sedarlah duhai diri.. sedarlah duhai wanita, dikau adalah fitnah dan perhiasan didunia ini, tapi ingat sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah yang patuh dan taat akan perintah dan syariat Allah dan RasulNYA.

Bukan nak menghalang, tapi mencadangkan pada sahabat2 muslimat untuk sama2 berfikir... sama2 berbincang. jom!

Wallahua'lam
Muhasabah diriku.
1.10 pagi