Ads 468x60px

Rabu, September 30, 2009

Kenapa SOLAT?



VS
Yoga Solat


Suatu ketika dahulu, kita pernah terdengar desas-desus pengharaman Yoga bagi umat Islam di Malaysia. Namun, fatwa pengharaman ini mendapat tentangan oleh sesetengah pihak yang pada pandangan mereka, teknik meditasi ini tiada kena mengena langsung dengan ritual keagamaan bagi agama Hindu.

YOGA merupakan istilah yang mencakup banyak hal – termasuk asanas – pranayama dan meditasi. Dengan YOGA, kita akan melakukan penyerahan diri atau pasrah kepada YANG MAHA KUASA. Kita juga akan mengalami puncak kesadaran dan rasa sadar akan kekuatan dan kemampuan mental.

http://www.poornayogapermata.org/showstatpage.php?page=APAITUYOGA

Kaedah yoga menjadi satu kaedah meditasi bagi bagi pengamal Yoga. Yoga kini terkenal sebagai suatu teknik penyegaran, menenangkan jiwa dan sebagainya. Ia juga turut di amalkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk umat Islam sendiri.


MENGAPA DIHARAMKAN YOGA? Ia bukan berbentuk ritual...?

Sahabat-sahabat, isu pengharaman Yoga ke atas umat Islam tidak sepatutnya dikeluarkan baru-baru ini tetapi sepatutnya fatwa HARAM itu dikeluarkan lebih awal. Ini kerana, hukum dan syariat islam yang ditetapkan sudah cukup untuk mengatasi kaedah meditasi YOGA yang di ada-adakan oleh masyarakat Hindu.

Golongan saintis Muslim, Sufi, dan juga non-Muslim sudah awal mengkaji tentang keistimewaan yang sememangnya terdapat dalam Islam sama ada melalui Ibadah, hukum-hakam dan sunnah ajaran Rasulullah saw. Dan menariknya, penemuan yang didapati itu bukan sahaja pada aspek batiniah sahaja malah juga pada fizikal seseorang individu tersebut.

Golongan SUFI
Kitab Perubatan Sufi karangan Syeikh Hakim Moinuddin ada menekankan perihal solat yang menjadi satu teknik penyembuhan bagi pengamalnya. 8 gerakan dalam solat mampu memberi kesan sampingan yang tersendiri mengikut pengamalan yang sempurna.

Rukuk contohya, mampu memperbaiki masalah pinggang, merenggangkan urat saraf dibahagian pinggang dan paha. Sujud pula mampu membawa aliran darah ke otak yang mana pengaliran darah dan oksigen ke otak mampu menguatkan ingatan dan menguatkan daya tahan tubuh badan kita. dari aspek kerohanian, rukuk dan sujud mampu menimbulkan rasa rendah diri, kesamarataan makhluk Allah tanpa dibezakan dengan pangkat, harta dan sebagainya.

Kajian Saintifik
Dr Fatimah, dari kejuruteraan BIOMEDIC Universiti Malaya pernah mendapat peruntukan rm 1juta dari Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkaji kesan gerakan solat pada fizikal manusia. Hasil kajian tersebut telah dibukukan dan kesannya membuktikan Solat mampu menjadi senaman yang terbaik kerana ia memberi faedah dalam semua aspek sama ada fizikal, emosi dan rohani.

Prof. Dr Mohammad Salleh pula ketika itu telah berjaya menemui konsep psikoneuroimunologi
yang terdapat pada solat tahajjud. Konsep Psikoneuroimunologi merangkumi tiga aspek penting iaitu psikologi, neurologi dan imunologi. Gabungan 3 elemen ini menghasilkan satu istilah yang dinamakan psikoneuroimunologi. Ia diertikan sebagai hubungan antara keadaan otak/ saraf, pkisis dan kekebalan tubuh seseorang. Percaya atau tidak, dalam satu kes seorang pesakit yang hampir menemui ajal dan tiada harapan, namun masih hidup sehingga kini kerana menurut kajian, psikologi yang positif (harapan + keyakinan) mampu merangsang otak dan mempengaruhi sistem ketahanan dalam badan manusia. Jika kita kaitkan dengan solat, solat yang sempurna (cukup rukun, khusyuk dan ikhlas) mampu menjadi penawar kepada pengamalnya.

Solat Tahajjud, dilakukan dimalam hari dengan penuh keikhlasan, ketelusan, rendah diri dan tenang mampu menghasilkan mood yang baik, merangsang saraf dan ketahanan badan manusia. manakala berbeza jika dilakukan dengan terpaksa dan bukan dengan keikhlasan hati, ia mampu mendorong kepada penyakit yang berbahaya.

+++++++++
Berbalik kepada amalan sufi, golongan sufi cukup syadid dalam beribadah. Bagi golongan mereka, walaupun mereka berjaya menunaikan rukun solat yang dikeluarkan oleh ulama' Feqh tetapi seandainya solat mereka tidak mencapai kekhusyukan maka ia masih boleh dikatakan tidak sah. ( ini penetapan pada diri mereka sendiri dan bukan orang awam)

Secara logik pula, jika kita menunaikan solat dan apa jua ibadah sambil lewa, adakah ia mampu memberi pulangan kepada kita? Solat tanpa kekhusyukan, bacaan tanpa tajwid, amalan tanpa dimulakan nama Allah dan sebagainya belum sempurna dan tidak memberi faedah kepada kita. So, lakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna dan tawadhuk selagi diberi peluang oleh Allah swt. Lakukan demi hakNYA sebagai PENCIPTA dan hinanya kita selaku makhlukNYA.

wallahua'lam.

meditasi - tafakur/ sendirian/ menghayati secara mendalam

Ahad, September 27, 2009

Excuse Me...

Penulisan blog ni berehat seketika... Salam Aidilfitri buat teman-teman yang berkunjung.

Khamis, September 17, 2009

Pilih Makanan ke.. Penjual???

Hari ke 27 Ramadhan, semakin ramai yang ingin bertolak pulang ke kampung. Namun, sempat menyinggah ke bazar Ramadhan nak memilih juadah berbuka la katakan. Setiap kali membeli di bazar dan pasar malam, mesti lama... yela satu round untuk tengok pilihan yang ada, satu round lagi proses membuat pilihan... (dunia..dunia) Satu lagi tabiat saya, tengok siapa penjual. Makanan dah sedap, tup..tup penjualnya tak pakai tudung... terpaksa skip ke gerai lain. Air best! tapi... masalah kat penjual plak. Cerewetnya pembeli ni... Last-last dapat la juga beli di satu gerai.

Dalam dok bergegas nak balik, terfikir lain pula. Sampai bila asyik nak lari dari penjual yang tak tutup aurat, baik, walhal kalau yang lelaki pula nak buat penilaian bagaimana baik dan buruknya? Nak berdakwah pun masih memilih mad'u. Kalau inginkan mad'u yang sempurna, tidaklah namanya berdakwah. Kalau inginkan anak usrah yang baik, tidak dinamakan dakwah... hurm... kesimpulannya, hadapilah cabaran dihadapan kita. Jangan toleh ke belakang deh.

salam Tarbiyah.
Mujahidah.