Ads 468x60px

Sabtu, Mei 30, 2009

Mujahidah



Kata orang, kekuatan wanita itu pada perasaannya, kekuatan lelaki pula pada fizikalnya? Namun Allah tidak pernah mengenepikan muslimat dalam perjuangan Islam. Wanita / muslimat tetap bisa menjadi pendokong, penggerak dan tunjang pada dakwah dan gerakan. Mungkin dilihat muslimah pada emosinya, tetapi emosi itu melahirkan ketelitian pada diri tersebut. Buktinya, kenalilah ibu, mak cik, kakak, atau adik kalian sendiri. Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, saya tidak suka membicarakan tentang beza lelaki dan perempuan, muslimin dan muslimat, mahasiswa dan mahasiswi. Memang antara kedua itu berbeza, namun Allah swt mengingatkan :
"Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain..." At-Taubah : 71.
Bagi saya, laungan yang membezakan muslimin dan muslimat itu hanyalah boleh menimbulkan perpecahan sekiranya dilakukan tidak dikawal... Didik, tegur dan ucaplah dengan cara yang betul untuk mengajarnya. Tulang yang bengkok, jika diluruskan mendadak akan patah. begitu juga dengan mendidik manusia, tidak kena cara, tak kena juga hasilnya. sekadar itu.

Saya menanti komentar dari kalian.. wallahua'lam.


Mujahidah.

4 ulasan:

Anti-muslimat berkata...

nak tarbiyah manusia ni samalah dengan kita menternak..

kadang2 kena disuruh,kena dibelai,kdng2 perlu jgk berkeras...

setiap y dciptkn Allah s.w.t pasti ada hikmahnya tp y specialnya adalh mnsia sbb d kurniakn akal..sbb 2 Allah uji manusia nk nilai mn y gnakn akalnya pd kebaikn & beriman serta bersabar d jalan y benar..

ana stju kekuatn wnta mmg tiada tolak bndgnya tp x semua wnta y mampu utk gnakn kekuatn 2 pd slrn y sptnya..

pe2pn..teruskn berjuang utk mereka y mengelar dirinya sebagai serikandi Islam...

Shafie Hashim berkata...

cukuplah berbalah tentang gender. orang hebat orang yang boleh kawal emosi (hati) ..Sudah cukup makanan hati kita.

Suburkan hati dengan iman yang kuat , tanam roh jihad dalam hati kita bagi kuat. Jgn berbalah benda kecil..cuba pakat sibukkan diri dengan masalah umat sekarang. Jika berbincang soal gender menimbulkan perpecahan , hentikan..masa sedang menunggu fikrah-fikrah segar dari anak muda la ni.

kepada yang anti muslimat, siapa kita sampai nak enti-enti, islsm ada ajar ka??

muslimin muslimat saling lengkap melengkapi..x baca quran ka??dua-dua sama. 2x 5, 5x2..,.muslimin kaki Ego , muslimat kaki angguk. titik persamaan adalah perjungan yang sama. So fikir benda besar skit. sekadar pandangan.

Tanpa Nama berkata...

ni cuma pandangan,kekadang tu ana pun tak tau lah kenapa masih ada yg enti muslimat.... dapat faedah ker???

padahal klu nak di gata mak kita "muslimat atau wanita" juga,semakin hari semakin menjadi2 perbalahan gender ni....

bagi ana kita jangan membemci seseorang itu berdasrkan sape die.... contohnyer die tu muslimat jadi semua muslimat aku tak suka...
kludah rasa muslimat ni banyak kekurangannya cubalah bantu...bukan menyalahkan...muslimat dan muslimin ni same jer.... dua2 keras kepala

bg ana aper yang penting kerjasama... and biarlah saper2 nak teruslaungkan "enti muslimat" tu lantak dia ler, yg penting kita tak payah hirau orang mcm tu... makin di layan orang mcm tu makin menjadi2, lebih baik kita setelkan gerak kerja islam yg masih bnyk tertangguh tu... bg ana orang yg enti muslimat ni nak minta perhatian jer.... nnti orang ni dapat pikir juga suatu hari nnti.... klu lah dia enti muslimat sangat.... nnti kawin esok2 pun ngan muslimat,dapat anak pompuan... mcm mana nak berhadapan dengan masalah ni.... terpulang bg individu masing2....

Tanpa Nama berkata...

ana sokong tanpa nama berkta...tp jgn la emosional sgt & jgn la kta lebih2 pulak,kesian kat mamak 2 nnt..brsngka baik dan brlpng dadakn lebih baik..y lg elok mslmh kte ni dok diam je..tp kerja kita pertingktkn..x baik kta kat mamak 2 nk tarik perhatian,klu niat dia nk sdrkn kte kaum mslmh ni mcm mn..x ke berdosa kita nnt..huhu..just bg pndgn je..-Happy Go Lucky Muslimah-