Ads 468x60px

Khamis, Julai 09, 2009

SYURGA CINTA bagi para Duat..

Beberapa hari yang lalu, saya sempat menjengah di blog ustaz Hasrizal SaifulIslam, tajuknya mengenai elemen-elemen dakwah yang terdapat dalam filem SYURGA CINTA. Bagi anak-anak muda, tajuknya sahaja sudah membuatkan mereka tertarik tetapi bagaimana ya isinya... Justeru, tangan saya ringan mencari di Youtube dan nasib saya amat baik, dah ada insan yang meng'upload'nya di situ... so, apalagi tgkla.. minta maaf pihak produksi (^^,)



Moh saya cerita skit tapi versi sendiri la... Filem ni mengisahkan Irham(awal) yang hidup dalam keluarga yang mewah dan enjoy. Permulaan plot cerita, Irham baru sahaja pulang dari UK dan menemui 'geng' dia di night club . Di situ, sememangnya memperlihatkan betapa Irham ini sudah terbiasa dengan suasana arak, disko dan perempuan-perempuan murahan disitu. Sahabat-sahabat boleh menonton sendiri nanti. Perbuatan Irham tidak pernah dilarang sama sekali oleh ayah dan ibunya malahan digalakkan pula tu. ish3x...

Watak adik Haziq pula sebagai adik angkat Irham. Dia diibaratkan penyeri cerita tu dengan celotehnya, lagaknya seperti dewasa dan peranannya sebagai orang tengah di antara Cg. Syuhada dan abangnya Irham.

Cg. Syuhada(Heliza) seorang guru, muslimah yang lemah-lembut, berbudi pekerti, ada style, suka membaca dan banyak menyedarkan saudara Irham untuk kembali kepada Allah swt. Tapi... ayat dia macam ayat 'buku teks'... Mungkin, tak biasa kot dengan kata-kata macam tu... atau baru berlakon. xpela..

Irham dicabar oleh 2 orang kawan rapatnya untuk mengorat wanita bertudung memandangkan Irham cukup 'jelek' dengan wanita bertudung, melilit-lilit dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, cg. syuhada menjadi pilihan 2orang tu. Semenjak dipertruhkan itulah, Irham mula mendekati Syuhada dan mula mengenal Islam... Kat sinila bermulanya elemen-elemen dakwah yang dipertonjolkan seperti pemakaian/ aurat, pergaulan, solat berjemaah dan sebagainya. Saya melihat perbandingan diantara filem ini dengan filem-filem lain. Ia memang ada suatu kelainan kerana baik tu lebih mempengaruhi dari buruknya.

Tetapi, kita tidak boleh mengharapkan suatu yang 'perfect' dalam cerita ni. Cukup kita menggambarkan kita didalam keluarga Irham.. (nauzubillah). Pada mereka, cukuplah sekadar beramal dengan bersedekah, derma dan sebagainya tetapi mereka lupa untuk mendekati Allah swt. Filem ini menyedarkan saya selaku daie yang seharusnya memahami bagaimanakah situasi mad'u seperti mereka sebenarnya.

Tidak mahu menulis panjang... Selamat menonton bagi yang berkeinginan, ambil yang baik dan tinggalkan yang buruknya. Ada juga part-part yang tak berkenan namun, kita perlu bijaklah menilainya...


Mujahidah.

1 ulasan:

afiq saleh berkata...

assalamualaikum wbth.
salam sejahtera dan perkenalan.

saya tidak pasti apakah yg cuba disampaikan oleh pengarah filem terbabit.

jika saya seorang yg biasa2 pun (yg tidak tahu apa itu filem) saya mungkin akan melabelkan filem ini pada kelas c, tetapi ramai rakan2 yg memujinya.

sebelum menontonnya saya gambarkan sesuatu yg menarik ingin di sampaikan, namun selepas menontonnya, ada sedikit rasa kurang senang terhadap filem berkenaan.

mungkin yg saya boleh jangkakan pengarah mahu membawa maksud filem tersebut kepada genre FILEM CINTA ISLAMIK. tetapi pengarah tidak mempunyai 'jiwa' tentang itu.

seorang ustazah boleh dipanggil dengan panggilan yg 'mesra'

seorang ustazah juga boleh keluar 'berkenal-kenalan'

dan banyak lagi plot2 nya yang agak bertentangan dengan cinta islamik yg ingin di bawa.

bila menontonnya saya hanya tergelak kecil dan sinis!! "inikah ustazah?"

kawan2 yg memuji filem ini mungkin sekali dikaburi dengan konsep yg ingin di bawa oleh pengarah tadi 'CINTA ISLAMIK'. apatah lagi yg berlakon itu sudah kelihatan seperti ustazah (bertudung pula). saya meneliti filem ini sehingga hujung dengan baik, amat sedikit 'jiwa' cinta islamik ini xdapat diterokai oleh pengarahnya.

Haziq yg sepatutnya menjadi kanak2 yg baik pekertinya sudah disalah gunakan oleh abangnya irham, menjadi 'posmen' terhadap "cinta islamik" ini. oh, mengapa ya?

Irham, dia tidak boleh disalahkan 100% kerana beliau adalah seorang yang belum ada asas agama Islam. tetapi harus dipuji kerana semangatnya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang betul lagi benar.

saya tidak mahu mengkonklusikan filem ini dengan 100% pandangan negatif, kerana banyak juga pengajaran yg ingin disampaikan dan baik untuk pencerahan dan perubahan industri filem negara kita. daripada terbit filem2 yg tidak bertamadun lebih baik filem2 seperti cinta syurga ini dibawa kepada masyarakat. cuma jalan ceritanya perlu dinilai semula.

mungkin juga jika pengarahnya mahukan filemnya lebih 'reality'...jemput saja mana2 pelajar dari bidang agama menjadi mentor kepada filem tersebut, supaya kesilapan2 yg berlaku tidak berulang..

saya mengharapkan agar filem2 yg bakal terbit, biarlah rangkuman dan matangnya seperti kawan2 kita dari seberang (indone).

apapun, ini adalah langkah dan usaha pertama yg cukup menampakkan imbuhan dan air tangan yg baik. mungkin akan datang akan lebih berkualiti.

sekian saja.