Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Coretanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretanku. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 25, 2011

Mengapa wanita itu menangis?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu

menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."


"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.


Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"


"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.


"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar


jawapannya:


"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.


Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?


"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

//Coretan ini adalah perkongsian dari sahabat lain...

Jumaat, Januari 14, 2011

Ya Allah...


Bismillahirrahmanirrahim....
Syukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menulis di teratak maya ni.

Ya Allah, jadikanlah dari ini lebih baik dari yang smalam dan sebelum ini. Engkau melengkapkan hidup ini dengan kurniaan Mu yang amat banyak dan kadangkala aku tak mensyukurinya malah masih tidak puas dengan itu.

Ya Allah jadikanlah diri ini suci dari noda dan dosa yang membelenggu diri ini di dunia. Dan jauhkanlah diri inidari nafsu yang membuak-buak untuk dunia berbanding dengan dunia yang kekal abadi iaitu akhiratMu.

Ya Allah letakkanlah roh dan jasadku suatu hari nanti bersama mereka yang beriman dan berjuang demi agamaMu. Semoga aku mendapat syafaat dari RasulMu ya Allah. Ampunilah dosaku, suamiku, ayah dan ibu kami serta kerabat dan sahabat-sahabat seperjuangan kami...

Ya Allah, kurniakanlah daku ketaatan, ketegasan, dan kelembutan seindah peribadi Rasulullah dan para Rasul yang lain, isteri-isteri mereka yang turut menyumbang demi Islam dan mereka yang teguh beriman kepada Mu.

Ya Allah, aku ingin menjadi wanita seindah perhiasan didunia ...


Ahad, Januari 09, 2011

Hanya luahan -Facebook


Dengan namaMu ya Allah....

Lama menyepi dari dimensi ini, baru hari ini mampu untuk menulis sedikit kata-kata untuk diri sendiri dan sesiapa yang rasa bermanfaat. Hari ini, terasa sesak dada, bukan kerana kesihatan diri yang sedikit ni tapi sesak melihat manusia yang berlumba-lumba mencari populariti dan keseronokan menggunakan medium sosial internet. Facebook, twiter dan macam-macam lagi. Ana ucap tahniah kepada mereka yang menggunakan untuk medan dakwah diri atau jemaah tetapi ana cukup jelek dengan orang yang hanya menggunakan untuk kegunaan diri sendiri sahaja.

Bagi yang Muslimah, seringkali ditekankan. Mungkin hanya benda remeh, tapi mungkin juga anda tak tahu berapa ramai wanita, perempuan dan budak perempuan yang menggunakan facebook, yahoo messenger sebagai titik permulaan perkenalan dan akhirnya last2 itu menjadi sebab berlakunya sosial bebas, zina dan sebagainya. terukkan cara pemikiran ana. Tapi, walau apa sekali pun ana x mengharamkan facebook. Dan suami menetapkan guideline pada ana untuk menggunakan facebook sepenuhnya untuk berdakwah.

Berhati-hati duhai isteri-isteri, jangan sampai segala masalah suami-isteri dikongsikan difacebook, jangan sampai ada perkara menjadi umpatan di facebook dan jadikan diri kita bermanfaat untuk orang lain.

Lasrly, diri ini bukan sempurna dan beribu2 kelemahan yang ada namun, ada juga mesej wanita-wanita terlibat untuk berhati-hati samada kawan terdekat atau tidak tp.. mungkin mesej tidak sampai pada mereka. ampunkan kelemahan diri ini ya Allah. wslm.

Khamis, Mei 06, 2010

Khas buat diri.





Muhasabah buat diri ini...
Yang masih bertatih dalam perjuangan...
Masih di uji dengan rasa gentar...
Lemah dengan sikap diri...
penyakit cinta dunia, takabur dan sombong...
menjadi 'kuping' di hati...


Bersedia untuk cabaran mendatang....
Ummu Mujahidah.

Isnin, Mei 03, 2010

Ingatlah orang yang tersayang.



Selalukan kita tengok di jalan raya... iklan TV "PANDU DENGAN CERMAT, INGAT ORANG TERSAYANG." Tapi peliknya nak mati ingat orang tersayang bukan ingatlah Allah sebelum maut menjelma ke. hehe... melawak je. ^_^

Kalau saya cakap begitu, pasti ada yang membantah."Enti janganlah syadid sangat" Yang lain pun "Jangan berlagak sombong..." Jiwa tercabar pernah di tegur begitu.

Satu lagi istilah yang ketara... "Keranamu Malaysia". Mula-mula saya percaya dan terima kalau istilah ini untuk menaikkan semangat cintakan negara. Tetapi istilah lagu keranamu Malaysia.. "Keranamu kami mendapat tuah, keranamu kami bangsa berjaya..." Seolah-olah melebihi rasa cinta kepada Allah swt.

Negara Islam. Alangkah bagusnya pemimpin negara kita yang mengakui Malaysia sebagai negara Islam. Daulah Islamiyah. Segala kelonggaran, kedai-kedai arak, hiburan-hiburan, video, sambutan yang mengikuti barat melebihi konsep sebenar Islam. Perayaan utama umat Islam? Hari raya juga mengikut cara barat. Kalau mengikut Islam dengan menutup Aurat? bagi wanita kebanyakannya pakai tudung dalam masjid sahaja. Movie yang berunsur cinta, kesedaran ibu bapa, anak lebih diutamakan berbanding cinta kepada Allah dan mengenal sejarah di zaman Rasulullah saw pada bulan Ramadhan dan kemenangan di bulan Syawal.

Kata rakan-rakan kolej 11 dahulu, "Jangan terlalu taasub..." Jaga perpaduan negara kita. Seorang rakan kristian tambah " Saya kenal Muhammad, bagaimana dia memerintah kota Madinah. Dia menjaga perpaduan. Kamu hanya taasub dan memecah belahkan masyarakat kampus."

Wah, terima kasih atas kritikan. Tapi anda silap jika mengatakan usaha untuk melaksanakan Islam secara syumul, usaha membasmi kemungkaran, usaha memegang tampuk pemerintahan untuk membawa pemerintahan Islam yang sebenar, usaha menegur umat Islam yang semakin jauh dengan Islam suatu tindakan bodoh dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Pesanan seorang murabbi, kita ingin melahirkan pemuda yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dia lakukan. Sama ada belajar mahupun menggerakkan dakwah dalam masyakarat.(di edit mengikut kesesuaian)

Banyak perkara yang masih tersembunyi. Umat Islam semakin disuntik dengan hasutan barat yang amat halus. Hiburan, Seks, Wang dan Akademik yang bersistem. Semuanya semata-mata menenggelamkan ilmu islam daripada subur pada hati umat Islam.

sekadar luahan dari saya.

Ummu Mujahidah.
kuatkan hamba dalam dan luar.

Rabu, April 28, 2010

Pinjam 5 minit!


"Pinjamkan saya 5 minit! " Pinta sahabatku.

"Untuk apa ukhti?" Lantasku bertanya.

"Hanya 5 minit... untukku boleh?" gusar sahabatku seolah-olah mendesak.

"Lantasku tanya untuk apa ya ukhti. InsyaAllah 5minit itu mudah bagiku.." ujar diriku.
Ukhti (saudari), saya hanya meminta 5 minit untuk kita berfikir dan menghayati sejauhmana hayat kita, nyawa kita, harta kita, kasih-sayang kita dan segala-galanya yang ada pada kita diperuntukkan kepada Allah dan Rasulullah saw.

5minit itu tidak rugi ya ukhti...

Hanya 5 minit yang diperuntukkan berbanding berminit-minit, berjam-jam dan berhari-hari yang kita peruntukkan untuk menonton wayang, melayan novel-novel cinta, makan dan minum dan sebagainya...

Ukhti... 5 minit itu berharga ya ukhti. (sambil berkerut dan berfikir...)

Dalam 5 minit itu saya tau....


"Tahu apa..?" bertanya.


Saya tahu dan sedar kenapa Saidina Umar alkhattab yang ditakuti dengan keberaniannya sanggup bertanyakan sahabat yang lain mengenai kelemahan dirinya...

Saya tahu dan sedar kenapa Rasulullah saw dan para sahabat sanggup bertempur pada perang Badar dulu...

Saya tahu dan sedar kenapa Rasulullah saw dan para sahabat sanggup menggali parit dalam keadaan semuanya sedang berlapar ketika perang khandaq. Di saat ujian kesejukan angin ribut malam tidak pernah terasa ingin berundur...

saya tahu dan sedar, kenapa Nusaibah sanggup mempertaruhkan suami, anak-anak dan dirinya untuk melindungi Rasulullah saw disuatu peperangan....

5minit ini mengubahku....

Kenapa hanya 5 minit? bukan 30minit, atau satu jam, seharian, sebulan dan sebagainya? kerana hari ini dan saat ini saya disibukkan dengan kesibukan dunia yang seringkali membuatkan saya menangguh masa untuk mengambil 5 minit ini...

Sungguh, aku tidak menunaikan hak Allah ke atasku... ampuni hamba ya Allah...


Masya Allah... seorang mukmin itu tidak akan menjadikan amalannya, pekerjaannya, tidurnya dan segala-galanya sia-sia melainkan dipusatkan kepada Allah dan Rasulullah saw.

*****
Mengingati Allah swt bukanlah suatu perkara sampingan tetapi itulah kewajipan... melaksanakan amanah Allah dan Rasulullah saw bukan sampingan tetapi itulah yang menjadi kewajipan. Bukan kewajipan seorang tetapi seluruh umat Islam.

*****
Teringat disuatu majlis ilmu, "Kamu semua perlu tahu, ketaatan kepada ayah dan ibu sebahagian daripada ketaatan kepada Allah. Redha mereka sebahagian dari redha Allah swt. Tetapi tidak bererti kamu samatarakan ia... Redha Allah dan ketaatan kepada Allah swt adalah di tempat yang tertinggi....


Sekadar perkongsian dari hamba yang kerdil.

Ummu Mujahidah.



Sabtu, November 21, 2009

Tok Guru ...

Masha Allah...

Saya lihat akhbar harakahdaily...

Tok Guru tersenarai di kalangan 50 tokoh berpengaruh di dunia islam!

Dalam kesedihan, ada kemanisannya... disebalik ujian ada nikmat dari Allah. Namun, bukanlah saya bermaksud ini sebagai suatu nikmat semata-mata. boleh jadi ia sebagai satu lagi ujian bagi Tok Guru. Moga Allah menguatkan TGNA. Ana sokong 'bena' tok guru deh!

Teringat tahun kesedihan, di saat Rasulullah saw diuji dengan kehilangan 2 orang yang tersayang. Penawar luka dan duka, Saidatina Khadijah Khuwailid dan Bapa saudara tersayang, Abi Tholib. Meskipun ujian itu amat berat, urusan dakwah perlu diteruskan. Dan Rasulullah saw di'tenangkan' dan di'gembirakan' oleh Allah dengan satu peristiwa luar biasa iaitu ISRAK MIKRAJ. Sungguh menakjubkan aturan Allah swt. Tidak pernah sekali-kali hambaNya yang beriman dipinggiri.

"Dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah)


Salam mujahadah.

Sabtu, November 07, 2009

Ranting dan Pohonnya...

Bersambung kembali...

Kenapa dengan ranting dan kayu pula? analoginya bagaimana pula? Jika dulu saya pernah di ajar mengenai aqidah. "Bagaimana kita nak kaitkan aqidah dengan sebatang pohon? " itu soalan yang biasa ditanya oleh kakak-kakak usrah apabila menjelaskan perihal aqidah. Tidak kurang juga dengan helikopter dan talinya. Aqidah itu secara jelasnya amat penting dalam mencorakkan gaya hidup seorang muslim. Kehidupannya begitu dan aqidahnya pun begitula... sikapnya begitu maka, aqidahnya begitulah.. atau bagaimana? X setuju? masih boleh diperbincangkan bersama....

Matlamat penulisan saya kali ini, bukanlah ingin mempersoalkan mengenai aqidah... Sebenarnya saya terfikir antara ranting dan pohon serta ibubapa dan anak-anak... adakah saling berkait rapat? Adakah pohon yang baik menjanjikan ranting yang baik? Tak mustahilkah jika ranting tu rosak dek racun atau ranting tu sahaja dimakan ulat? Teringat satu lirik dari Kumpulan Raihan.. "Iman X dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..." Seorang ibu atau bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anaknya, terpulang kepada mereka... baik buruk setiap orang adalah berlainan. Jika dunia yang dipandang, tentu kebaikan di dunia adalah segala-galanya buat keluarga tu.. begitu juga sebaliknya.

Terfikir.. peritnya menjadi seorang ayah dan ibu yang melihat anaknya derhaka kepadanya...

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun tidak semua mampu meraihnya. Ada yang ditangguhkan oleh Allah, dan ada yang disegerakan di dunia. Tetapi itulah yang menjadi ketentuan Allah swt. Sama ada kita sebagai hambanya Redha atau rugi...


Saya teringat suatu kisah Rasulullah di tahun kesedihan, disaat itu dakwah baru sahaja ingin berkembang, dan disaat itu tentangan demi tentangan dilakukan ke atas Rasulullah dan para sahabat di Mekah. Dan ujian demi ujian silih berganti dengan pemergian Abi Talib dan Saidatina Khadijah yang menjadi penawar keperitan ketika itu. Di saat itu Rasulullah saw sedang mengajar umatnya, kekuatan kita adalah Allah swt, keyakinan kita adalah Allah swt, dan pengharapan kita hanyalah Allah swt bukan pada ayah dan ibu, keluarga, sahabat handai dan seumpamanya. Hanyalah Allah swt... Tenang mengingati Rasulullah saw. Selawat ke atas Baginda saw.

Teringat pula kisah ujian Nabi Ayub as yang pernah dikongsikan oleh sahabat saya, Taqwa adalah segala-galanya.

"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." al-Hujurat.


Ujian demi ujian, hasutan dengan hasutan, apa yang utama adalah yakin dengan Allah, teguh pendirian dengan Iman dan Islam. Teringat pula kisah asma' bt Abi Bakr, seorang wanita yang cukup tabah memberi kata perangsang buat anaknya menghadapi cabaran jihad:

"Matilah dalam keadaan yg mulia, atau hidup sebagai seorang yg kuat. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yg pasti".

Kata-kata Asma' bintu Abi Bakr bukan terhenti begitu, mujahidah lain yang didorong dengan takwa kepada Allah swt juga pernah berkata kepada anaknya yg dipenjarakan:

"Ya Allah! Aku serahkan anakku itu dibawah perintahMu, aku redha dengan keputusanMu."...

"Wahai anakku! aku harapkan semoga kamu orang yang paling akhir keluar dari penjara ini."

Terakhir di medah jihad, bukan terabai disisi Allah. Selagimana ranting itu berpaut pada dahannya dan saling bermanfaat, pohon itu akan lebih bertahan... Selagimana seorang anak itu taat kepada Allah, seorang pelajar itu kembali kepada Allah, seorang engineer itu kembali kepada Allah, seorang Doktor itu yakin kepada Allah, seorang ibu itu mendidik dengan syariat Allah, seorang sahabat itu menjaga sahabatnya kerana Allah, seorang ahli gerakan itu bekerja kerana Allah dan semuanya kembali kepada Allah swt... Tiada menyekutukan Allah... Selawat adalah bualannya dan mati adalah ingatan padanya. peringatan..peringatan..peringatan.. keranaMu ya Allah.

Ranting kayu... apa analoginya...?

wslm.


Jumaat, November 06, 2009

Ada apa dengan CEK MEK MOLEK?

FirstLy, terasa amaaT lama X mengUpdate Blog ni. Kenapa? Entah... Sekarang pun masih X tau nak Tulis apa. Tetiba terfikirkan Cek Mek Molek? TAU KE APE???

Cube search dalam YahOO! "Cek Mek Molek"..
Cek Mek Molek adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai "cek mek". Ia cukup dikenali di Pantai Timur... hurm?? So? Kenapa dengan cek mek molek?


Apa yang boleh saya ceritakan dari kuih Cek Mek ni? Ia hanya sebiji kuih hasil adunan tepung dan ubi yang dilenyek dan berintikan gula... mudah je nak buat.. Tapi apa yang nak di kongsikan dengan sahabat2 ni???

Melihat kuih itu secara "objektif", amat mudah untuk mentafsirkannya.. hanya sejenis kuih... kalau dirungkaikan secara "subjektif" bagaimana? Di sebalik cek mek yang ringkas ini, ada satu perkara yang tidak dapat dijangka... manis rupanya. nampak buruk dan "simple" tapi rasanya tidaklah seburuk yang disangka...

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pernah X saya diuji? (persoalan pertama mestilah pada empunya diri...) Pernah X kita di uji? (untuk bersama) Pernah X kOrang/kaMu/anTum diuji? Pernah... Ujian hidup ada yang jelas, samar2, yang manis, yang pahit dan sakit pun ada... Ada orang melihat ujian itu hanya suatu yang memeritkan, dan ada juga yang melihat ujian itu suatu yang manis- nikmat sihat, nikmat harta, nikmat cantik dll dan ada juga yang merasakan semua itu ujian.. Kita pula bagaimana?

Saya kini tengah membayangkan, ujian tu boleh jadi seperti cek mek. Hodoh, warnanya tak menarik, mungkin rasanya pahit... atau tawar... atau macam batang kayu? Apa fungsi Cek mek ni? Kenapa tak boleh buat bentuk lain? tapi, bila rasainya, sampai ke titik hujung... sampai habis, kita akan rasai kemanisan dan kepuasan... MAKAN CEK MEK.

Tetapi wajarkah kita menyamai ujian yg Allah swt turunkan ke atas kita dengan hanya sebiji cekmek? terpulanglah anda menilainya... nilainya subjektif...

Jika kita mengatakan kecantikan itu subjektif...

Rasa pun subjektif...

Perasaan pun subjektif

Perjuangan pun subjektif...

Apa yang Objektif.?

Apa lagi boleh difikirkan dari CEK MEK ni ye...????

Isnin, Oktober 05, 2009

Kembalikan Semangat Pejuang

Teringat dengan kalamullah yang pernah dipasakkan dalam mindaku dan sahabat seperjuangan...

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah, dan demikian adalah lebih baik jika kamu mengetahui."
Surah at-Taubah
Dunia dan seisinya begitu mengasyikkan sehinggakan, kelompok yang berani bersuara dan terkehadapan hanyalah mereka yang minoriti. Namun, Allah swt sesekali tidak menyingkirkan golongan ini kerana janji Allah pada mereka adalah keberuntungan di hari kebangkitan kelak. Jika kita mengkehendaki dunia, maka dunialah yang kita perolehi. Tetapi janji Allah yang lebih baik dan kekal di akhirat lebih besar. manakan kita pilih? tentunya akhirat yang lebih besar, indah dan kekal.

"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar."

Seorang sahabat bertanya kepada RasuluLlah SAW. Wahai RasuluLlah, amalan apakah yang paling utama?. RasuluLlah SAW menjawab :

"مؤمن مجاهد بنفسه وماله فى سبيل الله ثم رجل فى شعب من الشعاب يعبد الله "

Maksudnya: Seorang mukmin yang berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan hartanya. Kemudian seorang mukmin yang berada dalam sebuah lembah (jauh dari manusia) untuk sentiasa beribadah kepada Allah.
H.R Muslim Kitab kepimpinan.

Dimana jua kita berada, kaki kita melangkah dengan langkahan seorang pejuang yang membawa Islam. Suara kita adalah suara Islam, luahan kita adalah mewakili seluruh umat Islam. Dimana Islam dipijak, dimainkan, dilanyak hatta dari umat Islam sekali pun. Disitulah di tempatnya kita. Golongan pejuang tidak pernah mati walau terus menerus di tentang.

Mahasiswa bukan sekadar laungan, ia adalah golongan pemuda yang bangkit. Bukan sekadar menjadi pelapis kepada kepimpinan yang ada, ia membawa suara Islam dalam masyarakat yang semakin ke arah kehancuran. Laungan mahasiswa itu suatu kekeramatan, musuh semakin berada kehancuran kerana apa yang dibawa oleh mahasiswa adalah Islam itu sendiri. Dan Allah sentiasa bersama-sama kami...

PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH
TAKWA ITU YANG UTAMA
HATI INI SENTIASA INGIN KEMBALI KEPADAMU...


"Sesungguhnya Aku dekat.."

Salam menuju fasa JIHAD.
Mujahidah adDin.

Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1 mengajar manusia KEMBALI KEPADA ALLAH SWT.


ISLAM adalah penawarnya...

Ahad, Julai 26, 2009

Antara diriku dan PENCIPTA YANG MAHA AGUNG...

Sekian lama tidak meng'update' teratak dimensi, terasa janggal pula. Terfikir... apa yang perlu saya coretkan.. Isu? banyak, tapi rasanya emosi masih tidak mengizinkan saya mencoretkannya. Tak mengapa... Sekian banyak perkara terjadi di sekeliling saya, di rumah mahupun di persekitaran Medan study.. Allah lah menjadi pergantungan buat saya dan sahabat yang lain.

********************
Teringat sewaktu memohon kemasukan ke Universiti Malaya, Allah lah tempat mengadu segala-galanya dan tidak lupa dengan mak yang turut mendoakan kejayaan saya siang dan malam alhamdulillah, Allah adalah segala-galanya buat kami... Saya kini dah tahun 3 di UM.. ^_^


Teringat juga sewaktu ambil ujian memandu dengan JPJ, ujian pertama gagal kerana banyak kekurangan dari sudut keyakinan dan persediaan diri sendiri. Untuk yang seterusnya, saya benar-benar memohon kelancaran dari Allah swt. Tindakan saya? Saya mulakan hari ujian itu dengan surah al-Fath dengan niat mendapat ketenangan, kelancaran dan kemenangan oleh Allah swt sewaktu memandu. Alhamdulillah... benar, ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.


Antara lain, kisah saya berjuang di UM cukup banyak dan manis untuk dikenang bersama sahabat... ujian emosi, duit, study dan macam-macam lagi cukup menguji lebih-lebih lagi jika ia hadir serentak sehingga kadangkala jiwa seakan tersungkur... tetapi kentalnya kerana ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.

**********************
Mungkin sahabat-sahabat hairan, kenapa perlu dikongsikan perkara kecil ini? Atau mungkin sahabat dapat menduga apa yang saya ingin sampaikan... Setiap dari kita, diuji dengan baaanyak perkara dan kadangkala ujian pada diri kita dirasakan amaat besar berbanding yang lain, kadangkala kita inginkan ujian yg ditimpa orang lain ditimpa juga keatas kita..(contoh?) dan kadangkala, kita selalu menyalahkan sekeliling atas apa yang berlaku, sedangkan segala-galanya untuk menguji positinya kita dengan ujian tu..

Saya gentar menghadapi ujian Allah swt... Tetapi saya tidak akan berhenti meminta dengan Allah, kuatkanlah hati saya, hati sahabat-sahabat dan hati mereka yang menyayangi diri ini kerana Allah swt. Moga kita sama-sama berpegang dengan "ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA." Salam Mujahadah.



Mujahidah.
2.00 am.
RS

Isnin, Julai 13, 2009

Janji Allah itu pasti.

Janji Tuhan Pasti Berlaku


Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi


Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya


Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela


Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya


Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal

Sabtu, Jun 13, 2009

ingatan

PESANKU


Duhai diri…
Di saat dirimu merasa lemah dengan perjuangan Islam,
Disaat dirimu teruji dengan kekangan masa demi Islam,
Saat itu kau renungkan…

“Betapa bernilainya diriku untuk Islam,
Lemahnya diriku bermakna aku melemahkan Islam,
Lemahnya diriku bermakna aku membebankan Islam,”

Walau demikian…
Ketahuilah diri…
Kita perlukan Islam,
Islam tidak perlukan kita,
Kerana Allah menjanjikan segolongan yang
Sememangnya akan sentiasa bersama dengan Islam,
Tanpa kita, Islam akan terus maju,
Tetapi tanpa Islam siapalah kita yg kian hanyut itu…

Duhai hati…
Kuatkan dirimu dengan cinta Allah,
Jauhkanlah dari mewahnya dunia..
Suburkanlah dengan iman dan taqwa…
Kerana keduanya pemudah jalan menemui Tuhanmu.



Mujahidah.

Sabtu, Jun 06, 2009

perjalanan

Dengan nama Allah..

Alhamdulillah, perjalanan ke pulang ke Terengganu punya hikmah yang tersendiri. Tak nak cakap panjang, just nak berkongsi gambar yang ditangkap... mulanya kami melalui jalan tasik kenyir. sunyi tapi pemandangannya cantik.




***************************

Ni pula perjalanan pulang dari terengganu ke KL. Jem traffic teruk dijalan gua musang - kuala lipis. alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami. ^_^ traffic sesak disebabkan lori besar ni terbalik. Kepalanya macam nak jatuh gaung.


Kesimpulannya, hidup ni x lari dari kenangan dan pengalaman.. dari kenangan ia menjadi pengalaman dan dari pengalaman itu menjadikan kemahiran... wassalamualaikum.

mujahidah.

Khamis, Mei 21, 2009

al-fatihah buat sahabatku...


Sewaktu musim pemilihan pengawas sekolah menengah agama Ittifaqiah dijalankan, ramai yang mengambil peluang untuk mencuba nasib dengan mengikuti ujian2 yang diberi. Tak kurang juga dengan rakan-rakan yang lain... Zainab antaranya.

Zainab dan Khadijah, dua beradik yang cukup dikenali. Zainab memang terkenal dengan bijak, aktif di sekolah dan rajin menarik perhatian guru-guru di sekolah. Ujian hafalannya yang cepat, hampir keseluruhan ujian PAFA dihabiskan dengan cepat walaupun usia ketika itu baru tingkatan 2. Suatu ketika, asrama kami dimasuki penceroboh. hampir setiap malam kami akan ketakutan. Zainab dan saya saling tidur berteman.(takutla katekan)

Tapi.. malam tu, zainab asyik merenung sahabat2 sekeliling. Orang lain dok mengantuk selepas study tapi matanya still terkebil2... Oh ye.. esok hari cuti, budak asrama semuanya akan balik dan akan kembali isnin depan. Beberapa pelajar akan mengikuti musabaqah sekolah-sekolah agama negeri Terengganu. Zainab lah antaranya yang mewakili syarahan bahasa Arab. Keesokan harinya, habis waktu sekolah.. saya bergegas berkemas. Mak cik dah sampai nak balik ke rumah tok. Tak sempat bersalam dengan sahabat-sahabat dorm. Zainab baru je selesai membasuh kasut sekolah dan disidainya di koridor. Memang rushing betul, zainab merenung macam nak mengatakan sesuatu, tapi.... maaf nab saya kena cepat...kata saya dalam hati.

Pertandingan musabaqah berlangsung pada hari sabtu, saya bercuti di rumah tok. Maghribnya satu panggilan dari seorang sahabat, "ade kemalangan yang melibatkan peserta musabaqah sekolah kita.. tapi khabar beritanya masih tidak diketahui..." astaghfirullah.. saya masih tenang. Harap tiada yang teruk.

Keesokan harinya, mak teh mula membawa satu berita. Kemalangan semalam melibatkan seorang guru dan beberapa orang murid... dan beberapa yang terkorban... Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Sahabatku semalam mengkhabarkan lagi.. "ummu, zainab dah tiada.. kejadian semalam melibatkan zainab dan kak ramlah. Mereka berdua kembali ke rahmatullah." Innalillah wainnailaihi raaji'un...

... Patutlah, arwah pernah menyebut, seandainya seorang daripada kita tiada macam mana ye? .... lagi, saya akan berpindah ke suatu tempat yang jauh.. zainab pernah berkata, ustazah saya x sempat menghabiskan PAFA, saya hanya tinggalkan bahagian solat jenazah sahaja... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

*******************************************

Kenapa saya berkongsi dengan sahabat2 perihal sahabat akrab saya? Saya berasakan perlunya menghargai seorang sahabat yang berada disisi kita. Susah, senang, senyum dan tangisnya adalah penting buat kita. Saya amat menyesal kerana di saat-saat akhir pertemuan saya dan arwah zainab, saya gagal meluangkan sedikit masa pun untuk bersalam dengan dia. Saya gagal untuk mengembirakan sahabat saya zainab.

Sayangilah persahabatan, lebih-lebih lagi pertemuan itu atas dasar aqidah dan perjuangan Islam. Ia bukanlah satu yang sia-sia malah nikmat bersahabat dirasai selamanya... Buat sahabat real, sahabat ICT, sahabat sk segambut, sk olak lempit, sk sungai serai, sma ittifaqiah dan smka kuala selangor... semoga ntum dibawah rahmat dan lembayung kasih sayang Allah swt.

wslm.

Jumaat, Mac 27, 2009

muhasabah


Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan,
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan,
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ahad, Januari 25, 2009

Merasai Sengsara di tanah GAZA

Dengan namaMu ya Allah...




minit berganti minit,
Jam berganti jam,
hari berganti hari,
bulan berganti bulan..

Tahun demi tahun, Tanah Palestin masih terganggu... Jeritan berbaur tangisan, tembakan demi tembakan kedengaran, darah percikan mujahidin tumpah megah syahid terjulang! Masha Allah, tanah Palestin bergolak... Walaupun genjatan senjata berlaku, kekejaman ZIONIS laknatullahi 'alaihim meninggalkan kesan yang aaaaamat besar. Bumi ini tidak lekang dengan kematian, mereka tercedera, pedih kesakitan, dahaga...dan lapar. Lupa oleh ku.. ya Allah terhadap sengsara mereka.

Tegarnya saudara-saudaraku di Palestin, sahabat2 mujahiddin masih bersedia menempuh mehnah yang tiba 'tanpa diundang'. Amat sukar untuk ku merasai sengsara itu dengan hanya melihat dari gambar-gambar media. Detik demi detik yang tiada berkesudahan di bumi Palestin mengundang rasa geram, marah, benci dan doa LAKNAT buat Zionis Laknatullah! Tapi kemampuan yang ada bagi diriku hanya sekadar do'a dan sedikit sumbangan yang terampu.

KITA YAKIN! Kemenangan Islam kan dirasai suatu masa nanti. Dengan kekuatan Syahadah
La ilaha illallah ia bakal terjulang. Allahu akbar!

Khamis, Disember 11, 2008

BIDAYATUL HIDAYAH

Hurm, banyaknyer planner x settle lagik. Cuti ni banyak main...
(macam besela keluhan ni.. ^_^ )


Seandainya masa mampu berputar kembali ke semalam huhu mesti manusia kucar-kacir, yela buat kerja sambil lewa..

Jom kita bedah sub tajuk dalam kitab BIDAYATUL HIDAYAH dr
Al- Imam Hujjatul Islam AL-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala
( terjemahan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) :

"Apa yang tidak dapat dibuat semua, maka janganlah ditinggalkan semua. "

"...Kita tidak akan dicela kerana tidak sampai ke tingkatan takwa yang paling tinggi, tetapi kita dicela kerana tidak membuat usaha, sedangkan kita masih berkemampuan..."


Bahagian 1
Adab-adab Melaksanakan Ketaatan

1. Adab bangun Tidur
2. Adab Masuk ke tandas
3. Adab berwudhuk
4. Adab-adab Mandi
5. Adab-adab bertayammum
6. Adab-Adab pergi ke Masjid
7. Adab-adab Masuk ke dalam masjid
8. Adab-adab selepas terbit matahari sampai tergelincir matahari
9. Adab mempersiapkan diri untuk sembahyang
10. Adab ketika hendak tidur
11. Adab-adab sembahyang
12. Adab-adab Imam dan makmum (dalam solat jemaah)
13. Adab-adab hari jumaat
14. Adab-adab puasa


Bahagian 2
Cara-cara meninggalkan Maksiat

Fasal Pertama

Cara meninggalkan maksiat zahir (maksiat anggota)
1. menjaga mata
2. menjaga telinga
3. menjaga lidah
4. menjaga perut
5. menjaga kemaluan
6. menjaga dua tangan
7. menjaga dua kaki


Fasal Kedua

Cara-cara meninggalkan maksiat Batin ( Maksiat Hati)
  1. Cara-cara meninggalkan hasad
  2. Cara-cara meninggalkan riyak
  3. Cara-cara meninggalkan sifat Ujub


Bahagian 3
Adab-adab Pergaulan dan persahabatan dengan Khaliq( Tuhan) dan makhluk.

  1. Adab-adab dengan Tuhan Pencipta
  2. Adab-adab seorang guru
  3. Adab-adab seorang murid
  4. Adab-adab dengan ibubapa
  5. Adab-adab dengan seluruh Manusia
ceraian pertama : Adab-adab dengan orang yang x dikenali
ceraian kedua : Adab-adab dengan sahabat karib
tugas1 : cara pilih sahabat
tugas2 : cara tunaikan hak persahabatan
ceraian tiga : Adab-adab dengan org yang dikenali


Selasa, November 04, 2008

Salam Perjuangan di Medan STUDY!

EXAM! EXAM!
Demam exam dah melanda di UM ni... Semoga sahabat-sahabat seperjuangan yang lain mampu untuk menempuh exam dengan sebaik mungkin. Mohonlah kepada Allah swt, moga tiada masalah yang timbul sepanjang musim exam ni.

***

Seminggu lepas, ana dikejutkan dengan pemergian atuk Wan Rusydiah sahabat sekelas dan semalam baru sahaja mendapat berita kematian ayah seorang junior sains gunaan ICT, syima. Segalanya berlaku atas ketentuan Allah, moga-moga sahabat-sahabat dan diri ana sendiri diberikan kekuatan untuk menempuhi exam yang bakal tiba esok lusa.

***

Buat adikku Abdullah Zakirin yang akan menempuhi SPM minggu depan, semoga lebih bersedia. Doa banyak-banyak dan dekatkan dirimu dengan Allah swt. Moga success dapat jadi prof dr Zakirin.. hehe ^_^

jangan mare...
** Ya Allah, sesungguhnya hati-hati ini telah bersatu untuk memikul beban dakwahMU... Maka ya Allah, eratkanlah ikatan kami, kekalkanlah kemesraan kami, dan tunjukkanlah kami jalanMu yang sebenar-benarnya...

Wallahua'lam.