Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Bincang2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bincang2. Papar semua catatan

Selasa, Mei 11, 2010

Pandangan Dr. Asri di Malaysiakini.

'M'sia bukan masyarakat judi'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan
pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010
demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang
memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan

maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan

negara itu sendiri.


Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim”

(lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan

umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka

itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.



2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa

manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih

besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.


Al-Quran menyebut:

(maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.

Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat

kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya”

(Surah al-Baqarah ayat 219).


Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan

sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.



3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan,

merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan

ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan

berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan

masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan

masyarakat.


4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat

Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan

judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup

untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya

kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam

masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang

rasional.



5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen

atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan

yang munasabah.



6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing

dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang

berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan

tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya

di tempat yang tidak berlesen?


Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan

yang akan menimpa rakyat nanti!



Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat

Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah

cadangan ini!


sumber: http://malaysiakini.com


Jika dulu, nak mengelakkan zina dan pertambahan anak luar nikah dicadangkan

kondom percuma, hari ini cadangan lesen untuk berjudi. Pemimpin perlu matang

membuat sesuatu keputusan dan pandangan supaya ia tidak lari dari batas Islam.


sekadar pandangan dan perkongsian.

Mujahidah.

Judi Hak Asasi.

Awatla judi nak diberi lesen..?

Ini bukan suatu jalan yang terbaik. Bilamana hukum ISLAM kata haram, haramkan terus. Dah Orang Islam yang pegang tampuk pemerintahan negara, kenapa masih tak bertegas dengan syariat Allah?

Ini masalah pada orang islam sendiri ni... PEMERINTAH ISLAM x mampu buktikan yang Islam itu merangkumi semua dan sumber penyelesaian. Hadkan judi, kuatkuasakan undang2 bukannya sediakan permis lesen bagi mudah lagi berjudi.


masyarakat kena teliti semula

siapa kita?

siapa sekeliling kita?

Siapa pemimpin kita?

Isnin, Mei 03, 2010

Ingatlah orang yang tersayang.



Selalukan kita tengok di jalan raya... iklan TV "PANDU DENGAN CERMAT, INGAT ORANG TERSAYANG." Tapi peliknya nak mati ingat orang tersayang bukan ingatlah Allah sebelum maut menjelma ke. hehe... melawak je. ^_^

Kalau saya cakap begitu, pasti ada yang membantah."Enti janganlah syadid sangat" Yang lain pun "Jangan berlagak sombong..." Jiwa tercabar pernah di tegur begitu.

Satu lagi istilah yang ketara... "Keranamu Malaysia". Mula-mula saya percaya dan terima kalau istilah ini untuk menaikkan semangat cintakan negara. Tetapi istilah lagu keranamu Malaysia.. "Keranamu kami mendapat tuah, keranamu kami bangsa berjaya..." Seolah-olah melebihi rasa cinta kepada Allah swt.

Negara Islam. Alangkah bagusnya pemimpin negara kita yang mengakui Malaysia sebagai negara Islam. Daulah Islamiyah. Segala kelonggaran, kedai-kedai arak, hiburan-hiburan, video, sambutan yang mengikuti barat melebihi konsep sebenar Islam. Perayaan utama umat Islam? Hari raya juga mengikut cara barat. Kalau mengikut Islam dengan menutup Aurat? bagi wanita kebanyakannya pakai tudung dalam masjid sahaja. Movie yang berunsur cinta, kesedaran ibu bapa, anak lebih diutamakan berbanding cinta kepada Allah dan mengenal sejarah di zaman Rasulullah saw pada bulan Ramadhan dan kemenangan di bulan Syawal.

Kata rakan-rakan kolej 11 dahulu, "Jangan terlalu taasub..." Jaga perpaduan negara kita. Seorang rakan kristian tambah " Saya kenal Muhammad, bagaimana dia memerintah kota Madinah. Dia menjaga perpaduan. Kamu hanya taasub dan memecah belahkan masyarakat kampus."

Wah, terima kasih atas kritikan. Tapi anda silap jika mengatakan usaha untuk melaksanakan Islam secara syumul, usaha membasmi kemungkaran, usaha memegang tampuk pemerintahan untuk membawa pemerintahan Islam yang sebenar, usaha menegur umat Islam yang semakin jauh dengan Islam suatu tindakan bodoh dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Pesanan seorang murabbi, kita ingin melahirkan pemuda yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dia lakukan. Sama ada belajar mahupun menggerakkan dakwah dalam masyakarat.(di edit mengikut kesesuaian)

Banyak perkara yang masih tersembunyi. Umat Islam semakin disuntik dengan hasutan barat yang amat halus. Hiburan, Seks, Wang dan Akademik yang bersistem. Semuanya semata-mata menenggelamkan ilmu islam daripada subur pada hati umat Islam.

sekadar luahan dari saya.

Ummu Mujahidah.
kuatkan hamba dalam dan luar.

Sabtu, November 07, 2009

Ranting dan Pohonnya...

Bersambung kembali...

Kenapa dengan ranting dan kayu pula? analoginya bagaimana pula? Jika dulu saya pernah di ajar mengenai aqidah. "Bagaimana kita nak kaitkan aqidah dengan sebatang pohon? " itu soalan yang biasa ditanya oleh kakak-kakak usrah apabila menjelaskan perihal aqidah. Tidak kurang juga dengan helikopter dan talinya. Aqidah itu secara jelasnya amat penting dalam mencorakkan gaya hidup seorang muslim. Kehidupannya begitu dan aqidahnya pun begitula... sikapnya begitu maka, aqidahnya begitulah.. atau bagaimana? X setuju? masih boleh diperbincangkan bersama....

Matlamat penulisan saya kali ini, bukanlah ingin mempersoalkan mengenai aqidah... Sebenarnya saya terfikir antara ranting dan pohon serta ibubapa dan anak-anak... adakah saling berkait rapat? Adakah pohon yang baik menjanjikan ranting yang baik? Tak mustahilkah jika ranting tu rosak dek racun atau ranting tu sahaja dimakan ulat? Teringat satu lirik dari Kumpulan Raihan.. "Iman X dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..." Seorang ibu atau bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anaknya, terpulang kepada mereka... baik buruk setiap orang adalah berlainan. Jika dunia yang dipandang, tentu kebaikan di dunia adalah segala-galanya buat keluarga tu.. begitu juga sebaliknya.

Terfikir.. peritnya menjadi seorang ayah dan ibu yang melihat anaknya derhaka kepadanya...

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun tidak semua mampu meraihnya. Ada yang ditangguhkan oleh Allah, dan ada yang disegerakan di dunia. Tetapi itulah yang menjadi ketentuan Allah swt. Sama ada kita sebagai hambanya Redha atau rugi...


Saya teringat suatu kisah Rasulullah di tahun kesedihan, disaat itu dakwah baru sahaja ingin berkembang, dan disaat itu tentangan demi tentangan dilakukan ke atas Rasulullah dan para sahabat di Mekah. Dan ujian demi ujian silih berganti dengan pemergian Abi Talib dan Saidatina Khadijah yang menjadi penawar keperitan ketika itu. Di saat itu Rasulullah saw sedang mengajar umatnya, kekuatan kita adalah Allah swt, keyakinan kita adalah Allah swt, dan pengharapan kita hanyalah Allah swt bukan pada ayah dan ibu, keluarga, sahabat handai dan seumpamanya. Hanyalah Allah swt... Tenang mengingati Rasulullah saw. Selawat ke atas Baginda saw.

Teringat pula kisah ujian Nabi Ayub as yang pernah dikongsikan oleh sahabat saya, Taqwa adalah segala-galanya.

"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." al-Hujurat.


Ujian demi ujian, hasutan dengan hasutan, apa yang utama adalah yakin dengan Allah, teguh pendirian dengan Iman dan Islam. Teringat pula kisah asma' bt Abi Bakr, seorang wanita yang cukup tabah memberi kata perangsang buat anaknya menghadapi cabaran jihad:

"Matilah dalam keadaan yg mulia, atau hidup sebagai seorang yg kuat. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yg pasti".

Kata-kata Asma' bintu Abi Bakr bukan terhenti begitu, mujahidah lain yang didorong dengan takwa kepada Allah swt juga pernah berkata kepada anaknya yg dipenjarakan:

"Ya Allah! Aku serahkan anakku itu dibawah perintahMu, aku redha dengan keputusanMu."...

"Wahai anakku! aku harapkan semoga kamu orang yang paling akhir keluar dari penjara ini."

Terakhir di medah jihad, bukan terabai disisi Allah. Selagimana ranting itu berpaut pada dahannya dan saling bermanfaat, pohon itu akan lebih bertahan... Selagimana seorang anak itu taat kepada Allah, seorang pelajar itu kembali kepada Allah, seorang engineer itu kembali kepada Allah, seorang Doktor itu yakin kepada Allah, seorang ibu itu mendidik dengan syariat Allah, seorang sahabat itu menjaga sahabatnya kerana Allah, seorang ahli gerakan itu bekerja kerana Allah dan semuanya kembali kepada Allah swt... Tiada menyekutukan Allah... Selawat adalah bualannya dan mati adalah ingatan padanya. peringatan..peringatan..peringatan.. keranaMu ya Allah.

Ranting kayu... apa analoginya...?

wslm.


Jumaat, November 06, 2009

Ada apa dengan CEK MEK MOLEK?

FirstLy, terasa amaaT lama X mengUpdate Blog ni. Kenapa? Entah... Sekarang pun masih X tau nak Tulis apa. Tetiba terfikirkan Cek Mek Molek? TAU KE APE???

Cube search dalam YahOO! "Cek Mek Molek"..
Cek Mek Molek adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai "cek mek". Ia cukup dikenali di Pantai Timur... hurm?? So? Kenapa dengan cek mek molek?


Apa yang boleh saya ceritakan dari kuih Cek Mek ni? Ia hanya sebiji kuih hasil adunan tepung dan ubi yang dilenyek dan berintikan gula... mudah je nak buat.. Tapi apa yang nak di kongsikan dengan sahabat2 ni???

Melihat kuih itu secara "objektif", amat mudah untuk mentafsirkannya.. hanya sejenis kuih... kalau dirungkaikan secara "subjektif" bagaimana? Di sebalik cek mek yang ringkas ini, ada satu perkara yang tidak dapat dijangka... manis rupanya. nampak buruk dan "simple" tapi rasanya tidaklah seburuk yang disangka...

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pernah X saya diuji? (persoalan pertama mestilah pada empunya diri...) Pernah X kita di uji? (untuk bersama) Pernah X kOrang/kaMu/anTum diuji? Pernah... Ujian hidup ada yang jelas, samar2, yang manis, yang pahit dan sakit pun ada... Ada orang melihat ujian itu hanya suatu yang memeritkan, dan ada juga yang melihat ujian itu suatu yang manis- nikmat sihat, nikmat harta, nikmat cantik dll dan ada juga yang merasakan semua itu ujian.. Kita pula bagaimana?

Saya kini tengah membayangkan, ujian tu boleh jadi seperti cek mek. Hodoh, warnanya tak menarik, mungkin rasanya pahit... atau tawar... atau macam batang kayu? Apa fungsi Cek mek ni? Kenapa tak boleh buat bentuk lain? tapi, bila rasainya, sampai ke titik hujung... sampai habis, kita akan rasai kemanisan dan kepuasan... MAKAN CEK MEK.

Tetapi wajarkah kita menyamai ujian yg Allah swt turunkan ke atas kita dengan hanya sebiji cekmek? terpulanglah anda menilainya... nilainya subjektif...

Jika kita mengatakan kecantikan itu subjektif...

Rasa pun subjektif...

Perasaan pun subjektif

Perjuangan pun subjektif...

Apa yang Objektif.?

Apa lagi boleh difikirkan dari CEK MEK ni ye...????

Rabu, September 30, 2009

Kenapa SOLAT?



VS
Yoga Solat


Suatu ketika dahulu, kita pernah terdengar desas-desus pengharaman Yoga bagi umat Islam di Malaysia. Namun, fatwa pengharaman ini mendapat tentangan oleh sesetengah pihak yang pada pandangan mereka, teknik meditasi ini tiada kena mengena langsung dengan ritual keagamaan bagi agama Hindu.

YOGA merupakan istilah yang mencakup banyak hal – termasuk asanas – pranayama dan meditasi. Dengan YOGA, kita akan melakukan penyerahan diri atau pasrah kepada YANG MAHA KUASA. Kita juga akan mengalami puncak kesadaran dan rasa sadar akan kekuatan dan kemampuan mental.

http://www.poornayogapermata.org/showstatpage.php?page=APAITUYOGA

Kaedah yoga menjadi satu kaedah meditasi bagi bagi pengamal Yoga. Yoga kini terkenal sebagai suatu teknik penyegaran, menenangkan jiwa dan sebagainya. Ia juga turut di amalkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk umat Islam sendiri.


MENGAPA DIHARAMKAN YOGA? Ia bukan berbentuk ritual...?

Sahabat-sahabat, isu pengharaman Yoga ke atas umat Islam tidak sepatutnya dikeluarkan baru-baru ini tetapi sepatutnya fatwa HARAM itu dikeluarkan lebih awal. Ini kerana, hukum dan syariat islam yang ditetapkan sudah cukup untuk mengatasi kaedah meditasi YOGA yang di ada-adakan oleh masyarakat Hindu.

Golongan saintis Muslim, Sufi, dan juga non-Muslim sudah awal mengkaji tentang keistimewaan yang sememangnya terdapat dalam Islam sama ada melalui Ibadah, hukum-hakam dan sunnah ajaran Rasulullah saw. Dan menariknya, penemuan yang didapati itu bukan sahaja pada aspek batiniah sahaja malah juga pada fizikal seseorang individu tersebut.

Golongan SUFI
Kitab Perubatan Sufi karangan Syeikh Hakim Moinuddin ada menekankan perihal solat yang menjadi satu teknik penyembuhan bagi pengamalnya. 8 gerakan dalam solat mampu memberi kesan sampingan yang tersendiri mengikut pengamalan yang sempurna.

Rukuk contohya, mampu memperbaiki masalah pinggang, merenggangkan urat saraf dibahagian pinggang dan paha. Sujud pula mampu membawa aliran darah ke otak yang mana pengaliran darah dan oksigen ke otak mampu menguatkan ingatan dan menguatkan daya tahan tubuh badan kita. dari aspek kerohanian, rukuk dan sujud mampu menimbulkan rasa rendah diri, kesamarataan makhluk Allah tanpa dibezakan dengan pangkat, harta dan sebagainya.

Kajian Saintifik
Dr Fatimah, dari kejuruteraan BIOMEDIC Universiti Malaya pernah mendapat peruntukan rm 1juta dari Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkaji kesan gerakan solat pada fizikal manusia. Hasil kajian tersebut telah dibukukan dan kesannya membuktikan Solat mampu menjadi senaman yang terbaik kerana ia memberi faedah dalam semua aspek sama ada fizikal, emosi dan rohani.

Prof. Dr Mohammad Salleh pula ketika itu telah berjaya menemui konsep psikoneuroimunologi
yang terdapat pada solat tahajjud. Konsep Psikoneuroimunologi merangkumi tiga aspek penting iaitu psikologi, neurologi dan imunologi. Gabungan 3 elemen ini menghasilkan satu istilah yang dinamakan psikoneuroimunologi. Ia diertikan sebagai hubungan antara keadaan otak/ saraf, pkisis dan kekebalan tubuh seseorang. Percaya atau tidak, dalam satu kes seorang pesakit yang hampir menemui ajal dan tiada harapan, namun masih hidup sehingga kini kerana menurut kajian, psikologi yang positif (harapan + keyakinan) mampu merangsang otak dan mempengaruhi sistem ketahanan dalam badan manusia. Jika kita kaitkan dengan solat, solat yang sempurna (cukup rukun, khusyuk dan ikhlas) mampu menjadi penawar kepada pengamalnya.

Solat Tahajjud, dilakukan dimalam hari dengan penuh keikhlasan, ketelusan, rendah diri dan tenang mampu menghasilkan mood yang baik, merangsang saraf dan ketahanan badan manusia. manakala berbeza jika dilakukan dengan terpaksa dan bukan dengan keikhlasan hati, ia mampu mendorong kepada penyakit yang berbahaya.

+++++++++
Berbalik kepada amalan sufi, golongan sufi cukup syadid dalam beribadah. Bagi golongan mereka, walaupun mereka berjaya menunaikan rukun solat yang dikeluarkan oleh ulama' Feqh tetapi seandainya solat mereka tidak mencapai kekhusyukan maka ia masih boleh dikatakan tidak sah. ( ini penetapan pada diri mereka sendiri dan bukan orang awam)

Secara logik pula, jika kita menunaikan solat dan apa jua ibadah sambil lewa, adakah ia mampu memberi pulangan kepada kita? Solat tanpa kekhusyukan, bacaan tanpa tajwid, amalan tanpa dimulakan nama Allah dan sebagainya belum sempurna dan tidak memberi faedah kepada kita. So, lakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna dan tawadhuk selagi diberi peluang oleh Allah swt. Lakukan demi hakNYA sebagai PENCIPTA dan hinanya kita selaku makhlukNYA.

wallahua'lam.

meditasi - tafakur/ sendirian/ menghayati secara mendalam

Ahad, Ogos 09, 2009

POLIGAMI

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090809080952/Article/index_html


Terbaca dalam akhbar Metro, Kelab Poligami Ikhwan. Suatu yang baru dalam masyarakat seolah-olah ia menjadi satu jalan keluar bagi golongan pelacur, wanita andartu, dan sebagainya. Seringkali istilah poligami dikaitkan sebagai suatu yang cukup janggal dalam masyarakat, dan ia menjadi salah satu isu yang kerap kali timbul hangat dikalangan golongan feminisme yang menganggap ia sebagai suatu penindasan yang dilakukan oleh dunia Islam terhadap golongan wanita. Namun, berbeza dengan mereka ini yang menjadikan poligami suatu budaya dalam keluarga malah, golongan pelacur dijemput untuk bersama merasai poligami dalam keluarga mereka. Tambah isteri kedua Ustaz asshari (pengasas al-arqam), kita perlu mencari jalan keluar dalam masyarakat dan menyedihkan bila masyarakat menuduh dan menyalahgunakan poligami untuk kepentingan peribadi mereka. Sesungguhnya, ajaran Rasulullah didatangi bersama hikmah yang tersendiri. Kembali kepada fitrah.

sensitif...sensitif... respon..respon...

ikuti video hmetro



mujahidah.

Jumaat, Jun 19, 2009

Media Tak Ubah sebagai Boneka?

Seminggu dua ini, saya mengambil pilihan untuk memerhati isu-isu yang berlaku di teratak media-media negara kita, online mahupun tidak.


Memang banyak isu-isu besar yang timbul dalam 2 minggu ni, sama ada dari sudut pendidikan, Jenayah bunuh, pergolakan politik dan sebagainya. Apa yang saya dapati bagi diri saya, media tidak ubah sebagai boneka dalam masyarakat.


Media hari ini bukan lagi sebagai penyampai berita kebenaran dalam masyarakat, bukan lagi sumber perpaduan dalam masyarakat sebagaimana dahulu, bukan lagi sumber pendidikan sepenuhnya dalam masyarakat dan sebagainya.

Masyarakat hari ini seolah-olah dibayang ketakutan dengan Isu jenayah yang kerap kali disuarakan, ternanti-nanti isu politik yang diapi-apikan, tertipu dengan kebaikan sebelah pihak yang dilambung-lambungkan, terpukau dengan hiburan yang diagung-agungkan dengan artis yang semakin terdedah tak bertapis dan banyak lagi. Itukah kebanggaan mereka???!



Bagi saya, media utama hari ini tidak bijak dalam menilai isu. Apa yang ingin di siarkan adalah perkara yang sememangnya membawa masyarakat ke arah kehancuran! bukan lagi suatu yang membina. Sebab itulah artis-artis yang lahir dari program REALITI TV lebih dipandang tinggi BERLAINAN DENGAN PARA ILMUAN DAN MAHASISWA yang sememangnya DARI GOLONGAN INTELEKTUAL yang lebih sedar dengan keperluan masyarakat di negara kita.


Tidak kurang dengan pentadbiran yang bergolak dengan hamburan BATU API pihak media, tidak kira sama ada umara' mahupun ulama'. Itu kebanggaan mereka????!


Saya mengucapkan sekalung TAHNIAH buat PM yang BIJAK merencanakan KERAJAAN PERPADUAN tapi saya MENGEJI pihak pimpinan kerajaan yang BODOH mengetepikan isu perpecahan dan kehancuran yang berlaku dalam masyarakat dan tidak mengambil tindakan yang lebih serius. Jika dulu digembar-gemburkan kerajaan SELAMAT... tapi kemana keselamatan, perpaduan, kedamaian bagi rakyat MALAYSIA hari ini? Di mana KEBAJIKAN masyarakat hari ini.



Isu ISLAM HADHARI mati begitu sahaja?

Isu PPSMI x habis-habis lagi?

Kini.. tambah dengan Isu bunuh, zina, isu cerai mencerai artis, isu Manohara dll.
ITULAH BERITA BEST dalam negara.

Jika barat ada paparatzi, Malaysia pun turut juga...

Jika barat ada AWARD, Malaysia pun turut juga...

Jika barat melaungkan ISLAM itu Pengganas, Malaysia pun turutinya...

Entah ke mana hilangnya pendirian kita sendiri selaku umat Islam..yang mengakui Malaysia sebagai negara Islam.


Mungkin dilihat, penulisan ini beremosi namun ia suatu yang menyakitkan... Belum lagi disebut mengenai pembunuhan umat Islam Selatan Thai, Rakyat Palestin yang tertindas... itu semua global..


Adakah anda selaku mahasiswa masih memandangnya sebelah mata???
Sehingga kini anda merasakan peranan anda selaku mahasiswa hanya belajar dan belajar dan belajar?
Tidakkah kita ketahui, lanjut umur kita tidak ketahui sampai bila?

Ajal bukan menanti umur tua.. Ajal tidak menunggu kita graduat. Selagi ada masa, itulah peluang kita untuk menyumbang kepada Islam, masyarakat dan negara kita.

********************************************************
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

H.R MUSLIM



MUJAHIDAH
diriku tak lebih sebagai hamba yang lemah, kadangkala aku terlalu akur dengan nafsuku, kadangkala aku bencikan ia...
Kerana itulah, bimbing daku dengan cahaya petunjukMu Allah.




Sabtu, Mei 30, 2009

Mujahidah



Kata orang, kekuatan wanita itu pada perasaannya, kekuatan lelaki pula pada fizikalnya? Namun Allah tidak pernah mengenepikan muslimat dalam perjuangan Islam. Wanita / muslimat tetap bisa menjadi pendokong, penggerak dan tunjang pada dakwah dan gerakan. Mungkin dilihat muslimah pada emosinya, tetapi emosi itu melahirkan ketelitian pada diri tersebut. Buktinya, kenalilah ibu, mak cik, kakak, atau adik kalian sendiri. Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, saya tidak suka membicarakan tentang beza lelaki dan perempuan, muslimin dan muslimat, mahasiswa dan mahasiswi. Memang antara kedua itu berbeza, namun Allah swt mengingatkan :
"Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain..." At-Taubah : 71.
Bagi saya, laungan yang membezakan muslimin dan muslimat itu hanyalah boleh menimbulkan perpecahan sekiranya dilakukan tidak dikawal... Didik, tegur dan ucaplah dengan cara yang betul untuk mengajarnya. Tulang yang bengkok, jika diluruskan mendadak akan patah. begitu juga dengan mendidik manusia, tidak kena cara, tak kena juga hasilnya. sekadar itu.

Saya menanti komentar dari kalian.. wallahua'lam.


Mujahidah.

Khamis, April 02, 2009

Kewajiban ILMU bagi ahli Gerakan Islam

Dengan namaMU ya Allah....


Alhamdulillah, syukur pada Allah swt saya masih mampu mencoretkan sekecil-kecil coretan dalam blog ni. Sedikit terkilan kerana terdelete template yang sebelum ni. Tapi, mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Pada kali ini, saya ingin membawa perbincangan mengenai ilmu sebagaii kekuatan ahli Gerakan Dakwah Islam sejak zaman Rasulullah saw, para sahabat, tabi', tabi' taabi'in sehingga kini.

Saya mengambil sedikit petikan dan hujah dari buku karangan Tok Guru Haji Hadi Awang bertajuk "Islam: fikr, harakah & daulah" dan buku "Risalah Ta'alim karangan Muhammad 'Abdullah Al-Khatib. Benarkah jika dikatakan perihal ahli gerakan Islam lemah dalam ilmu (terutamanya bagi aktivis-aktivis di kampus2 ipt)?
Tidak sepenuhnya... namun, seperti biasa akan ada dikalangan ahli yang benar-benar meletakkan diri sepenuhnya dengan gerak kerja Islam. Mungkin itu ada baiknya...

Ramai je dikalangan ikhwan akhawat, muslimin muslimat yang aktif dengan gerak kerja Islam seiring dengan kejayaan mereka dalam akademik. Namun, sekecil-kecil golongan itu tetap akan dilihat sebagai satu kepincangan yang amat besar. Sebagai hamba Allah yang patuh dengan perintahNYA tidak boleh menafikan kewajipan menuntut ilmu sebagaimana Firman Allah swt dalam Surah al-'Alaq dengan suruhan membaca. Begitu juga dalam surah at-Taubah yang menunjukkan bahawa Allah benar-benar memuliakan orang yang berilmu. Maksud ayat tersebut:

"...oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepadanya, mog-moga mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah." at-Taubah :122
"... Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu..." al-Fathir: 28

Hakikatnya, dari ilmu itu bakal lahirnya kefahaman dan dari itu lahirlah takwa dalam amalan seorang individu muslim. Amat penting bagi seorang muslim haraki yang mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan gambaran(tasawwur) yang sebenar. Sebagaimana seorang individu itu perlu mengenali jalan dan tempat yang ingin dituju dan mempunyai kenderaan untuk ke tempat yang dituju.

Para sahabat r.a menerima ilmu dari Rasulullah saw walaupun pada usia yang tua. Mereka menuntut ilmu tanpa mengira penat lelah, begitu juga dalam melakukan amal Islami. Semuanya bergerak dalam seiring kerana ilmu yang melahirkan aqidah yang sebenar serta menggerakkan seseorang untuk melakukan amal islami. Tak lupa juga, aspek keilmuan juga penting dalam harakah Islamiyah kerana ia laksana cahaya penyuluh 'aqal dan hati mengenal ma'rifat Allah swt.


Yakin dan Beramal

Sesungguhnya mereka yang meyakini Islam, dituntut untuk beramal dan bekerja untuk merealisasikan matlamat Islam. Oleh sebab itulah, kefahaman tentang Islam amat penting bukan sahaja untuk mengenal jalan dan cara yang sebenar malah demi keikhlasan dalam bekerja. Fiman Allah swt:

Katakanlah(wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah( dari segala i'tiqad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Suruh Yusuf:108)
Justeru, penting bagi ahli gerakan Islam sedar akan kepentingan ilmu. Akademik hanya satu istilah kecil dalam ilmu. Ilmu dapat digarap dalam pelbagai cara, tempat dan situasi. Moga-moga ilmu yang diperoleh melancarkan gerak kerja dakwah kita dan seterusnya menjadi penyuluh jalan Jihad kita di medan dakwah. insyaAllah.


~jika bukan kita yang menerajui Islam kearah matlamat yang asal siapa lagi???

HambaMU yang lemah,
RS




Rabu, Januari 28, 2009

Cinta sufi

Hasbunallahu wa ni'mal wakil...


Ana petik kata-kata ini dari...
Kitab Ilmu Perubatan Kesufian
(Syeikh Hakim Moinuddin Chishti)

::khutbah yang disampaikan kepada pengikutnya sebelum beliau kembali ke rahmatullah::


Cintailah kepada semua orang dan janganlah benci kepada sesiapa pun
merasa senang dengan ucapan-ucapan saja tidak memberi manfaat

Berbicara tentang ketuhanan dan
Keagamaan dalam kata-kata saja tidak membawa anda ke mana-mana.
Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda dan
zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu.

Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan

Taburkan bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu

dimana saja anda berada dan ke mana jua anda pergi


Jadikanlah diri anda api kebenaran yang menyala-nyala

Jadikanlah bunga cinta yang semerbak indah.

Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan.
Dengan cahaya kerohanianmu hapuskan gelap kejahilan.
Padamkan api permusuhan dan peperangan.

Sebarkan kedamaian dan keharmonian
di kalangan manusia


Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan
bantuan daripada sesiapa kecuali Allah.

Jangan anda kembali kepada pemerintah.
Jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim
jika mereka datang ke pintu rumahmu.

Inilah tugas dan misi kita - berkhidmat kepada manusia.

Laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani....(ila akhr)


Isnin, Disember 08, 2008

Gosip @ Fitnah, sudah menjadi satu FENOMENA?

Isu GOSIP VS FITNAH?

Membuat gosip dah jadi 'periuk nasik' ?
Fitnah itu resepi penarik?

Apa pandangan sahabat2? Mungkin kita tidak menghiraukannya namun ia sememangnya
menimbulkan suatu perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

Apa pandangan anda?

Ahad, September 28, 2008

Berdiskusi

Suatu hari, ayah bertanya kepada kami adik-beradik.

Apa jawapan kamu sekiranya ditanyakan oleh seorang non-muslim mengenai penciptaan langit dan bumi selama 6 hari?

Ramai dikalangan saintis barat cuba memerangkap muslim dengan soalan yang sebegini. Bagi mereka mana mungkin alam ini diciptakan dengan hanya 6 hari sahaja? Apa jawapan anda? Jawapan dari ayah akan di kongsi pada penulisan seterusnya... harap dapat perkongsian dari sahabat2. wslam