Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Kongsi-Kongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kongsi-Kongsi. Papar semua catatan

Selasa, Mei 11, 2010

Pandangan Dr. Asri di Malaysiakini.

'M'sia bukan masyarakat judi'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan
pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010
demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang
memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan

maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan

negara itu sendiri.


Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim”

(lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan

umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka

itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.



2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa

manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih

besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.


Al-Quran menyebut:

(maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.

Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat

kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya”

(Surah al-Baqarah ayat 219).


Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan

sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.



3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan,

merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan

ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan

berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan

masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan

masyarakat.


4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat

Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan

judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup

untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya

kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam

masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang

rasional.



5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen

atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan

yang munasabah.



6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing

dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang

berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan

tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya

di tempat yang tidak berlesen?


Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan

yang akan menimpa rakyat nanti!



Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat

Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah

cadangan ini!


sumber: http://malaysiakini.com


Jika dulu, nak mengelakkan zina dan pertambahan anak luar nikah dicadangkan

kondom percuma, hari ini cadangan lesen untuk berjudi. Pemimpin perlu matang

membuat sesuatu keputusan dan pandangan supaya ia tidak lari dari batas Islam.


sekadar pandangan dan perkongsian.

Mujahidah.

Khamis, Mei 06, 2010

Khas buat diri.





Muhasabah buat diri ini...
Yang masih bertatih dalam perjuangan...
Masih di uji dengan rasa gentar...
Lemah dengan sikap diri...
penyakit cinta dunia, takabur dan sombong...
menjadi 'kuping' di hati...


Bersedia untuk cabaran mendatang....
Ummu Mujahidah.

Selasa, April 27, 2010

HAI ISTERI MENGALAHLAH...BAGIMU SYURGA

Artikel ni ana dapat dari blog ABI:
http://www.saripadul.com/

Suami anda buat hal hari ini?
Dia marah-marah?
Dia menyakitkan hati?
Dia yang salah? Tapi tak nak mengalah?
Memang...dah perangai lelaki ego...
Tapi puan masih sayang keluarga yang dibina?
Tapi tak jumpa 'panadol' yang boleh mengurangkan demamnya?
Apa kata cuba 'resepi' ubat Nabi...yg terkandung pada pil berjenama 'maaf'...

(1) Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabat: “Nak tak aku khabarkan kepadamu tentang siapakah wanita-wanita kamu yang akan memasuki syurga?”. Kami menjawab: "Bahkan, kami ingin sekali mengetahuinya wahai Rasulullah". Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
الْوَلُودُ الْوَدُودُ الَّتِي إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيُّء إِلَيْهَا أو غَضِبَ قَالَتْ: يَدِي فِي يَدَكِ لا أَكْتَحِلُ بِغُمْضٍ حَتَّى تَرْضَى
(Iaitu setiap wanita yang pengasih kepada anak-anaknya dan banyak anak, dan wanita yang apabila ia marah kepada suaminya atau suaminya melakukan kesilapan kepadanya atau suaminya memarahinya ia akan berkata kepada suaminya: Tanganku ini aku serahkan ke tanganmu (untuk menerima hukuman), kerana aku tak mungkin mampu menutup mataku (untuk tidur dan rehat) sehinggalah engkau meredhai dan memaafkanku).(1)

(2) Rasulullah s.a.w. bersabda:
(فإن كان هو أظلم، فلتأته حتى ترضيه، فإن قبل منها فبها ونعمت، وقبل الله عذرها، وأفلج حجتها، ولا أثم عليها، وإن هو لم يرض، قد أبلغت عند الله عذرها)
(Maka andainya si suami menzalimi isterinya (memarahinya), hendaklah isteri datang meminta maaf sehingga suami memaafkannya, andainya suami memberi kemaafan, maka yang demikian itu nikmat bagi dirinya dan Allah akan menerima kesilapannya dan terpancar kehebatan isteri dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah. Adapun sekiranya suaminya tidak memaafkannya, tidak mengapa, kerana permohonannya telah sampai kepada Allah S.W.T.). (2)
______________________________________________________
(1) Riwayat al-Tabarani. al-Tabarani, Abu al-Qasim Sulaiman bin Ahmad (1415H) al-Mu'jam al-Ausath. Kaherah; Dar al-Haramain. Jil. 2 hal. 206 No. 1743.
(2)Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi. al-Hakim, al-Mustadrak. Jil. 2 Hal. 206 No. 2770. al-Baihaqi, Sunan al-Baihaqi al-Kubra. Jil. 7 Hal. 293 No. 14492

Selasa, Disember 08, 2009

Cita Pemuda

SHOUTUL HARAKAH

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Jumaat, November 13, 2009

Tekad

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da?wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Sabtu, November 07, 2009

Ranting dan Pohonnya...

Bersambung kembali...

Kenapa dengan ranting dan kayu pula? analoginya bagaimana pula? Jika dulu saya pernah di ajar mengenai aqidah. "Bagaimana kita nak kaitkan aqidah dengan sebatang pohon? " itu soalan yang biasa ditanya oleh kakak-kakak usrah apabila menjelaskan perihal aqidah. Tidak kurang juga dengan helikopter dan talinya. Aqidah itu secara jelasnya amat penting dalam mencorakkan gaya hidup seorang muslim. Kehidupannya begitu dan aqidahnya pun begitula... sikapnya begitu maka, aqidahnya begitulah.. atau bagaimana? X setuju? masih boleh diperbincangkan bersama....

Matlamat penulisan saya kali ini, bukanlah ingin mempersoalkan mengenai aqidah... Sebenarnya saya terfikir antara ranting dan pohon serta ibubapa dan anak-anak... adakah saling berkait rapat? Adakah pohon yang baik menjanjikan ranting yang baik? Tak mustahilkah jika ranting tu rosak dek racun atau ranting tu sahaja dimakan ulat? Teringat satu lirik dari Kumpulan Raihan.. "Iman X dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..." Seorang ibu atau bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anaknya, terpulang kepada mereka... baik buruk setiap orang adalah berlainan. Jika dunia yang dipandang, tentu kebaikan di dunia adalah segala-galanya buat keluarga tu.. begitu juga sebaliknya.

Terfikir.. peritnya menjadi seorang ayah dan ibu yang melihat anaknya derhaka kepadanya...

Setiap manusia inginkan kebahagiaan, namun tidak semua mampu meraihnya. Ada yang ditangguhkan oleh Allah, dan ada yang disegerakan di dunia. Tetapi itulah yang menjadi ketentuan Allah swt. Sama ada kita sebagai hambanya Redha atau rugi...


Saya teringat suatu kisah Rasulullah di tahun kesedihan, disaat itu dakwah baru sahaja ingin berkembang, dan disaat itu tentangan demi tentangan dilakukan ke atas Rasulullah dan para sahabat di Mekah. Dan ujian demi ujian silih berganti dengan pemergian Abi Talib dan Saidatina Khadijah yang menjadi penawar keperitan ketika itu. Di saat itu Rasulullah saw sedang mengajar umatnya, kekuatan kita adalah Allah swt, keyakinan kita adalah Allah swt, dan pengharapan kita hanyalah Allah swt bukan pada ayah dan ibu, keluarga, sahabat handai dan seumpamanya. Hanyalah Allah swt... Tenang mengingati Rasulullah saw. Selawat ke atas Baginda saw.

Teringat pula kisah ujian Nabi Ayub as yang pernah dikongsikan oleh sahabat saya, Taqwa adalah segala-galanya.

"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." al-Hujurat.


Ujian demi ujian, hasutan dengan hasutan, apa yang utama adalah yakin dengan Allah, teguh pendirian dengan Iman dan Islam. Teringat pula kisah asma' bt Abi Bakr, seorang wanita yang cukup tabah memberi kata perangsang buat anaknya menghadapi cabaran jihad:

"Matilah dalam keadaan yg mulia, atau hidup sebagai seorang yg kuat. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yg pasti".

Kata-kata Asma' bintu Abi Bakr bukan terhenti begitu, mujahidah lain yang didorong dengan takwa kepada Allah swt juga pernah berkata kepada anaknya yg dipenjarakan:

"Ya Allah! Aku serahkan anakku itu dibawah perintahMu, aku redha dengan keputusanMu."...

"Wahai anakku! aku harapkan semoga kamu orang yang paling akhir keluar dari penjara ini."

Terakhir di medah jihad, bukan terabai disisi Allah. Selagimana ranting itu berpaut pada dahannya dan saling bermanfaat, pohon itu akan lebih bertahan... Selagimana seorang anak itu taat kepada Allah, seorang pelajar itu kembali kepada Allah, seorang engineer itu kembali kepada Allah, seorang Doktor itu yakin kepada Allah, seorang ibu itu mendidik dengan syariat Allah, seorang sahabat itu menjaga sahabatnya kerana Allah, seorang ahli gerakan itu bekerja kerana Allah dan semuanya kembali kepada Allah swt... Tiada menyekutukan Allah... Selawat adalah bualannya dan mati adalah ingatan padanya. peringatan..peringatan..peringatan.. keranaMu ya Allah.

Ranting kayu... apa analoginya...?

wslm.


Jumaat, November 06, 2009

Ada apa dengan CEK MEK MOLEK?

FirstLy, terasa amaaT lama X mengUpdate Blog ni. Kenapa? Entah... Sekarang pun masih X tau nak Tulis apa. Tetiba terfikirkan Cek Mek Molek? TAU KE APE???

Cube search dalam YahOO! "Cek Mek Molek"..
Cek Mek Molek adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai "cek mek". Ia cukup dikenali di Pantai Timur... hurm?? So? Kenapa dengan cek mek molek?


Apa yang boleh saya ceritakan dari kuih Cek Mek ni? Ia hanya sebiji kuih hasil adunan tepung dan ubi yang dilenyek dan berintikan gula... mudah je nak buat.. Tapi apa yang nak di kongsikan dengan sahabat2 ni???

Melihat kuih itu secara "objektif", amat mudah untuk mentafsirkannya.. hanya sejenis kuih... kalau dirungkaikan secara "subjektif" bagaimana? Di sebalik cek mek yang ringkas ini, ada satu perkara yang tidak dapat dijangka... manis rupanya. nampak buruk dan "simple" tapi rasanya tidaklah seburuk yang disangka...

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pernah X saya diuji? (persoalan pertama mestilah pada empunya diri...) Pernah X kita di uji? (untuk bersama) Pernah X kOrang/kaMu/anTum diuji? Pernah... Ujian hidup ada yang jelas, samar2, yang manis, yang pahit dan sakit pun ada... Ada orang melihat ujian itu hanya suatu yang memeritkan, dan ada juga yang melihat ujian itu suatu yang manis- nikmat sihat, nikmat harta, nikmat cantik dll dan ada juga yang merasakan semua itu ujian.. Kita pula bagaimana?

Saya kini tengah membayangkan, ujian tu boleh jadi seperti cek mek. Hodoh, warnanya tak menarik, mungkin rasanya pahit... atau tawar... atau macam batang kayu? Apa fungsi Cek mek ni? Kenapa tak boleh buat bentuk lain? tapi, bila rasainya, sampai ke titik hujung... sampai habis, kita akan rasai kemanisan dan kepuasan... MAKAN CEK MEK.

Tetapi wajarkah kita menyamai ujian yg Allah swt turunkan ke atas kita dengan hanya sebiji cekmek? terpulanglah anda menilainya... nilainya subjektif...

Jika kita mengatakan kecantikan itu subjektif...

Rasa pun subjektif...

Perasaan pun subjektif

Perjuangan pun subjektif...

Apa yang Objektif.?

Apa lagi boleh difikirkan dari CEK MEK ni ye...????

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kembali kepada Allah...

Ana ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat lagu setiap kali dari kumpulan Deevotes. Moga ia bermanfaat. Fahami Lirik2 dan bait-bait katanya. k, salam alaik.

Rabu, September 30, 2009

Kenapa SOLAT?



VS
Yoga Solat


Suatu ketika dahulu, kita pernah terdengar desas-desus pengharaman Yoga bagi umat Islam di Malaysia. Namun, fatwa pengharaman ini mendapat tentangan oleh sesetengah pihak yang pada pandangan mereka, teknik meditasi ini tiada kena mengena langsung dengan ritual keagamaan bagi agama Hindu.

YOGA merupakan istilah yang mencakup banyak hal – termasuk asanas – pranayama dan meditasi. Dengan YOGA, kita akan melakukan penyerahan diri atau pasrah kepada YANG MAHA KUASA. Kita juga akan mengalami puncak kesadaran dan rasa sadar akan kekuatan dan kemampuan mental.

http://www.poornayogapermata.org/showstatpage.php?page=APAITUYOGA

Kaedah yoga menjadi satu kaedah meditasi bagi bagi pengamal Yoga. Yoga kini terkenal sebagai suatu teknik penyegaran, menenangkan jiwa dan sebagainya. Ia juga turut di amalkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk umat Islam sendiri.


MENGAPA DIHARAMKAN YOGA? Ia bukan berbentuk ritual...?

Sahabat-sahabat, isu pengharaman Yoga ke atas umat Islam tidak sepatutnya dikeluarkan baru-baru ini tetapi sepatutnya fatwa HARAM itu dikeluarkan lebih awal. Ini kerana, hukum dan syariat islam yang ditetapkan sudah cukup untuk mengatasi kaedah meditasi YOGA yang di ada-adakan oleh masyarakat Hindu.

Golongan saintis Muslim, Sufi, dan juga non-Muslim sudah awal mengkaji tentang keistimewaan yang sememangnya terdapat dalam Islam sama ada melalui Ibadah, hukum-hakam dan sunnah ajaran Rasulullah saw. Dan menariknya, penemuan yang didapati itu bukan sahaja pada aspek batiniah sahaja malah juga pada fizikal seseorang individu tersebut.

Golongan SUFI
Kitab Perubatan Sufi karangan Syeikh Hakim Moinuddin ada menekankan perihal solat yang menjadi satu teknik penyembuhan bagi pengamalnya. 8 gerakan dalam solat mampu memberi kesan sampingan yang tersendiri mengikut pengamalan yang sempurna.

Rukuk contohya, mampu memperbaiki masalah pinggang, merenggangkan urat saraf dibahagian pinggang dan paha. Sujud pula mampu membawa aliran darah ke otak yang mana pengaliran darah dan oksigen ke otak mampu menguatkan ingatan dan menguatkan daya tahan tubuh badan kita. dari aspek kerohanian, rukuk dan sujud mampu menimbulkan rasa rendah diri, kesamarataan makhluk Allah tanpa dibezakan dengan pangkat, harta dan sebagainya.

Kajian Saintifik
Dr Fatimah, dari kejuruteraan BIOMEDIC Universiti Malaya pernah mendapat peruntukan rm 1juta dari Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkaji kesan gerakan solat pada fizikal manusia. Hasil kajian tersebut telah dibukukan dan kesannya membuktikan Solat mampu menjadi senaman yang terbaik kerana ia memberi faedah dalam semua aspek sama ada fizikal, emosi dan rohani.

Prof. Dr Mohammad Salleh pula ketika itu telah berjaya menemui konsep psikoneuroimunologi
yang terdapat pada solat tahajjud. Konsep Psikoneuroimunologi merangkumi tiga aspek penting iaitu psikologi, neurologi dan imunologi. Gabungan 3 elemen ini menghasilkan satu istilah yang dinamakan psikoneuroimunologi. Ia diertikan sebagai hubungan antara keadaan otak/ saraf, pkisis dan kekebalan tubuh seseorang. Percaya atau tidak, dalam satu kes seorang pesakit yang hampir menemui ajal dan tiada harapan, namun masih hidup sehingga kini kerana menurut kajian, psikologi yang positif (harapan + keyakinan) mampu merangsang otak dan mempengaruhi sistem ketahanan dalam badan manusia. Jika kita kaitkan dengan solat, solat yang sempurna (cukup rukun, khusyuk dan ikhlas) mampu menjadi penawar kepada pengamalnya.

Solat Tahajjud, dilakukan dimalam hari dengan penuh keikhlasan, ketelusan, rendah diri dan tenang mampu menghasilkan mood yang baik, merangsang saraf dan ketahanan badan manusia. manakala berbeza jika dilakukan dengan terpaksa dan bukan dengan keikhlasan hati, ia mampu mendorong kepada penyakit yang berbahaya.

+++++++++
Berbalik kepada amalan sufi, golongan sufi cukup syadid dalam beribadah. Bagi golongan mereka, walaupun mereka berjaya menunaikan rukun solat yang dikeluarkan oleh ulama' Feqh tetapi seandainya solat mereka tidak mencapai kekhusyukan maka ia masih boleh dikatakan tidak sah. ( ini penetapan pada diri mereka sendiri dan bukan orang awam)

Secara logik pula, jika kita menunaikan solat dan apa jua ibadah sambil lewa, adakah ia mampu memberi pulangan kepada kita? Solat tanpa kekhusyukan, bacaan tanpa tajwid, amalan tanpa dimulakan nama Allah dan sebagainya belum sempurna dan tidak memberi faedah kepada kita. So, lakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna dan tawadhuk selagi diberi peluang oleh Allah swt. Lakukan demi hakNYA sebagai PENCIPTA dan hinanya kita selaku makhlukNYA.

wallahua'lam.

meditasi - tafakur/ sendirian/ menghayati secara mendalam

Rabu, Mac 11, 2009

Muhasabah Perjuangan

"Sorryla.. ana tak sempat study lagi. Nanti lecturer tanya fitnah tak boleh jawab..."

"Ala... min tu tak buat keje langsung. sekurang-kurangnya cat baner ke, tampal poster ke... tolong buat air ke...."

"Ana rase... sahabat-sahabat yang lain ni perlu ditarbiyah, kita bagi tekanan kerja skit kat diorang biar rase susahnya dan sedar..."

Bukan mudah melalui liku-liku perjuangan. Pengorbanan dalam segenap segi amat diperlukan sama ada motivasi dalaman(emosi), kekuatan fizikal, masa belajar tertunggak, dan banyak lagi.. Quotation di atas hanya sebahagian dari keluhan yang seringkali terulang di bibir-bibir sahabat saya dan mungkin diri saya sendiri. Saya tidak menafikan, keseronokan dalam melalui detik-detik mengenal perjuangan dakwah Islam amat dirasai. kenapa? kerana dari jalan inilah, saya dapat mengenal siapa sahabat dan siapa sebaliknya... Saya dapat menilai, siapa yang dapat membantu saya mendekati Allah dan RasulNya berbanding mereka yang melalaikan saya. Amat rugi sewaktu ketika saya menolak untuk turut serta dalam perjuangan.


Suatu ketika dahulu, saya dan nazifah berbincang tentang jemaah dan perjuangan. Suasana di Nilam Puri benar-benar mentarbiyah diri. Saya mempertikaikan peranan kita selaku pelajar, anak, dan sebagainya. Malah, saya menganggap semua itu adalah halangan yang besar buat saya untuk terlibat aktif dalam dakwah. Saya pernah mengatakan.. " saya perlu selesaikan masalah diri saya dan keluarga saya sebelum saya terlibat sepenuhnya dalam gerakan dakwah, saya belum bersedia, saya takut tidak mampu..." Itu adalah kata-kata saya sewaktu berada di Nilam Puri.


Tapi, dalam setiap kata-kata yang saya ungkapkan saya akan fikir-fikir dan fikir selepas tu. "Benarkah aku tidak mampu.. hmm (lama2) abaikan."


Masha allah, hati ini malas ke usrah, tapi semalas-malas pun tanpa sedar semua usrah pun pergi. Entah dari mana kudrat datang sampai usrah 'lain' pon join.


Suatu masa yang lain, saya berbincang dengan sahabiah lain, yasmira (teman selamanya). Kenapa dan kenapa... semua saya pertikaikan. Kenapa panggil macam pesalah.. kenapa garang sangat... kurang self confidentla... Tetapi bincang dan bincang, semua jawapan timbul dalam perbincangan tanpa sedar.. Seolah-olah saya sedar, ya Allah... kenapa aku tidak tersedar akan perkara ini. Kenapa sekecil-kecil perkara ini di anggap satu halangan oleh aku untuk buat gerak kerja dakwah???.

Satu perkara yang kita perlu sedar, beza menjadi individu yang bergerak sepenuh masa untuk berdakwah dan belajar berbanding individu yang belajar amat ketara. Saya melihat kepada istimewanya saya dalam perjuangan ini. Jika dulu, saya seolah-olah seorang individu yang tau cakap " NAK BUAT MACAM MANA? doh lagu tu.." ..tapi hari ini, saya belajar untuk lebih berani menyuarakan yang hak dan batil.. benar dan salah... Saya mula mengenal tokoh pejuang ikhwah Imam Hasan al-Banna, Hasan alHudhaibi, umar Tilmisani, Sayyid Qutb, Mustapha Masyhur, zainab alghazali, dan lain-lain. Saya bangga mengenali tokoh-tokoh tersebut.

Mata saya celik... Sedikit demi sedikit diri semakin terdidik, kenal diri sendiri, peranan terhadap ayah dan mak, peranan terhadap keluarga, dan penting sekali peranan kita terhadap agama Allah swt. Antara lain yang menyeronokkan ialah, dapat mengenal sahabat-sahabat yang baik dari segi akhlak dan tarbiyyah.. Saya suka melihat dan menilai kembali, sahabat-sahabat sekelilingku... mereka yang terlalu mangambil berat kan dakwah, terlalu peka dengan isu politik semasa, isu-isu Islam, tarbiyyah ahli gerakan, bijak dalam pengurusan dan sebagainya. Indahnya apabila kami saling melengkapi. MASHA ALLAH...

Panjang saya mencoretkan, muhasabah bagi diri saya. Saya menganggap masa lalu adalah pengalaman bermakna untuk saya jadikan muhasabah. Bagaimana saya boleh berada di tempat ini? Adakah sudah cukup bagi diri ku sekadar ini? Muhasabah diri, muhasabah tarbiyah kendiri, muhasabah pengorbanan dan sumbangan diri ini untuk Islam..... Muhasabah dan muhasabah dan muhasabah dalam perjuangan. wallahua'lam.

HambaMU yang lemah,
RS

Rabu, Februari 18, 2009

Perkongsian

Dengan namaMU ya Allah...
Alhamdulillah, hari ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang buku yang sedang dibaca ni. Menarik bagi saya. Mungkin tidak atau ya juga bagi kamu semua.

Sedikit tentang buku ini, ia menerangkan secara jelas bagaimana lahirnya gerakan rahsia Freemason yang jika dilihat pada sejarahnya ada kaitan rapat juga dengan perang salib. Bermula dari Eropah, mereka yang dikenali suatu ketika dahulu sebagai Kesatria Templar kini menjadi satu organisasi antarabangsa. Disebalik itulah mereka membawa falsafah, tujuan dan matlamat rahsia mereka untuk menundukkan seluruh penduduk dunia...


Adakah gerakan ini berkait rapat dengan Yahudi?


Siapakah yang berada dalam golongan mereka?


Apakah rahsia di sebalik gerakan ni?



hmmm....jawapannya, " Lu baca la SendrIk!" . ^_^

budaya membaca amalan daie.. chayok.
wallahua'lam.