Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Responsif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Responsif. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 04, 2011

Tahniah Farah!

sesungguhnya engkau tidakkan dapat memberi hidayah pada orang yang kau kehendaki, dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki...


Apabila kita menyampaikan sesuatu ilmu, pastinya kita mengharapkan individu yang disampaikan itu mendengar dan memahami isi penyampaian kita.

Apabila kita menegur seseorang, kita semestinya inginkan seseorang itu menerima teguran kita dan berubah atas apa yang kita sampaikan itu. (walhal kadangkala individu itu faham dan ada tujuan atas tindakannya.)

Namun, pernah tak kita terfikir, selaku manusia hamba Allah kita tidak mampu memandu hati manusia kecuali Allah. Kita tidak mampu memesongkan hati manusia kecuali dengan izin Allah swt dan kita tidak mampu menundukkan manusia kecuali dengan izin Allah.

Saat Rasulullah tersepit dengan kasih-sayang Baginda terhadap Abi talib, Baginda amat mengharapkan pengislaman Abi talib malah hati Baginda saw tidak sanggup kiranya Abi Talib diseksa dengan azab Allah yang amat pedih kelak. Begitu lembutnya hati Rasulullah saw namun walhal siapa pun Baginda masih tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendaki Baginda. Hatta Saidina Umar dan Ja'afar itu menjadi satu anugerah daripada Allah swt kepada umat Islam pada ketika itu.

Sahabat-sahabat mungkin lebih jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya mengucap tahniah khusus buat Farah kerana beliau menjadi individu yang berani untuk berubah dalam industri hiburan yang penuh dengan "warna-warninya". Dan, dipihak saya sememangnya mengharapkan itu sebagai satu titik mula penghijrahan Farah untuk menjadi muslimah yang muttaqin di sisi Allah.

Jika dulu, sahabat Rasulullah mempelajari Islam hanya 3 hari dapat mengislamkan satu kabilah/kaumnya, bagaimana dengan saya dan sahabat2 sekalian? Farah sudah mulakan langkahnya..

Selasa, Mei 11, 2010

Pandangan Dr. Asri di Malaysiakini.

'M'sia bukan masyarakat judi'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan
pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010
demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang
memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan

maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan

negara itu sendiri.


Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim”

(lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan

umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka

itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.



2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa

manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih

besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.


Al-Quran menyebut:

(maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.

Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat

kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya”

(Surah al-Baqarah ayat 219).


Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan

sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.



3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan,

merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan

ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan

berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan

masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan

masyarakat.


4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat

Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan

judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup

untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya

kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam

masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang

rasional.



5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen

atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan

yang munasabah.



6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing

dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang

berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan

tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya

di tempat yang tidak berlesen?


Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan

yang akan menimpa rakyat nanti!



Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat

Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah

cadangan ini!


sumber: http://malaysiakini.com


Jika dulu, nak mengelakkan zina dan pertambahan anak luar nikah dicadangkan

kondom percuma, hari ini cadangan lesen untuk berjudi. Pemimpin perlu matang

membuat sesuatu keputusan dan pandangan supaya ia tidak lari dari batas Islam.


sekadar pandangan dan perkongsian.

Mujahidah.

Judi Hak Asasi.

Awatla judi nak diberi lesen..?

Ini bukan suatu jalan yang terbaik. Bilamana hukum ISLAM kata haram, haramkan terus. Dah Orang Islam yang pegang tampuk pemerintahan negara, kenapa masih tak bertegas dengan syariat Allah?

Ini masalah pada orang islam sendiri ni... PEMERINTAH ISLAM x mampu buktikan yang Islam itu merangkumi semua dan sumber penyelesaian. Hadkan judi, kuatkuasakan undang2 bukannya sediakan permis lesen bagi mudah lagi berjudi.


masyarakat kena teliti semula

siapa kita?

siapa sekeliling kita?

Siapa pemimpin kita?

Isu Lompat.

1,700 ahli, penyokong PKR keluar parti
Mei 10, 10 3:16pm
Kira-kira 1,700 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi. Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim. Hadir sama di majlis tersebut ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan. Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin." Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan.... see more

Isu keluar masuk parti seolah-olah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat. Tidak kurang juga menjadi satu isu menjatuhkan sesetengah pihak didalam mana-mana parti. Ia sebenarnya tidak lain hanya satu tindakan tidak matang yang tidak wajar dipertontonkan oleh golongan yang dianggap matang oleh golongan muda yang mampu untuk menilai dan mencontohi mereka. Tindakan lompat parti seolah-olah menjadi satu kebiasaan dan pada tanggapan saya mereka yang sebegini hanya mencari kepentingan diri semata-mata tanpa menggunakan akal kewarasan dan 'iman' untuk membuat suatu tindakan.

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk meraih ridha Allah swt. Dan adalah Allah Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya”. (Al-Baqarah: 207)
Kita tidak memerlukan individu yang tidak sanggup berkorban dirinya untuk Islam, yang tidak meletakkan matlamatnya untuk redha Allah, yang mencari keuntungan untuk dirinya semata-mata, lari daripada masalah, seringkali menuding jari kepada orang lain dalam menghadapi masalah dan pentingkan 'pulangan' untuk diri sendiri. Perjuangan menegakkan keadilan bukan suatu yang mudah, tidakkan lari dari penindasan, tekanan, konflik dan mungkin juga isu pecah amanah didalam parti. Mereka yang benar-benar mengagungkan sesuatu parti, atau individu seharusnya meneliti matlamat dan tujuan mereka. untuk apa? untuk siapa? tanyalah diri.

Mungkin saya tidak layak menilai generasi yang matang dan telah menempuhi pelbagai ujian masyarakat. Namun, perkara ini bukan main2 dan seolah2 lali. Dan Islam tidak memerlukan orang yang bekerja hanya untuk kepentingan diri. Keadilan tidak akan tertegak jika ahlinya adalah dikalangan mereka yang 'gopoh' mengharapkan pulangan segera.

Ujian Allah teramat luas sehingga bertarung nyawa sekali pun, Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segala takdir dan perjalanan hambaNya. Pulangan yang berharga itu hanya syurga dan cintaNya...

Teringat akan kata-kata Imam Hasan al-Basri..
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itulah hatiku sentiasa tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan ditunaikan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. AKu tahu Allah ta'ala selalu mengamatiku, kerana itulah aku merasa malu bila Dia melihatku dalam maksiat."
Ya Allah, aku malu dengan kata-kataku ini...
Mujahidah.

Sabtu, November 21, 2009

Tok Guru ...

Masha Allah...

Saya lihat akhbar harakahdaily...

Tok Guru tersenarai di kalangan 50 tokoh berpengaruh di dunia islam!

Dalam kesedihan, ada kemanisannya... disebalik ujian ada nikmat dari Allah. Namun, bukanlah saya bermaksud ini sebagai suatu nikmat semata-mata. boleh jadi ia sebagai satu lagi ujian bagi Tok Guru. Moga Allah menguatkan TGNA. Ana sokong 'bena' tok guru deh!

Teringat tahun kesedihan, di saat Rasulullah saw diuji dengan kehilangan 2 orang yang tersayang. Penawar luka dan duka, Saidatina Khadijah Khuwailid dan Bapa saudara tersayang, Abi Tholib. Meskipun ujian itu amat berat, urusan dakwah perlu diteruskan. Dan Rasulullah saw di'tenangkan' dan di'gembirakan' oleh Allah dengan satu peristiwa luar biasa iaitu ISRAK MIKRAJ. Sungguh menakjubkan aturan Allah swt. Tidak pernah sekali-kali hambaNya yang beriman dipinggiri.

"Dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah)


Salam mujahadah.

Jumaat, Jun 12, 2009

Tahniah!


Masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah dan takziah kepada saff kepimpinan baru PAS yg baru ditaklifkan beberapa hari yang lepas. Hakikatnya, perjuangan itu tidak semanis disangka namun ia bakal menduga kita dengan cabaran-cabaran yang tersendiri.


Bersama dlm perjuangan Islam.

Mujahidah.

Jumaat, Mei 22, 2009

JANGAN TINGGAL ISU JENAYAH!










MENAKUTKAN! itu yang mampu saya katakan untuk menggambarkan berita yang kerap dibawakan di media cetak mahupun televisyen. Bermula kes ragut, pecah rumah, bunuh, rogol dan buang anak seolah-olah tiada penyelesaiannya. Atau kes ini hanya dipertanggungjawabkan pada anggota polis, rela dan sebagainya. Bagaimana dengan masyarakat lain? Adakah kerajaan dari kedua belah pihak (BN dan BA) merasakan isu ini bukan suatu isu yang besar perlu diselesaikan dalam masyarakat. Isu ini semakin lama ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, sehari tiada kes bagaikan suatu yang tak patut. Duhai pemimpin pilihan rakyat...

dimana kebajikan rakyat yang masing-masing janjikan,

dimanakah negara selamat yang digambarkan...

dimanakah negara yang aman pernah diampukan...

dimanakah 1MALAYSIA yang dijanjikan???

buktikan ia bersama-sama kami! Tunjukkan!

bersihkan MALAYSIA.

Sabtu, April 04, 2009

Renung..

Dengan namaMu ya Allah...

Hari ni, 2 perkara yang menarik untuk saya bawakan dalam blog ni. Pertama, sekalung 'tahniah' buat Dato' seri Najib yang dinaikkan sebagai 'PM' Malaysia. Walaupun sedikit terkilan tapi ada hikmah disebalik yang berlaku. Apa pun, saya masih 'menantikan' perubahan yang bakal berlaku selepas ini. Baik dan buruk sama-sama dinantikan... (tiada ulasan lanjut*)


********************************************

Satu lagi , isu yang dibawakan oleh pihak jabatan agama Islam. Isu penghinaan terhadapt Islam yang dibuat oleh orang 'Melayu'. Tetapi.. ini bukan video pertama dan tunggal yang menghina hukum Islam sendiri. Kalau di searchkan 'arak', masalah sosial, $%^ dan banyak lagi kes melibatkan Melayu Islam... So, harap ini menjadi satu kesedaran buat kita agen-agen dakwah Islam untuk meneutralizekan kembali virus-virus yang cuba menjahanamkan umat Islam. Sama-sama beringat, berfikir dan bertindak. Cara yang terbaik, anda lebih mengetahui... Tiada perkara yang mustahil untuk Islam.


HambaMU yang lemah,
RS

Sabtu, Mac 07, 2009

Bahasa melayu di 'program'kan???

Dengan namaMu ya Allah...

Semalam saya sempat ke Pertandingan debat antarabangsa piala 'timbalan perdana menteri'. Pertandingan yang berlangsung di Putrajaya yang penuh dengan kebanggaan itu dirasmikan oleh Dato' Najib Tun Razak sendiri. Dengan kononnya mempertahankan bangsa dan bahasa Melayu benar-benar 'melucukan'. Saya geli hati melihat mereka seolah-olah bermuka-muka. Timbul persoalan, adakah kata-kata mereka sekadar pada waktu itu? yela... waktu persembahan, pakaian punyela mengikut adat melayu, bila waktu biasa habis melayu x nampak. Adakah ini dikatakan usaha yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri?

Kalu ikut peratusan, berapa peratus kesedaran anak melayu dengan adat, tradisi budaya melayu? Macam takde target dan sekadar menggembar-gemburkan bahawa mereka (pihak sana) turut mengambil berat akan Bahasa Melayu. Kalau sebelum ini, ada golongan yang menolak Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris... jadinya, program semalam untuk menebus atau menutup kelemahan sendiri. Mungkin saya sedikit emosi dengan hal ini. Seharusnya pihak kerajaan jelas, golongan yang mampu pergi ke program itu hanya sekecil-kecil kelompok dan masih tak mampu untuk memberi kesan dan kesedaran kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak membebankan masyarakat luar bandar. Apa yang dilihat pada hari ini, kita memandang peluang untuk bersaing dunia pekerjaan tetapi tanpa sedar kemahiran masyarakat semakin tumpul. Golongan yang mahir bahasa ramaila, tapi yang mahir secara praktikal semakin berkurang. Jangan hanya dilihat kelompok dibandar, kaji peratusan masyarakat pedalaman. Bantulah untuk kemajuan dan pembangunan mereka. Wallahua'alam sekadar pandangan dari saya yang lemah.

HambaMu ya Allah,
rs

Isnin, Januari 12, 2009

JIHAD jalan kami!

Dengan namaMU ya Allah...




Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat2 seperjuangan. Menjengah ke musim pilihanraya kampus kali ini, beberapa IPTA sudah pun turun ke medan. Tinggal sahaja Universiti Malaya yang masih menghitung hari menjelang ketibaan hari penamaan calon Rabu ini. Kelmarin dulu, Saya dan sahabiah lain turut serta dalam demonstrasi mahasiswa membantah kekejaman dan serangan yang dibuat oleh Israel ke atas Rakyat Palestin. Demonstrasi yang dibuat di kedutaan Mesir itu benar2 membangkitkan semangat mahasiswa yang masih lesu seterusnya menjadi pencetus kebangkitan mahasiswa menjelang pilihanraya kampus tak lama lagi.

*************************************

Semalam pula, kami di pihak pro-mahasiswa sempat menggempur hampir seluruh kolej kediaman di UM. Pengalaman semalam benar2 menyeronokkan apabila dapat melihat sendiri keganasan pihak Aspirasi a.k.a penggerak Mahasiswa. Lebih menyeronokkan, jentera mereka yang lain 'bercuti' ditaja.

Gelombang Oren jelas nampak, walaupun sebenarnya dari sudut hati berasa kecewa tak dapat gempur seluruh kolej(kolej 3 dan 9), tapi ia dah cukup membakar semangat kami untuk terus bersatu demi amal islami.

Saya benar2 bersetuju dengan kata2 ustaz Azlan Zainal maghrib tadi, kita semua tahu akan kerja masing2. Lakukanlah amal ijtima'e ini demi melancarkan gerak kerja Islam. Kita juga tahu akan ganjaran syurga oleh Allah bagi mereka yang sanggup berkorban demi gerak kerja Islam, tetapi sudahkah kita meletakkan iltizam sebenar-benarnya pada Allah, RasulNya dan ganjaran syurga yang bakal didapati oleh mereka yang benar2 bertaqwa kepadaNYA.

InsyaAllah, moga2 iltizam kita itu menguatkan lagi kesabaran kita dalam menghadapi ape jua ujian yang tiba. Moga Allah membantu tekad kita untuk Islam.

Yakinlah dengan janji Allah swt.

wslm

ummu syazwina abdul 'azam,
RS