Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 04, 2011

Tahniah Farah!

sesungguhnya engkau tidakkan dapat memberi hidayah pada orang yang kau kehendaki, dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki...


Apabila kita menyampaikan sesuatu ilmu, pastinya kita mengharapkan individu yang disampaikan itu mendengar dan memahami isi penyampaian kita.

Apabila kita menegur seseorang, kita semestinya inginkan seseorang itu menerima teguran kita dan berubah atas apa yang kita sampaikan itu. (walhal kadangkala individu itu faham dan ada tujuan atas tindakannya.)

Namun, pernah tak kita terfikir, selaku manusia hamba Allah kita tidak mampu memandu hati manusia kecuali Allah. Kita tidak mampu memesongkan hati manusia kecuali dengan izin Allah swt dan kita tidak mampu menundukkan manusia kecuali dengan izin Allah.

Saat Rasulullah tersepit dengan kasih-sayang Baginda terhadap Abi talib, Baginda amat mengharapkan pengislaman Abi talib malah hati Baginda saw tidak sanggup kiranya Abi Talib diseksa dengan azab Allah yang amat pedih kelak. Begitu lembutnya hati Rasulullah saw namun walhal siapa pun Baginda masih tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendaki Baginda. Hatta Saidina Umar dan Ja'afar itu menjadi satu anugerah daripada Allah swt kepada umat Islam pada ketika itu.

Sahabat-sahabat mungkin lebih jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya mengucap tahniah khusus buat Farah kerana beliau menjadi individu yang berani untuk berubah dalam industri hiburan yang penuh dengan "warna-warninya". Dan, dipihak saya sememangnya mengharapkan itu sebagai satu titik mula penghijrahan Farah untuk menjadi muslimah yang muttaqin di sisi Allah.

Jika dulu, sahabat Rasulullah mempelajari Islam hanya 3 hari dapat mengislamkan satu kabilah/kaumnya, bagaimana dengan saya dan sahabat2 sekalian? Farah sudah mulakan langkahnya..

Khamis, Mei 06, 2010

Khas buat diri.





Muhasabah buat diri ini...
Yang masih bertatih dalam perjuangan...
Masih di uji dengan rasa gentar...
Lemah dengan sikap diri...
penyakit cinta dunia, takabur dan sombong...
menjadi 'kuping' di hati...


Bersedia untuk cabaran mendatang....
Ummu Mujahidah.

Ahad, Ogos 09, 2009

POLIGAMI

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090809080952/Article/index_html


Terbaca dalam akhbar Metro, Kelab Poligami Ikhwan. Suatu yang baru dalam masyarakat seolah-olah ia menjadi satu jalan keluar bagi golongan pelacur, wanita andartu, dan sebagainya. Seringkali istilah poligami dikaitkan sebagai suatu yang cukup janggal dalam masyarakat, dan ia menjadi salah satu isu yang kerap kali timbul hangat dikalangan golongan feminisme yang menganggap ia sebagai suatu penindasan yang dilakukan oleh dunia Islam terhadap golongan wanita. Namun, berbeza dengan mereka ini yang menjadikan poligami suatu budaya dalam keluarga malah, golongan pelacur dijemput untuk bersama merasai poligami dalam keluarga mereka. Tambah isteri kedua Ustaz asshari (pengasas al-arqam), kita perlu mencari jalan keluar dalam masyarakat dan menyedihkan bila masyarakat menuduh dan menyalahgunakan poligami untuk kepentingan peribadi mereka. Sesungguhnya, ajaran Rasulullah didatangi bersama hikmah yang tersendiri. Kembali kepada fitrah.

sensitif...sensitif... respon..respon...

ikuti video hmetro



mujahidah.

Khamis, Julai 09, 2009

SYURGA CINTA bagi para Duat..

Beberapa hari yang lalu, saya sempat menjengah di blog ustaz Hasrizal SaifulIslam, tajuknya mengenai elemen-elemen dakwah yang terdapat dalam filem SYURGA CINTA. Bagi anak-anak muda, tajuknya sahaja sudah membuatkan mereka tertarik tetapi bagaimana ya isinya... Justeru, tangan saya ringan mencari di Youtube dan nasib saya amat baik, dah ada insan yang meng'upload'nya di situ... so, apalagi tgkla.. minta maaf pihak produksi (^^,)



Moh saya cerita skit tapi versi sendiri la... Filem ni mengisahkan Irham(awal) yang hidup dalam keluarga yang mewah dan enjoy. Permulaan plot cerita, Irham baru sahaja pulang dari UK dan menemui 'geng' dia di night club . Di situ, sememangnya memperlihatkan betapa Irham ini sudah terbiasa dengan suasana arak, disko dan perempuan-perempuan murahan disitu. Sahabat-sahabat boleh menonton sendiri nanti. Perbuatan Irham tidak pernah dilarang sama sekali oleh ayah dan ibunya malahan digalakkan pula tu. ish3x...

Watak adik Haziq pula sebagai adik angkat Irham. Dia diibaratkan penyeri cerita tu dengan celotehnya, lagaknya seperti dewasa dan peranannya sebagai orang tengah di antara Cg. Syuhada dan abangnya Irham.

Cg. Syuhada(Heliza) seorang guru, muslimah yang lemah-lembut, berbudi pekerti, ada style, suka membaca dan banyak menyedarkan saudara Irham untuk kembali kepada Allah swt. Tapi... ayat dia macam ayat 'buku teks'... Mungkin, tak biasa kot dengan kata-kata macam tu... atau baru berlakon. xpela..

Irham dicabar oleh 2 orang kawan rapatnya untuk mengorat wanita bertudung memandangkan Irham cukup 'jelek' dengan wanita bertudung, melilit-lilit dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, cg. syuhada menjadi pilihan 2orang tu. Semenjak dipertruhkan itulah, Irham mula mendekati Syuhada dan mula mengenal Islam... Kat sinila bermulanya elemen-elemen dakwah yang dipertonjolkan seperti pemakaian/ aurat, pergaulan, solat berjemaah dan sebagainya. Saya melihat perbandingan diantara filem ini dengan filem-filem lain. Ia memang ada suatu kelainan kerana baik tu lebih mempengaruhi dari buruknya.

Tetapi, kita tidak boleh mengharapkan suatu yang 'perfect' dalam cerita ni. Cukup kita menggambarkan kita didalam keluarga Irham.. (nauzubillah). Pada mereka, cukuplah sekadar beramal dengan bersedekah, derma dan sebagainya tetapi mereka lupa untuk mendekati Allah swt. Filem ini menyedarkan saya selaku daie yang seharusnya memahami bagaimanakah situasi mad'u seperti mereka sebenarnya.

Tidak mahu menulis panjang... Selamat menonton bagi yang berkeinginan, ambil yang baik dan tinggalkan yang buruknya. Ada juga part-part yang tak berkenan namun, kita perlu bijaklah menilainya...


Mujahidah.

Jumaat, April 24, 2009

Usul 20 atau Usul Isyrin oleh Hassan Al-Banna

Oleh: mufias
dr http://www.dakwah.info

Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memilih dan mengajarkan jalan yang tepat kepada kaum Muslimin, yakni memulakan taghyir dengan memilih dan membina individu muslim yang menjadi asas yang kukuh kepada perjuangan Islam. Seterusnya terbina baitul muslim, mujtama' muslim dan tidak syak lagi semua ini menjadi paksi kepada Daulah Islamiah. Justru, dalam amal Islam memilih titik permulaan yang betul dalam bergerak penting agar dapat di pastikan perkembangannya terus berlanjutan, berterusan dan senantiasa subur meskipun menimpa pelbagai mehnah dan ujian.

Permulaan yang baik itu adalah dengan membina kefahaman Islam terhadap para individu yang ingin bergabung dengan gerakan Islam. Sesuai dengan firman Allah;


Maksudnya:
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)


Usul 20 atau Usul Isyrin ini tersiar di dalam Risalah Ta'lim yang menjadi rujukan kaum Muslimin kerana ia menggariskan kefahaman Islam yang sahih dalam bentuk yang ringkas dan mudah yang menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan. Ia juga bertujuan untuk menyatukan kefahaman para Ikhwah yang berjuang di jalan ini dan meleraikan pelbagai keremehan dan kekusutan yang menimpa kaum Muslimin akibat perbalahan yang tidak kunjung sudah terhadap perkara-perkara furu' Islam.


Imam Banna meletakkan 20 Usul sebagai panduan, ianya adalah;


TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.