Ads 468x60px

Ahad, Julai 26, 2009

Antara diriku dan PENCIPTA YANG MAHA AGUNG...

Sekian lama tidak meng'update' teratak dimensi, terasa janggal pula. Terfikir... apa yang perlu saya coretkan.. Isu? banyak, tapi rasanya emosi masih tidak mengizinkan saya mencoretkannya. Tak mengapa... Sekian banyak perkara terjadi di sekeliling saya, di rumah mahupun di persekitaran Medan study.. Allah lah menjadi pergantungan buat saya dan sahabat yang lain.

********************
Teringat sewaktu memohon kemasukan ke Universiti Malaya, Allah lah tempat mengadu segala-galanya dan tidak lupa dengan mak yang turut mendoakan kejayaan saya siang dan malam alhamdulillah, Allah adalah segala-galanya buat kami... Saya kini dah tahun 3 di UM.. ^_^


Teringat juga sewaktu ambil ujian memandu dengan JPJ, ujian pertama gagal kerana banyak kekurangan dari sudut keyakinan dan persediaan diri sendiri. Untuk yang seterusnya, saya benar-benar memohon kelancaran dari Allah swt. Tindakan saya? Saya mulakan hari ujian itu dengan surah al-Fath dengan niat mendapat ketenangan, kelancaran dan kemenangan oleh Allah swt sewaktu memandu. Alhamdulillah... benar, ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.


Antara lain, kisah saya berjuang di UM cukup banyak dan manis untuk dikenang bersama sahabat... ujian emosi, duit, study dan macam-macam lagi cukup menguji lebih-lebih lagi jika ia hadir serentak sehingga kadangkala jiwa seakan tersungkur... tetapi kentalnya kerana ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.

**********************
Mungkin sahabat-sahabat hairan, kenapa perlu dikongsikan perkara kecil ini? Atau mungkin sahabat dapat menduga apa yang saya ingin sampaikan... Setiap dari kita, diuji dengan baaanyak perkara dan kadangkala ujian pada diri kita dirasakan amaat besar berbanding yang lain, kadangkala kita inginkan ujian yg ditimpa orang lain ditimpa juga keatas kita..(contoh?) dan kadangkala, kita selalu menyalahkan sekeliling atas apa yang berlaku, sedangkan segala-galanya untuk menguji positinya kita dengan ujian tu..

Saya gentar menghadapi ujian Allah swt... Tetapi saya tidak akan berhenti meminta dengan Allah, kuatkanlah hati saya, hati sahabat-sahabat dan hati mereka yang menyayangi diri ini kerana Allah swt. Moga kita sama-sama berpegang dengan "ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA." Salam Mujahadah.



Mujahidah.
2.00 am.
RS

0 ulasan: