Alhamdulillah, syukur pada Allah swt saya masih mampu mencoretkan sekecil-kecil coretan dalam blog ni. Sedikit terkilan kerana terdelete template yang sebelum ni. Tapi, mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Pada kali ini, saya ingin membawa perbincangan mengenai ilmu sebagaii kekuatan ahli Gerakan Dakwah Islam sejak zaman Rasulullah saw, para sahabat, tabi', tabi' taabi'in sehingga kini.
Saya mengambil sedikit petikan dan hujah dari buku karangan Tok Guru Haji Hadi Awang bertajuk "Islam: fikr, harakah & daulah" dan buku "Risalah Ta'alim karangan Muhammad 'Abdullah Al-Khatib. Benarkah jika dikatakan perihal ahli gerakan Islam lemah dalam ilmu (terutamanya bagi aktivis-aktivis di kampus2 ipt)?
Tidak sepenuhnya... namun, seperti biasa akan ada dikalangan ahli yang benar-benar meletakkan diri sepenuhnya dengan gerak kerja Islam. Mungkin itu ada baiknya...
Ramai je dikalangan ikhwan akhawat, muslimin muslimat yang aktif dengan gerak kerja Islam seiring dengan kejayaan mereka dalam akademik. Namun, sekecil-kecil golongan itu tetap akan dilihat sebagai satu kepincangan yang amat besar. Sebagai hamba Allah yang patuh dengan perintahNYA tidak boleh menafikan kewajipan menuntut ilmu sebagaimana Firman Allah swt dalam Surah al-'Alaq dengan suruhan membaca. Begitu juga dalam surah at-Taubah yang menunjukkan bahawa Allah benar-benar memuliakan orang yang berilmu. Maksud ayat tersebut:
"...oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepadanya, mog-moga mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah." at-Taubah :122
"... Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu..." al-Fathir: 28Hakikatnya, dari ilmu itu bakal lahirnya kefahaman dan dari itu lahirlah takwa dalam amalan seorang individu muslim. Amat penting bagi seorang muslim haraki yang mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan gambaran(tasawwur) yang sebenar. Sebagaimana seorang individu itu perlu mengenali jalan dan tempat yang ingin dituju dan mempunyai kenderaan untuk ke tempat yang dituju.
Para sahabat r.a menerima ilmu dari Rasulullah saw walaupun pada usia yang tua. Mereka menuntut ilmu tanpa mengira penat lelah, begitu juga dalam melakukan amal Islami. Semuanya bergerak dalam seiring kerana ilmu yang melahirkan aqidah yang sebenar serta menggerakkan seseorang untuk melakukan amal islami. Tak lupa juga, aspek keilmuan juga penting dalam harakah Islamiyah kerana ia laksana cahaya penyuluh 'aqal dan hati mengenal ma'rifat Allah swt.
Yakin dan Beramal
Sesungguhnya mereka yang meyakini Islam, dituntut untuk beramal dan bekerja untuk merealisasikan matlamat Islam. Oleh sebab itulah, kefahaman tentang Islam amat penting bukan sahaja untuk mengenal jalan dan cara yang sebenar malah demi keikhlasan dalam bekerja. Fiman Allah swt:
Katakanlah(wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah( dari segala i'tiqad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Suruh Yusuf:108)Justeru, penting bagi ahli gerakan Islam sedar akan kepentingan ilmu. Akademik hanya satu istilah kecil dalam ilmu. Ilmu dapat digarap dalam pelbagai cara, tempat dan situasi. Moga-moga ilmu yang diperoleh melancarkan gerak kerja dakwah kita dan seterusnya menjadi penyuluh jalan Jihad kita di medan dakwah. insyaAllah.
~jika bukan kita yang menerajui Islam kearah matlamat yang asal siapa lagi???
HambaMU yang lemah,
RS
1 ulasan:
saya mencari2 buku management dakwah kampus. kamu dapatkan ia dimana ye?
Catat Ulasan