Catatan ana pada kali ini dipetik dari buku bekalan bagi para daie bertajuk "Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah” karangan oleh Fathi Yakan. Firman Allah swt dalam surah Al-A’raf: ayat 201 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ketika mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka segera mengingati Allah dan ketika itu juga mereka sedari kesalahan-kesalahannya.”
Di antara tanda-tanda hati masih hidup ialah takutnya seseorang itu terhadap Allah swt dan kemurkaanNya. Hati yang sihat adalah hati yang bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah saw ada diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling baik ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Tiap Mu’min yang makhmumu’l Qalbi” Baginda ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan Makhmumu’l Qalbi? Baginda menjawab: “Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”
Hati yang selamat pula ialah tenang dalam menghadapi sebarang keadaan, sifat lapang dada dan jauh pandangan. Nur Ilahi yang menerangi jiwa seorang pendakwah membawa individu itu menjadi seorang yang berlapang dada dan banyak bersabar.
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati-hati akan menjadi tenang tenteram.”
(Ar-Ra’du: Ayat 28)
Kehidupan seorang pendakwah amat diuji dengan pelbagai ujian dan mehnah yang tersendiri sama ada ujian yang berbentuk keluarga, harta, sahabat, perasaan dan emosi mereka sendiri. Justeru, amat penting bagi seorang pendakwah untuk memelihara hati mereka agar dipandu oleh petunjuk Allah swt. Panduan dalam menjaga hati dapat dirangkumkan dalam 3 perkara iaitu:
** Zikrullah
“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap bagi hati ialah zikrullah.Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dari ZIKRULLAH. Sahabat bertanya: “Jihad fi-sabilillah pun tidak boleh menandinginya?” Jawab Rasulullah saw: “ Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”
**Muraqabatullah
Setiap daie gerakan seharusnya bertaqarrub dengan Allah dalam setiap tindak-tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtutan emosi. Urusan hidup (mengikut buku Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah) terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a. Suatu yang jelas, baik dan wajar
b. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari
c. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.
**Berjihad Melawan Hawa Nafsu
Yahya bin Mu’adz berpesan : “Berjihadlah melawan hawa nafsu dengan Riadhah (latihan Rohani). Latihan Riadhah ialah:
a Sedikit makan
b. Sedikit Tidur
c. Bercakap Sekadar Perlu
d. Sabar Menanggung Gangguan orang lain
0 ulasan:
Catat Ulasan