Ads 468x60px

Sabtu, Mei 09, 2009

SIFAR MAKSIAT??? STRATEGINYA BAGAIMANA?

Dengan namaMU ya Allah...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana saya masih sempat untuk mencoretkan posting di blog ni.

Sebentar tadi, saya sempat menjengah ke blog-blog pejuang PAS dengan pelbagai isu hangat yang berlaku yang diperbincangkan semenjak dua menjak kebelakangan ni. Terakhirnya sempat saya melayari blog http://arrasyidin09.blogspot.com/ .

Item di dalamnya menarik dan saya hanya ingin memaparkan serba sedikit yang terdapat dalamnya.










Kadangkala, sukar untuk kita meletakkan sifar maksiat itu suatu realiti kecuali kita sendiri merealitikan tindakan kita. Namun, dalam membuat suatu tindakan, perlu juga untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai keperluan mad'u itu sendiri.

Sebelum ini, kita di hamburkan dengan kate2..

perjuangan dakwah yang sedikit dan memandang skop yang kecil sekadar politik semata-mata tidak akan memberi kesan ape2.

Sejauh mana keberkesanan dakwah yang ingin dibawakn sedangkan bilangan orang yang ber 'couple' tak pernah berkurang malah bertambah.

Cube tengok golongan - golongan yang malas solat, apatah lagi mengaji... apa tindakan kamu??? org lain mempersoalkan.

Tengoklah tu...mengaji x pandai patutlah diorang takut nak dekat dan gi program korang.. Diorang tau mesti kena pandang pelik punyer..

Masalah pakaian dikalangan mahasiswi, bukan korang tak bendung. Korang berusaha tapi dalam pada masa yang sama korang tidak cuba mendekati mereka dan terangkan kenape , apa yang perlu mereka lakukan, tahap mana yang baik dan sebagainya... Tetapi, lihat kamu masih di kelompok kamu sahaja.. Selalu diperkatakan begini...
Seringkali kita akan dihamburkan pelbagai komentar. Ada benarnya kata-kata yang diutarakan dan boleh jadi kita ambilnya sebagai satu pengiktibaran dan salah satu langkah pembaikian kita kearah merealisasikan gerakan dakwah yang syumul.

Saya teringat dengan satu artikel biografi yang mengisarkan tentang ulama' taabiin pemimpin dunia Islam- Umar Abdul 'Aziz. Kenapa? Beliau telah merealisasikan satu perubahan dizaman pemerintahannya? bagaimana?

Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid,

Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya.

Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.
Saya amat tertarik dengan betapa kuatnya pengaruh dan keazaman seorang pemimpin kepada orang yang dipimpinnya. Ketegasan dan keyakinan beliau dengan syariat Islam serta yakinnya dengan janji-janji Allah tidak pernah memudarkan iltizam beliau untuk memastikan Masyarakat pada ketika itu hidup dalam nilai-nilai Islam.

Cuba kita sama2 bayangkan, Seorang pemimpin empayar besar namun, hidupnya hanya untuk kemaslahatan rakyatnya, makanan beliau dan keluarga cukup sekadar kacang dan bawang.... kehidupannya hanyalah ilmu dan amalannya untuk menghadapi hari mendatang. Masha Allah, kehidupan kita masih tidak mampu mencapai setakat itu, dakwah kita belum berhabis-habisan namun itu pun sudah diselangi dengan pelbagai rungutan dan keluhan... Astaghfirullahal 'azim.

Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka terhadap Islam ) dan jadilah agama hanya bagi Allah swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap orang – orang yang zalim . (Surah al-Baqarah :193)
Akhirnya, semoga kita bersama2 membawa Islam, tidak hanya meletakkan ia pada seseorang individu itu sendiri. Tidak perlu menuding jari pada sesiapa pun. Tapi cukuplah dengan menilai diri sendiri. Apakah sumbangan aku pada saat ini untuk Islam. Adakah aku pernah menyumbang untuk Islam? Setakat mana?

Wallahua'alam.

Mujahidah.
4.30 ptg.

1 ulasan:

moja mojako berkata...

kegigihan membawa agama yang haq perlu diiringi dengan kebijaksanaan, jika tidak, yang diperolehi hanyalah penat dan lelah sahaja..