Ads 468x60px

Ahad, November 15, 2009

Pembakar Semangat.

Setelah Islam berkembang, ramai dikalangan sahabat-sahabat yang mendampingi Rasulullah saw. Mereka adalah golongan yang sentiasa bersiap sedia untuk berkorban demi Islam, menegakkan Islam baik lelaki mahupun perempuan. Perjuangan mereka semata-mata kerana Allah swt.


Rasulullah saw merupakan seorang yang dilengkapi dengan sifat-sifat yang terpuji. Dan Baginda seringkali maklum dengan kehendak-kehendak manusia dalam hidupnya. Antara sikap Baginda ialah menghargai dan menyanjungi para sahabat mengikut batas-batas yang wajar.

Kata-kata sanjungan yang dihulurkan Rasulullah sw menjadi pembangkit semangat bagi penggerak agama Allah swt dan RasulNya. Allah swt memberi penghargaan kepada orang yang beriman. Sepertimana dalam firman-firmanNya:

"Nabi mempunyai dua menteri (pembantu) di langit dan di bumi. Dua pembantu di langit ialah malaikat Jibrail dan Mikail, manakala pembantuku di bumi ialah Abu Bakr As Sidiq dan Umar al-Khatab."

Rasulullah menyanjungi Saidina Abu Bakr as Sidiq sebagai sahabat yang banyak berjasa kepada Baginda dan Islam. Abu Bakar menerima dengan tawadhuk dan rendah diri.

Saidina Umar al-khattab pula dikatakan sebagai seorang yang ditakuti oleh syaitan laknatullah, sesuai dengan tubuh badan beliau yang tegap, besar dan penuh haibah.

Rasulullah saw berkata mengenai Saidina Uthman, " Aku berasa malu kepada Uthman bin Affan. Malaikat juga malu kepadanya." Bersesuaian dengan sifat pemalu Saidina Uthman sehinggakan beliau sanggup mengorbankan segala harta benda untuk agama Allah swt.

" Aku ini gudang ilmu pengetahuan sedangkan Ali bin Abi Thalib itu merupakan kuncinya."

Khalid al-Walid (pedang Allah). Seorang yang berani dan berkeahlian dalam peperangan dan ketenteraan. Penghargaan yang menggerakkan jiwa jihadnya menyala terus-menerus sehingga akhir-hayatnya.
Abdul Rahman bin Auf, si saudagar ulum yang memeluk Islam. kehebatan berdagang sebagaimana Uthman bin Affan begitu juga dengan pengorbanan harta.
" Suara Abu Thalhah lebih berharga dari 1000 tentera di medan perang."

Pahlawan agung ini mempunyai semangat jihad yang tinggi sehingga suaranya berkesan di medan perang. Sanjungan Rasulullah saw telah mengobarkan semangat jihad beliau.

"Wahai Khadijah, Jibrail datang menyampaikan salam kepada engkau." Demikian sanjungan Rasulullah saw kepada isteri pertamanya dan tentunya ia mengembirakan Khadijah r.anha.

Sungguhpun ia menjadi kata-kata sanjungan kepada para sahabat. Ia sebenarnya satu pembangkit semangat menambahkan kesungguhan mereka beriman kepada Allah swt dan berjuang pada jalanNya. Banyak pengajaran yang kita dapat ambil daripada sifat Rasulullah saw sama ada sebagai pemimpin yang sentiasa menghargai dan membimbing org bawah atau sahbaat yang yang sentiasa meraikan sahabat yang lain, seorang yang bersikap tawadhuk, wajar diikuti, akhlak Baginda Rasulullah saw wajar disanjung.

Teringat suatu kisah pada zaman Rasulullah saw, sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah, Baginda Rasulullah saw sanggup berhadapan dengan ahli gusti yang terkenal ketika itu. Kerana semangat dan niat mendalam untuk menyebarkan dakwah Islam, Rasulullah mempertaruhkan diri Baginda untuk berlawan dengan ahli gusti tersebut dengan taruhan, jika Rasulullah menang maka lawannya akan memeluk Islam. Dengan izin Allah, Rasulullah saw menang dengan kekuatan dari Allah swt. Rasulullah saw mengajar kita untuk yakin dengan Allah swt. Tiada yang mustahil bagi Allah ke atas hambaNya yang kerdil.

Semakin kita menyemak kisah Rasulullah, semakin kita mengenal sifat dan keagungan akhlak Baginda. Moga kita berusaha untuk mengenali Baginda Rasulullah saw.

Jom Kenal RASULULLAH SAW!

0 ulasan: