Ads 468x60px

Rabu, Januari 21, 2009

Selamat Mengisi KEMENANGAN!

Dengan namaMU ya ALLAH....

Pro-Mahasiswa UM hari ini berjaya melangkah setapak ke hadapan dengan kejayaan majoriti di peringkat kerusi umum. (8 dari 9 kerusi umum) Namun disudut hati saya, apakah perubahan yang bakal dibawa oleh barisan aktivis proM nanti. Semoga ia menjadi titik permulaan perkembangan dakwah Islamiah di Universiti Malaya. Selepas ini, kita seharusnya bertindak untuk merealisasikan generasi "pejuang Dakwah yang Intelek" yang mampu menghidupkan kembali jiwa mahasiswa yang berani bersuara, bangkit dengan pandangan dan inisiatif tersendiri dalam mencapai suatu kejayaan sama ada dari sudut akademik mahupun sebaliknya.

Ketika mana datangnya pertolonganMU ya Allah..
Kami masih bersusah hati...
Dek kerana cabaran ini amat besar...
Menjunjung agamaMU amat berat...

Tetapi cinta dan janji kami pada jalanMU...
akan terus di genggam...
tidakkan kami lepaskannya...
hanya nyawa menjadi nilainya...

Salam Perjuangan sahabat2 ku..
RS

0 ulasan: