sesungguhnya engkau tidakkan dapat memberi hidayah pada orang yang kau kehendaki, dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki...
Apabila kita menyampaikan sesuatu ilmu, pastinya kita mengharapkan individu yang disampaikan itu mendengar dan memahami isi penyampaian kita.
Apabila kita menegur seseorang, kita semestinya inginkan seseorang itu menerima teguran kita dan berubah atas apa yang kita sampaikan itu. (walhal kadangkala individu itu faham dan ada tujuan atas tindakannya.)
Namun, pernah tak kita terfikir, selaku manusia hamba Allah kita tidak mampu memandu hati manusia kecuali Allah. Kita tidak mampu memesongkan hati manusia kecuali dengan izin Allah swt dan kita tidak mampu menundukkan manusia kecuali dengan izin Allah.
Saat Rasulullah tersepit dengan kasih-sayang Baginda terhadap Abi talib, Baginda amat mengharapkan pengislaman Abi talib malah hati Baginda saw tidak sanggup kiranya Abi Talib diseksa dengan azab Allah yang amat pedih kelak. Begitu lembutnya hati Rasulullah saw namun walhal siapa pun Baginda masih tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendaki Baginda. Hatta Saidina Umar dan Ja'afar itu menjadi satu anugerah daripada Allah swt kepada umat Islam pada ketika itu.
Sahabat-sahabat mungkin lebih jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Saya mengucap tahniah khusus buat Farah kerana beliau menjadi individu yang berani untuk berubah dalam industri hiburan yang penuh dengan "warna-warninya". Dan, dipihak saya sememangnya mengharapkan itu sebagai satu titik mula penghijrahan Farah untuk menjadi muslimah yang muttaqin di sisi Allah.
Jika dulu, sahabat Rasulullah mempelajari Islam hanya 3 hari dapat mengislamkan satu kabilah/kaumnya, bagaimana dengan saya dan sahabat2 sekalian? Farah sudah mulakan langkahnya..